Khidmat Ummah

Directions Website Contact the organization

Khidmat Ummah Pertubuhan Khidmat Ummah
Reg. No: PPM 010-02-06102021
www.khidmatummah.org.my

Selamat Hari Malaysia šŸ‡²šŸ‡¾Semoga semangat perpaduan, saling menghormati dan kasih kepada tanah air terus subur dalam diri ...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia šŸ‡²šŸ‡¾

Semoga semangat perpaduan, saling menghormati dan kasih kepada tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia. Walaupun berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup tetapi kita tetap berkongsi satu negara, satu harapan dan satu masa depan.

Marilah kita terus memelihara keharmonian serta bersama-sama membina Malaysia yang lebih aman, prihatin dan sejahtera.

Kata-kata yang baik mungkin nampak sederhana tetapi kesannya boleh besar. Ia mampu menenangkan hati, menjaga hubungan da...
15/09/2026

Kata-kata yang baik mungkin nampak sederhana tetapi kesannya boleh besar. Ia mampu menenangkan hati, menjaga hubungan dan mengelakkan perselisihan.

Islam mengajar kita supaya menjaga setiap tutur kata. Jika tiada perkara yang baik untuk disampaikan maka diam itu lebih selamat dan lebih terpelihara.

Semoga setiap ucapan yang keluar daripada kita menjadi asbab kebaikan dan pahala. 🤲

Memaafkan bukan bermaksud kita melupakan apa yang pernah berlaku tetapi memilih untuk tidak terus membiarkan luka mengua...
13/09/2026

Memaafkan bukan bermaksud kita melupakan apa yang pernah berlaku tetapi memilih untuk tidak terus membiarkan luka menguasai hati.

Ada perkara yang mungkin sukar untuk dilepaskan, namun setiap kali kita memilih untuk memaafkan dan membalas dengan kebaikan akan ada ganjaran yang Allah sediakan.

12/09/2026

Kekurangan tidak semestinya tidak berhak bahagia.

Mereka masih bergurau senda, masih boleh makan bersama dan menikmati apa yang ada. Tapi bahagia tidak bermaksud hidup mereka mudah.

Di sebalik senyuman, ada perjalanan yang terpaksa dipilih, barang dapur yang perlu dikira, bil yang ditangguhkan dan keperluan yang perlu didahulukan.

Sebab itu bantuan bukan tentang mengubah hidup mereka menjadi mewah. Ia tentang mengurangkan beban supaya mereka boleh terus menjalani hidup dengan lebih tenang.

Setiap bulan, Pertubuhan Khidmat Ummah terus membantu 700 keluarga asnaf.

Jika ada rezeki lebih, jadilah sebahagian daripada asbab beban mereka menjadi sedikit lebih ringan.

Jom berinfak pada pagi Jumaat yang mulia ini.Salurkan sumbangan anda ke :Akaun Maybank (5520 5982 5987)Pertubuhan Khidma...
10/09/2026

Jom berinfak pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Salurkan sumbangan anda ke :
Akaun Maybank (5520 5982 5987)
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda

Bangun tidur bukan sekadar membuka mata tetapi ada adab yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita amalkan.Antaranya ial...
10/09/2026

Bangun tidur bukan sekadar membuka mata tetapi ada adab yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita amalkan.

Antaranya ialah beristintsar iaitu mengeluarkan air dari hidung sebanyak tiga kali selepas bangun daripada tidur. Amalan yang nampak kecil tetapi besar nilainya apabila dilakukan kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Semoga setiap pagi kita dimulakan dengan adab, kebersihan dan sunnah. šŸ¤

09/09/2026

En. Zaini bersama isteri dan seorang anak menetap di Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Pertubuhan Khidmat Ummah telah melakukan lawatan kali ke-2 ke rumah En Zaini dan mendapati bahawa keluarga ini masih memerlukan bantuan secara berterusan memandangkan pasangan ini merupakan golongan OKU serta tidak mempunyai pendapatan tetap.

Antara masalah utama yang dihadapi ialah tunggakan sewa rumah dan bil utiliti yang semakin membebankan kerana kekangan kewangan.

Keluarga ini turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta sumbangan daripada orang ramai.

Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan secara terus kepada En. Zaini, sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

MUHAMAD ZAINI BIN ZAINOL
Bank Islam
02048020791130

Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU) aktif menjalankan pelbagai Program Khidmat Masyarakat sebagai usaha menyantuni...
09/09/2026

Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda (PKU) aktif menjalankan pelbagai Program Khidmat Masyarakat sebagai usaha menyantuni masyarakat melalui gerak kerja kebajikan komuniti.

Antara program yang dilaksanakan termasuk gotong-royong komuniti, santunan asnaf, program kemanusiaan serta misi bantuan bencana. Sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat yang memerlukan.

Salurkan sumbangan anda ke :
Akaun Maybank (5520 5982 5987)
Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda
Reference : danaprogram

Hebahan Pengambilan Pelajar Praktikal: Pertubuhan Khidmat UmmahPeluang menjalani latihan industri (praktikal) kini dibuk...
08/09/2026

Hebahan Pengambilan Pelajar Praktikal: Pertubuhan Khidmat Ummah

Peluang menjalani latihan industri (praktikal) kini dibuka bagi kemasukan sesi September dan Oktober 2026 yang berpusat di Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, Kedah.

Syarat Kelayakan & Jurusan:

Terbuka kepada pelajar peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Bidang pengajian: Multimedia, Pemasaran, Sains Sosial, serta Pentadbiran & Pengurusan.

Nota: Calon lelaki diutamakan dan elaun ada disediakan.

Kepada pelajar yang berminat, sila hantarkan resume terkini anda ke e-mel: [email protected]

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak Admin di talian 019-5776754 atau layari www.khidmatummah.org.my. Mohon sekarang!

Ikhtilat bukan bermaksud setiap urusan antara lelaki dan wanita itu dilarang. Dalam kehidupan, ada beberapa urusan yang ...
08/09/2026

Ikhtilat bukan bermaksud setiap urusan antara lelaki dan wanita itu dilarang. Dalam kehidupan, ada beberapa urusan yang dibenarkan untuk berinteraksi seperti pembelajaran, perniagaan dan aktiviti masyarakat. Namun Islam menetapkan batas agar pergaulan itu tidak membuka ruang kepada fitnah dan perkara yang melalaikan hati.

Apabila batas mula diabaikan, pandangan tidak dijaga, gurauan semakin bebas dan hubungan menjadi terlalu rapat tanpa keperluan, di situlah fitnah boleh bermula. Sebab itu menjaga jarak, adab dan maruah bukan tanda kolot tetapi satu bentuk perlindungan untuk hati dan iman.

Address

Lot 29098, Kampung Nakhoda Busu, Sungai Layar Hujung
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Ummah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Khidmat Ummah:

Shortcuts

Share