31/05/2026
🐄✨ JPKK BAGAN LALANG HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM QURBAN KASIH 2026 ✨🐄
Alhamdulillah, JPKK Kampung Bagan Lalang berkesempatan menghadiri dan bersama-sama memeriahkan Program Qurban Kasih 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
Program yang disempurnakan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang ini telah menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat dalam semangat ibadah dan kebersamaan sempena Aidiladha.
Sebanyak 45 ekor lembu korban telah berjaya disembelih dan diagihkan kepada golongan asnaf, keluarga yang memerlukan serta para peserta korban. Program ini jelas membuktikan bahawa semangat gotong-royong, keprihatinan dan perpaduan masyarakat terus kukuh dalam membela nasib golongan yang memerlukan.
JPKK Kampung Bagan Lalang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh bermakna ini. Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.
🌙 Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian terhadap masyarakat sekeliling.