MAPIM Negeri Sembilan

MAPIM Negeri Sembilan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) cawangan Negeri Sembilan Bermula dari saat itu, MAPIM meluncurkan gerakannya.
(4)

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(MAPIM) hadir dipersada tanah air sebagai suatu terjemahan dari sebuah perhimpunan dan permuafakatan pertubuhan - pertubuhan Islam di negara ini. Ia dicetuskan dalam dokumen resolusi bernama Deklarasi Permuafakatan Serambi Mekah (DPSM) 2007. Dokumen DPSM 2007 ini lahir dari Persidangan Kebangsaan Pertubuhan - Pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu, Kela

ntan pada 15-16 Syawal 1428 / 27-28hb Oktober 2007 yang digerakkan oleh Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Persidangan ini disertai 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan - Pertubuhan Islam Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Dalam persidangan ini, dirumuskan bahawa seluruh penggerak pertubuhan Islam yang wujud dalam negara ini perlu menyedari betapa pentingnya setiap pihak berperanan sebagai suatu saf yang kuat demi mengangkat martabat umat Islam serta memperkukuhkan kedudukan agama Islam di negara ini. Sidang lanjutan dijayakan pada bulan Ramadhan 1429/2008 di Ipoh, Perak Darul Redzuan. Pertemuan ini telah menerima pakai kaedah dan peraturan MAPIM untuk memperjelaskan lagi struktur dan mekanime pergerakan MAPIM. Pada sidang keduanya di Pendang, Kedah pada 1 Muharram 1431H/ 2009, MAPIM berjaya menyempurnakan dokumentasi rujukan untuk melicinkan lagi pergerakan MAPIM. Oleh itu, usul menubuhkan MAPIM telah disepakati untuk mencapai hasrat tersebut. Ia merupakan titik tolak bagi melaksanakan tanggungjawab memandu, memimpin dan mengembleng umat Islam secara lebih terselaras dan sistematik. Secara Khususnya MAPIM akan berfungsi sebagai sebuah wadah untuk menyelaras dan menfasilitasi usaha untuk meningkatkan keberkesanan pertubuhan - pertubuhan dan aktivis Islam dalam upaya membangun masyarakat Islam berciri "Khairo Ummah" selengkapnya.

Address

Bandar Seremban Selatan
Sungai Gadut
71450

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

06-6770304

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAPIM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MAPIM Negeri Sembilan:

Share