03/06/2026
🌙🐄✨ Terima Kasih Para Peserta Korban 2026 ✨🐑🌙
Alhamdulillah, ibadah Korban 2026 telah berlangsung dengan lancar. Seluruh warga Rumah Aman ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta Korban yang telah memilih untuk berkongsi rezeki bersama anak-anak kami pada tahun ini.
Terima kasih juga kepada para penyumbang yang telah menyumbangkan tambahan daging Korban kepada Rumah Aman. Sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu menyediakan keperluan makanan anak-anak, malah membawa kegembiraan dan keberkatan kepada mereka sempena Hari Raya Aidiladha.
Semoga segala ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Kami mendoakan agar semua peserta dan penyumbang sentiasa dilimpahi kesihatan, rezeki yang berkat serta rahmat-Nya.
Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan dan keprihatinan yang berterusan terhadap anak-anak Rumah Aman. ❤️