Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani

Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani 1. Menjalankan aktiviti kebajikan masyarakat untuk membantu golongan fakir miskin dan golongan yg memerlukan bantuan.

2. Terima kasih

Menjalankan aktiviti dan kerja sukarelawan utk membantu golongan yg memerlukan bantuan seperti mangsa bencana dan sebagainya. Sumbangan untuk membantu golongan yg memerlukan seperti mangsa bencana, asnaf, katil hospital (wakaf), kerusi roda (wakaf) dan sebagainya boleh disalurkan ke akaun MAYBANK ISLAMIC atas nama Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani nombor akaun 552059818496.

Bantu follow like dan comment tiktok Sahabat Amal Care Sungai Petani
29/05/2026

Bantu follow like dan comment tiktok Sahabat Amal Care Sungai Petani

Check out Sahabat Amal Care SPโ€™s video.

29/05/2026
Assalamualaikum wbh Alhamdulillah hari ini Jumaat (15/5/2026) Team Sahabat Amal Care Sungai Petani telah menyampaikan su...
15/05/2026

Assalamualaikum wbh

Alhamdulillah hari ini Jumaat (15/5/2026) Team Sahabat Amal Care Sungai Petani telah menyampaikan sumbangan RM3,000.00 yang telah berjaya dikumpulkan kepada bapa Adik Ainul Madhiyatul Husna yg masih dirawat di GICU Hospital Pulau Pinang.
Jutaan terima kasih buat semua penyumbang dana.



Check out Sahabat Amal Care SPโ€™s video.

PENGHANTARAN ASET REHABILITASIPertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani๐Ÿ“… 9/5/2026 (Sabtu)๐Ÿ•  5.30 Petang๐Ÿ“ Taman Sejahtera...
09/05/2026

PENGHANTARAN ASET REHABILITASI
Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani

๐Ÿ“… 9/5/2026 (Sabtu)
๐Ÿ•  5.30 Petang
๐Ÿ“ Taman Sejahtera, Bakar Arang, Sungai Petani

Team Sukarelawan Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani (SACSP) petang ini telah melaksanakan pemasangan serta penghantaran Katil Hospital Wakaf kepada seorang pesakit kanser rahim tahap 2 berusia 27 tahun yang baru selesai menjalani pembedahan dan memerlukan rawatan susulan di hospital.

Semoga kemudahan yang disumbangkan ini dapat membantu memudahkan urusan penjagaan dan memberi sedikit keselesaan kepada pesakit sepanjang proses rawatan serta pemulihan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan SACSP yang sentiasa komited dan bertugas tanpa jemu dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada para penyumbang dana yang terus menyokong usaha kebajikan ini. Semoga segala sumbangan dan amal wakaf yang diberikan menjadi asbab ganjaran pahala berterusan selagi harta wakaf ini dimanfaatkan.


03/05/2026

Ucapan penghargaan dan terima kasih daripada Penolong Pegawai Agama Daerah Gerik, Perak kepada semua penyumbang dana dan semua Sukarelawan Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

1โ€“2 Mei 2026 | RPS Banun, Gerik, PerakAlhamdulillah, selesai sudah pembaikan pagar Surau Al-Islah hasil usaha murni Team...
02/05/2026

1โ€“2 Mei 2026 | RPS Banun, Gerik, Perak

Alhamdulillah, selesai sudah pembaikan pagar Surau Al-Islah hasil usaha murni Team Sahabat Amal Care Sungai Petani ๐Ÿ’™

Kerja ini sebenarnya telah bermula sejak tahun lepas, namun tertangguh kerana kekangan masa dan kewangan. Dengan izin Allah, kali ini dipermudahkan sehingga siap dengan baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli team yang terlibat โ€” kalian memang luar biasa. Berpenat lelah tanpa mengharapkan sebarang bayaran, semuanya dilakukan lillahi taโ€™ala, penuh keikhlasan ๐Ÿค

Tidak dilupakan juga kepada para penyumbang yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan kepada setiap usaha kami. Keprihatinan kalian menjadi asbab banyak kebaikan dapat dilaksanakan.

Semoga setiap titik peluh ini menjadi saham akhirat yang berpanjangan. ๐ŸŒฟ

Check out Sahabat Amal Care SPโ€™s video.

Address

Sungai Petani

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sahabat Amal Care Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share