Kompleks Maahad Tahfiz Intan-TINTA

Call Directions Website Contact the organization

Kompleks Maahad Tahfiz Intan-TINTA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kompleks Maahad Tahfiz Intan-TINTA, Nonprofit Organization, Sungai Petani.

Page Rasmi Maahad Tahfiz Intan yang diselia penuh oleh staff TINTA yang pada sebelum ini page rasmi ialah Maahad Tahfiz Intan Rasmi akan ditutup secara rasmi kelak.

PENUTUP JELAJAH RABIUL AWAL 1448
29/09/2026

PENUTUP JELAJAH RABIUL AWAL 1448

29/09/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kelancaran dan kejayaan program Penutup Jelajah Rabiul Awal & Bacaan Burdah Busiri yang telah berlangsung semalam di Thobrani Dakwah Centre.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Syeikh Mahmoud Al Wosabi, para tetamu, asatizah, alumni, ibu bapa serta seluruh hadirin yang sudi meluangkan masa hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis.

Semoga segala selawat, ilmu dan majlis yang dilaksanakan menjadi amal soleh yang diterima Allah SWT, serta menyuburkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

بارك الله فيكم وجزاكم الله خيراً

Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua. 🤍🌹

28/09/2026

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. 🤲🏻

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Kuliah Dhuha & Pengajian Kitab Bulanan bersama Sheikh Mahmoud Al Wosabi pada hari ini telah berjaya dilangsungkan dengan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Maahad Tahfiz Darul Bahrin atas kesudian hadir bersama-sama bagi mengimarahkan dan memeriahkan majlis ilmu ini. Semoga pertemuan dan majlis ilmu ini menjadi asbab bertambahnya ilmu, keberkatan serta ukhuwah antara kita.

Semoga Allah SWT menerima segala usaha dan amal kita serta terus memberi kekuatan untuk istiqamah dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. آمين 🤲🏻
جزاكم الله خيرًا وبارك الله فيكم 🌿

28/09/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Warga Maahad Tahfiz Intan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga YAB Tun Siti Hasmah binti Mohamed Ali atas pemergian beliau pada 28 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah, mengampuni segala dosa-dosanya serta menempatkan beliau bersama golongan orang-orang yang beriman dan para solihin.

Al-Fatihah. 🤲🏻

🌿 KEM KEPERIBADIAN MUSLIM 4.0 🌿✨ Membentuk Generasi Soleh, Berilmu & Berakhlak ✨Assalamualaikum w.b.t. 🌙📣 Jom sertai Kem...
27/09/2026

🌿 KEM KEPERIBADIAN MUSLIM 4.0 🌿

✨ Membentuk Generasi Soleh, Berilmu & Berakhlak ✨

Assalamualaikum w.b.t. 🌙

📣 Jom sertai Kem Keperibadian Muslim 4.0!
Satu program khas untuk lelaki dan perempuan berumur 10–13 tahun bagi mengisi cuti dengan aktiviti yang bermanfaat, menyeronokkan dan penuh nilai tarbiah. 💚

📅 25, 26 & 27 Disember 2026
⏳ 3 Hari 2 Malam
💰 RM100 seorang
👥 Terhad kepada 100 peserta
🌟 Antara pengisian menarik:
📖 Tartil Al-Quran & Faqeh Fardhu Ain
🤲 Alunan wirid, zikir & selawat
❤️ Cinta Allah, Cinta Rasul & Cinta Ummah
👨‍👩‍👧‍👦 Anak soleh berbakti kepada ibu bapa
🛡️ Perisai Fitnah Akhir Zaman
🏊 Memanah, berenang & aktiviti ukhuwah
🎉 Sukaneka dan pelbagai aktiviti menarik
🏡 Istimewa!
🍽️ Penginapan serta makan minum disediakan.

📚 Peserta lelaki yang berminat juga berpeluang mengenali Maahad Tahfiz Intan.

📍 Chalet Tahfiz Puteri Ayu, Batu Hampar, T**i Hayun Yan, Kedah
📲 Jom daftar sekarang!
Hubungi 011-6743 8820
Pejabat Pendidikan Maahad Tahfiz Intan

🌱 Cuti sekolah bukan sekadar untuk berehat, tetapi peluang untuk membina peribadi, menguatkan iman dan mencipta kenangan yang penuh manfaat.





25/09/2026

🌹 UCAPAN TERIMA KASIH 🌹

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak EMZI Care kerana sudi menjemput Maahad Tahfiz Intan untuk turut serta memeriahkan KITA FEST 2026 melalui program Tausiyah & Qasidah bersama Maahad Tahfiz Intan.

Terima kasih atas kepercayaan, ruang dan kesempatan yang diberikan kepada para asatizah serta anak-anak tahfiz untuk bersama-sama menyemarakkan suasana dengan tausiyah, qasidah dan selawat.

Semoga segala usaha dan penganjuran KITA FEST 2026 ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta menjadi asbab tersebarnya kebaikan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Jazakumullahu khairan kathira kepada seluruh warga EMZI Care.
Semoga hubungan silaturahim antara EMZI Care & Maahad Tahfiz Intan terus terjalin erat dan diberkati Allah SWT. 🤲🏻🌹

25 September 2026 | Jumaat

📍 EMZI Convention Hall, SP Plaza, Sungai Petani, Kedah

📚 ALHAMDULILLAH, SELESAI PENGAJIAN KITAB BULANAN 🤍Alhamdulillah, telah berlangsung pada hari ini 25 September 2026 (Juma...
25/09/2026

📚 ALHAMDULILLAH, SELESAI PENGAJIAN KITAB BULANAN 🤍

Alhamdulillah, telah berlangsung pada hari ini 25 September 2026 (Jumaat), pengajian kitab bulanan bersama Maulana Hussein Abdul Qadir Al-Yusufi bertempat di Maahad Tahfiz Intan.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh ketenangan dan keberkatan, menghimpunkan para penuntut ilmu untuk sama-sama menimba ilmu, memperbaiki diri serta mendekatkan hati kepada Allah SWT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Maulana Hussein Abdul Qadir Al-Yusufi atas kesudian mencurahkan ilmu dan nasihat buat para jemaah.
Semoga ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang bermanfaat, diamalkan serta menjadi bekalan menuju reda Allah SWT. 🤲🏻

🌿 “Majlis ilmu mungkin berakhir pada waktu, tetapi keberkatannya diharapkan terus hidup dalam hati.”






🌙 PENUTUP JELAJAH RABIUL AWAL & BACAAN BURDAH BUSIRI 🌙Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan Jelajah Rabiul Awal, mar...
24/09/2026

🌙 PENUTUP JELAJAH RABIUL AWAL & BACAAN BURDAH BUSIRI 🌙

Alhamdulillah, setelah melalui perjalanan Jelajah Rabiul Awal, marilah kita sama-sama menutupnya dengan majlis yang penuh kecintaan kepada Rasulullah ﷺ. ❤️

📖 Kuliah Dhuha & Pengajian Kitab Bulanan
📚 Kitab: Bughyatul Ikhwan
🎙️ Bersama Syeikh Mahmoud Al Wosabi
🗓️ 28 September 2026 | Isnin
⏰ 10.00 pagi | Waktu Dhuha
📍 EMZI Convention Hall, SP Plaza, Sungai Petani

🌹 Penutup Jelajah Rabiul Awal & Bacaan Burdah Busiri
🗓️ 28 September 2026 | Isnin
⏰ 7.30 malam | Selepas Maghrib
📍 Thobrani Dakwah Centre, Cawangan Maahad Tahfiz Intan

✨ “Mencontohi akhlak Rasulullah SAW, menyemai cinta Rasul dan menghidupkan sunnah.”

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Semoga majlis ilmu, selawat dan bacaan Burdah ini menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jom hadir, hidupkan majlis ilmu dan semarakkan cinta kepada Rasulullah ﷺ. 🤍🌹

📖 PENGAJIAN KITAB BULANAN 📖Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Intan menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama...
24/09/2026

📖 PENGAJIAN KITAB BULANAN 📖

Alhamdulillah, Maahad Tahfiz Intan menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama menghadiri Pengajian Kitab Bulanan dalam suasana menuntut ilmu dan mencari keberkatan.

🌿 Bersama:
Maulana Hussein Abdul Qadir Al-Yusufi

🗓️ 25 September 2026 | Jumaat
⏰ 8.00 pagi
📍 Maahad Tahfiz Intan
Thobrani Dakwah Centre, No. 11B, Jalan Syed Osman Idid, Sungai Layar, Sungai Petani.

✨ Luangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu menjadi asbab bertambahnya kefahaman, keberkatan dan kecintaan kita kepada agama Allah SWT.

Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. Jangan lepaskan peluang menimba ilmu! 🤍📚

24/09/2026

💧 AIR MINERAL SEMULAJADI AL HAUDI 💧

“Membeli sambil menderma untuk Dana Pembangunan Kompleks Tahfiz Intan”

Jom dapatkan Air Mineral Semulajadi Al Haudi — bukan sekadar menghilangkan dahaga, tetapi setiap pembelian turut menjadi sumbangan kepada pembangunan Kompleks Tahfiz Intan. 🤲🏻💚

📖 30 Juzuk Al-Quran – Jangan dilangkah air ini
🌿 Ikhtiar Terapi – Pembantu jasmani, mencegah gangguan jin & syaitan

💚 Minuman Penyuci Diri – Penawar bagi hati
💰 Hanya RM1.00 sebotol!

Sambil membeli, sama-sama kita berwakaf, bersedekah dan menyokong usaha pembangunan tahfiz.

📲 Tempahan / Pertanyaan:
Ustaz Idrus: 013-408 8820
Ustaz Azahari: 012-425 7573

🏦 Zakat, Derma, Wakaf & Infaq:
Maybank: 5521 8950 7087
Bank Islam: 0211401000723
Air untuk tubuh, manfaat untuk ummah. 💧🤲🏻

Jom sokong Air Al Haudi — RM1 sahaja, tetapi insya-Allah besar nilainya untuk pembangunan Tahfiz Intan.

Address

Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Maahad Tahfiz Intan-TINTA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kompleks Maahad Tahfiz Intan-TINTA:

Shortcuts

Share