ALIS Alliance of Insaniah

ALIS Alliance of Insaniah Laman interaksi ALIS buat mahasiswa mahasiswi UiTM Sg Buloh, Puncak Alam dan Selayang.

Alliance of Insaniah Sungai Buloh & Selayang atau nama singkatannya ALIS adalah sebuah organasisi Islam di UiTM Sg Buloh & Selayang yang diwujudkan bertujuan untuk merencana dan melaksanakan program kerohanian serta mewujudkan biah solehah di kawasan kampus. Page ALIS diwujudkan bagi memudahkan para mahasiswa & mahasiswi untuk mengakses maklumat terkini berkaitan program yang bakal dijalankan dan mengetahui laporan ringkas program yang dijalankan.

*TANYA ALIS 4* 🤔💭1️⃣ Kenapa ramai laki salah faham tentang aurat macam depan laki-laki, diorang tak tutup lutut dan pusa...
13/09/2025

*TANYA ALIS 4* 🤔💭

1️⃣ Kenapa ramai laki salah faham tentang aurat macam depan laki-laki, diorang tak tutup lutut dan pusat (pakai seluar pendek saja) tapi kalau depan laki perempuan, diorang tutup p**a aurat? Adakah ini berdosa ke tidak?
2️⃣ ⁠Allah dah x tak makbulkan doa saya ..Allah dah tak sayang saya erk
3️⃣ ⁠Boleh ke guna air dalam baldi untuk berwuduk? adakah dikira air mutlak

_Soalan anda, amanah kami._
https://tellonym.me/alis.uitm


*PUASA HARI PUTIH* 🗓️ 6, 7, 8 September 2025🌟 Puasa hari putih (13, 14 & 15 Rabiulawal 1446H)_Sabda Nabi SAW;__”Apabila ...
05/09/2025

*PUASA HARI PUTIH*

🗓️ 6, 7, 8 September 2025
🌟 Puasa hari putih (13, 14 & 15 Rabiulawal 1446H)

_Sabda Nabi SAW;_
_”Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, keempat belas dan kelima belas." HR Tirmizi)_


*MARK THE DATE! 📌*🌙 Maulidur Rasul :*_Cinta, Sunnah dan Perpaduan Ummah_*Jom perbanyakkan selawat✨*اللهُمَّ صَلِّ عَلَى ...
04/09/2025

*MARK THE DATE! 📌*

🌙 Maulidur Rasul :
*_Cinta, Sunnah dan Perpaduan Ummah_*

Jom perbanyakkan selawat✨

*اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّد

📌 Kelahiran Rasulullah ﷺ adalah satu nikmat yang sangat perlu kita syukuri

📌 Hukum menyambut Maulidur Rasul adalah *harus* dengan syarat tiada unsur kemungkaran seperti Syirik, Khurafat, Bid'ah dan maksiat.

"Cinta kepada Baginda bukan sekadar dengan ucapan, tetapi dengan menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Melalui sunnah Rasulullah, kita dididik dengan akhlak mulia, kasih sayang dan keadilan, yang menjadi asas kepada perpaduan ummah.

Ayuh! Tingkatkan & zahirkan kecintaan kita kepada Baginda ﷺ serta terus istiqamah😍

*Tapi bagaimana❓🤔*

1️⃣ Membaca sirah tentang perjalanan hidup Rasulullah SAW
2️⃣ Mengamalkan amalan sunnah Rasulullah ﷺ, seperti berpuasa pada hari isnin.
3️⃣ Menghidupkan sunnah Rasulullah
4️⃣ Mengikut akhlak Rasulullah
5️⃣ Mencontohi sifat kepimpinan dan tanggungjawab Rasulullah ﷺ
6️⃣ Memperbanyakkan selawat keatas baginda

*_"Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolong (dan membela Rasulullah SAW) dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Alquran), mereka itulah orang-orang yang berjaya”._*
(Surah Al-A`raf, ayat157)

📜 *Sumber:*

https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-7532963/meneladani-sifat-dan-akhlak-nabi-muhammad-manusia-paling-mulia-di-bumi

https://jabar.nu.or.id/hikmah/meneladani-akhlak-nabi-muhammad-saw-5WYyb

✒️ *Disediakan oleh:*
Muhammad Alif Nazmi Bin Mohd Helmi

!📌

🌙

*SATURDAY WITH ASSYIFA  #20*_SELAWAT YANG PALING SEMPURNA_ 🌙Ibnu Taimiyyah berkata, "Selawat yang paling sempurna untuk ...
30/08/2025

*SATURDAY WITH ASSYIFA #20*

_SELAWAT YANG PALING SEMPURNA_ 🌙
Ibnu Taimiyyah berkata, "Selawat yang paling sempurna untuk Rasulullah adalah Selawat Ibrahimiyah."


*SATURDAY WITH ASSYIFA  #19*Keep Sabr 💪🏻Patience is not about how long you can wait, but how well you behave while waiti...
30/08/2025

*SATURDAY WITH ASSYIFA #19*

Keep Sabr 💪🏻
Patience is not about how long you can wait, but how well you behave while waiting.


*MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN PROFESIONAL*Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahaw...
30/08/2025

*MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA PEPERIKSAAN PROFESIONAL*

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa *Unit Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pergigian bersama Majlis Perwakilan Pelajar, Unit Hal Ehwal Islam, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pergigian, DENSA dan _Alliance Of Insaniah (ALIS)_* akan mengadakan *Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Profesional* akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: *21 Ogos 2025 (Khamis)*
Masa: *7.00 malam – 9.30 malam*
Tempat: *Surau Az-Zahrawi, RC2*

Sehubungan dengan itu, semua pelajar adalah dijemput hadir bagi bersama-sama memohon keberkatan dan kesejahteraan sepanjang menghadapi peperiksaan profesional.

Sekian, terima kasih.

_*”USAHA, TAQWA, MULIA”*_

Yang Menjalankan Amanah,

*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
Fakulti Pergigian
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2024/2025

*💠MOCK TEST FINAL SEM 2 💠*📅 Tarikh : 2/8/2025⌚ Masa : 10.00 AM- 1.30 PM💻 Platform: Surau Az-Zahrawi, RC 2❗Terbuka kepada...
13/08/2025

*💠MOCK TEST FINAL SEM 2 💠*

📅 Tarikh : 2/8/2025
⌚ Masa : 10.00 AM- 1.30 PM
💻 Platform: Surau Az-Zahrawi, RC 2

❗Terbuka kepada semua pelajar Fakulti Perubatan Tahun 1 UiTM

Dah nak final exam tapi masih gementar dengan OSPE??! Mari sertai Mock Test untuk berlatih dan mendapatkan tip2 dari senior kita😱


📜 KALAM & PESANAN PEMIMPIN 📜“Dakwah bukan sekadar menyampaikan, tetapi menyentuh hati dan membimbing jiwa menuju Allah. ...
13/08/2025

📜 KALAM & PESANAN PEMIMPIN 📜

“Dakwah bukan sekadar menyampaikan, tetapi menyentuh hati dan membimbing jiwa menuju Allah. Tugas kita bukan hanya memberi tahu, tetapi mendidik, memimpin, dan menjadi contoh dalam akhlak dan amal. Sesungguhnya umat yang berjaya ialah umat yang menjadikan dakwah sebagai nafas perjuangan, bukan sekadar tugas sampingan. Teruskan melangkah, walau kecil langkah itu — kerana setiap usaha di jalan Allah pasti dicatat dan diberkati.”

🖊️ NOOR HAZIQAH BINTI HISAN 🖊️
Timbalan Ketua Exco Surau ALIS 24/25
Iman, Ikhlas, Ihsan.

/25

*MAJLIS SOLAT HAJAT SEMESTER 2 FINAL EXAMINATION TAHUN 1 PERUBATAN*Assalamualaikum, pihak ALIS menjemput semua warga kam...
13/08/2025

*MAJLIS SOLAT HAJAT SEMESTER 2 FINAL EXAMINATION TAHUN 1 PERUBATAN*

Assalamualaikum, pihak ALIS menjemput semua warga kampus untuk bersama-sama menghadiri Majlis Solat Hajat Semester 2 Final Examination Tahun 1 Perubatan yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 10 Ogos 2025
🕰️ Masa: Selepas Isya’
📍 Tempat: Surau Az-Zahrawi

Tujuan program ini adalah untuk memohon keberkatan, ketenangan hati, dan dipermudahkan urusan para pelajar menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Semoga usaha dan doa kita bersama mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Semua warga kampus dijemput hadir.


‎بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, Tadarus Clique anjuran ALLIANCE OF INSANIAH (ALIS) telah berjaya dilaksanakan deng...
22/07/2025

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Tadarus Clique anjuran ALLIANCE OF INSANIAH (ALIS) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan.

📖 Juz: 13 & 14
📅 Tarikh: 22/7/2025
⌚ Masa: 7.45 pm – 8.15 pm
🕌 Tempat: Surau Az Zahrawi, RC2

Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir. Semoga kita terus istiqamah mendekati Al‑Quran dan merapatkan ukhuwah.



‎بسم الله الرحمن الرحيمAlhamdulillah, Program Solat Hajat & Bacaan Yassin Sempena Pre‑Clinical Professional Exam Tahun 2...
22/07/2025

‎بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Program Solat Hajat & Bacaan Yassin Sempena Pre‑Clinical Professional Exam Tahun 2 Perubatan anjuran ALIS telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan.

📅 Tarikh: 17 Julai 2025
🕰️ Masa: 7.30 pm – 9.00 pm
📍 Tempat: Surau Az‑Zahrawi

Terima kasih kepada semua warga kampus yang hadir dan bersama‑sama memohon keberkatan serta dipermudahkan urusan peperiksaan.
Semoga doa dan usaha kita diterima Allah SWT.


Address

Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ALIS Alliance of Insaniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share