Majlis Belia Daerah Kuala Muda,Kedah

Majlis Belia Daerah Kuala Muda,Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majlis Belia Daerah Kuala Muda,Kedah, Non-Governmental Organization (NGO), ZAQUE'S HOTEL ,NO 113, JALAN KOLAM AIR (SLAK) KUALA MUDA, Sungai Petani.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙Semoga Ramadhan ini penuh keberkatan, ketenangan dan setiap amalan diterima Allah.
18/02/2026

Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙

Semoga Ramadhan ini penuh keberkatan, ketenangan dan setiap amalan diterima Allah.

🏮Gong Xi Fa Cai 2026🏮🧧 Happy Chinese New year 🧧
18/02/2026

🏮Gong Xi Fa Cai 2026🏮
🧧 Happy Chinese New year 🧧

Sdr Khairoll Yussof Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Da...
14/11/2024

Sdr Khairoll Yussof Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Kuala Muda Bil 1/2024 Bersama Jawatankuasa Yang Baru Bertempat Di Bilik Mesyuarat Zaques Hotel Sg Petani.Terima Kasih Kepada Semua Jawatankuasa Yang Memberikan Kotmitmen Yang Begitu Tinggi Untuk MBD Kuala Muda.

Tahniah Sdr Khairoll Yussof Diatas Perlantikan Sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda
14/11/2024

Tahniah Sdr Khairoll Yussof Diatas Perlantikan Sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Muda

PROGRAM RAKAN MUDA : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA SIRI 1/2024SUNGAI PETANI ...
14/11/2024

PROGRAM RAKAN MUDA : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA SIRI 1/2024

SUNGAI PETANI – 26 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) – Telah berlangsung Program Rakan Muda : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Peringkat Daerah Kuala Muda Siri 1/2024 bertempat di Maahad Integrasi Madad, Sg Layar, Kedah dengan kerjasama MBD Kuala Muda / Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Merbok dan Maahad Integrasi MADAD Sg Petani, Kedah. Program telah dimulakan seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran setiap pasukan, taklimat dan dan Ceramah dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Kuala Muda (APM) dan Agensi Anti Dadah Kuala Muda (AADK).

Pelbagai ilmu telah di berikan kepada pelajar Maahad Intergrasi MADAD seramai 80 orang bagi melengkapkan pengetahuan mereka untuk menjadi sebagai seorang Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) untuk daerah Kuala Muda. Pengisian program adalah dalam bentuk ceramah, demontrasi, pameran dan soal jawab bersama dengan agensi yang berkaitan.

Majlis perasmian dan penutupan program telah telah disempurnakan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Kuala Muda dan diiringi oleh Ustaz Mohamad Afifi Bin Shukril Naaim, Mudir Maahad Intergrasi MADAD. Peserta

Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak telah terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi memartabatkan belia kita ke pertingkat tertinggi. Tahniah dan syabas diucapkan.



Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 Diadakan di SMK Buki...
14/11/2024

Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Peringkat Daerah Kuala Muda Tahun 2024 Diadakan di SMK Bukit Selambau,Kedah Anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda Pbsd Kuala Muda Dengan Kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Merbok & MBD Kuala Muda.

Objektif Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) ini adalah untuk Merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan untuk menggalakkan & melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.

Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri ii Tahun 2024 Peringkat Daerah Kuala Muda ini juga bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia melaksanakan aktiviti/ program kesukarelawanan/ kemanusiaan secara sistematik dan teratur tanpa mengira bangsa dan agama dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelaan.Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on, menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan/ kemanusiaan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat.

Alhamdulillah Selesai Dengan Jayanya Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Kuala Muda Yang Di Rasmikan Oleh Presiden Majli...
14/11/2024

Alhamdulillah Selesai Dengan Jayanya Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Kuala Muda Yang Di Rasmikan Oleh Presiden Majlis Belia Negari Kedah Sdr Amir Murshidi Bin Dato’ Hj Shamsudin Serta Dihadiri Oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Muda Tuan Kamarul Azlan Hamid.Tahniah Diucapkan Kepada Pimpinan Yang Baru.

Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Kuala Muda
14/11/2024

Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Kuala Muda

Address

ZAQUE'S HOTEL ,NO 113, JALAN KOLAM AIR (SLAK) KUALA MUDA
Sungai Petani
08000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Kuala Muda,Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Daerah Kuala Muda,Kedah:

Share