27/10/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (TERKINI 2025)
27 Oktober 2025 | 5 Rabiul Akhir 1447H
PONDOK BROTHERHOOD LANCARKAN TABUNG BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR 2025
PONDOK BROTHERHOOD MALAYSIA telah melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Banjir untuk membantu mereka yang menghadapi dugaan musibah mangsa banjir khususnya di negeri KEDAH.
Gerak kerja awal sudah pn bermula dengan pasukan misi serta persediaan awal pada ISNIN (27 Oktober 2025) & rombongan konvoi 4x4 ke kawasan bencana akan digerakkan pada SABTU (1 November 2025) bagi kerja pembersihan serta agihan barangan terus ke kawasan yang terkesan oleh bencana banjir besar.
Mengambil kira kesan yang dihadapi mangsa banjir ini, Tabung Bantuan Kecemasan Bencana Banjir 2025 PONDOK BROTHERHOOD memerlukan sumbangan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk:-
1- Kit Ibadah (kain, sejadah, telekung).
2- Kit Kebersihan Diri (sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, sikat).
3-Kit tempat tidur (tilam,toto,selimut).
4- Kit Wanita (pad wanita, tisu basah).
Butiran Akaun untuk Sumbangan Wang Tunai:
Nama: PERTUBUHAN PONDOK KEBAJIKAN UMMAH KEDAH
Bank: MAYBANK BERHAD
Nombor Akaun: 5521 8955 2134
Ref: banjirkedah2025
Dalam masa yang sama tempat pengumpulan barang juga dibuka di lokasi berikut:
N0 21 A, JALAN PKS (A), PUSAT KOMERSIAL SAUJANA, 08000 SG. PETANI KEDAH D.A .
Waktu (Hari): 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin-Jumaat).
Nombor untuk Dihubungi:
017-4663086 (U.P: TN. BEN).
Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada masyarakat untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.
Setiausaha (S/U),
PERTUBUHAN PONDOK KEBAJIKAN UMMAH KEDAH