Jabatan Amal Sungai Buloh

Jabatan Amal Sungai Buloh Jabatan Amal Amal ini berfungsi sebagai sebuah pasukan kebajikan sukarela beruniform yang sedia untuk berkhidmat untuk masyarakat.

Alhamdulilah selesai sudah Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh kali ke-29.Tahniah adik-adik Briged Am...
16/05/2026

Alhamdulilah selesai sudah Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh kali ke-29.

Tahniah adik-adik Briged Amal dari Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam - SMITI Subang Bestari dalam menyertai perbarisan kehormat sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh kali ke-29.

[Throwback: 21/04/2026]Mesyuarat Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sungai Buloh yang pertama selepas Ramadan & Syawal 1447H....
22/04/2026

[Throwback: 21/04/2026]

Mesyuarat Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sungai Buloh yang pertama selepas Ramadan & Syawal 1447H.

Alhamdulilah kembali merancang aktiviti seperti kebiasaan termasuk aktiviti kerohanian kepada para amilin di Kawasan Sungai Buloh.

Beramal kerana Allah.



๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—š๐—” ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—— ๐——๐—ข๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—กProgram AMBD (derma darah) akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dibawah: -Tarikh: ...
06/12/2025

๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—š๐—” ๐—•๐—Ÿ๐—ข๐—ข๐—— ๐——๐—ข๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก

Program AMBD (derma darah) akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti dibawah: -
Tarikh: 13 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 11am - 5pm
Tempat: SB mall

Program ini dijayakan dengan kerjasama bersama SB Mall dan Pusat Darah Negara.

Kepada para penderma, sila isi borang derma pada link atau QR yang dilampirkan.
https://forms.office.com/r/tVcZakCJKy

06/12/2025

Jom kita pakat hadir beramai-ramai pada 13 Disember 2025 (Sabtu) di SB Mall, Bandar Baru Sg. Buloh.๐Ÿซก

๐—๐—”๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐ŸซกAlhamdulillah, Jambori Jabatan Amal Kawasan Sungai Buloh t...
01/12/2025

๐—๐—”๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ๐Ÿซก

Alhamdulillah, Jambori Jabatan Amal Kawasan Sungai Buloh telah melabuhkan tirai dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa pelaksana dan anggota yang hadir menjayakan jambori tahunan kali ini.

Jambori selama 3hari 2malam yang disertai lebih kurang 30 penyertaan daripada anggota JAM Sungai Buloh bertempat di Buloh Perindu Campsite, Kuala Kubu Baharu.

Pelbagai ilmu โ€œsurvivalโ€ dan kemahiran menyelamat diberikan kepada seluruh peserta yang hadir. Antara kemahiran yang diketengahkan:

โœ”๏ธ Ilmu CPR
โœ”๏ธ Simulasi menyelamatkan mangsa yang lemas/tercedera anggota badan
โœ”๏ธ Ilmu ikatan dan gadjet
โœ”๏ธ Kemahiran kawad kaki
โœ”๏ธ Pengisian rohani
โœ”๏ธ Kekuatan fizikal

Semoga jambori kali ini dapat melahirkan lebih ramai anggota yang berilmu , bersatu teguh, dan komited dalam menjalankan tugasan AMAL di lapangan.

โ€œ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Ž๐’‚๐’ ๐‘ฒ๐’†๐’“๐’‚๐’๐’‚ ๐‘จ๐’Ž๐’‚๐’โ€






๐—ฅ๐—˜๐—›๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”  ๐—ช๐—”๐—›๐—”๐—œ ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—”๐Ÿ˜ข ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุข ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽูฐุฌูุนููˆู†ูŽ Satu kehilangan yang besar buat keluarga J...
01/12/2025

๐—ฅ๐—˜๐—›๐—”๐—ง๐—Ÿ๐—”๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—” ๐—ช๐—”๐—›๐—”๐—œ ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—”๐Ÿ˜ข

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุข ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽูฐุฌูุนููˆู†ูŽ

Satu kehilangan yang besar buat keluarga Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan seluruh warga Jabatan Amal Malaysia. Perginya seorang otai , guru dan ayahanda kepada JAM Negeri Selangor, Allahyarham Tuan Haji Mashadie Bin Saein yang telah pergi menghadap ilahi semasa dalam perjalanan melaksanakan tugasan pada pagi Sabtu.

Allahyarham umpama permata yang sangat bernilai bagi JAM Negeri Selangor. Sosok tubuh yang sentiasa menjadi qudwah kepada seluruh anggota. Masa, tenaganya dan wang ringgit dikorbankan untuk kerja-kerja AMAL.

Allahyarham merupakan seorang yang komited dan bersungguh-sungguh dalam tugasan yang diamanahkan. Umur tidak menjadi penghalang untuk Allahyarham melakukan kerja-kerja berat bersama anggota-anggota muda yang lain.

Kami menjadi saksi atas segala kebaikan Allahyarham Ayahanda Tuan Haji Mashadie sepanjang hayatnya. Setiap kali misi banjir atau misi menyelamat akan kelihatan jasad Allahyarham di lapangan.

Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT ampunkan dosa-dosa Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman, para syuhada dan para solehin di sana.

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุบู’ููุฑู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

Kami merindui gurauan , gelak tawa dan semangatmu wahai ayahanda. Pimpinan lah kami bersama-sama ke syurga kelak. ๐Ÿ˜ข






Never stop talking about P@|โ‚ฌ$7!n.
12/10/2025

Never stop talking about P@|โ‚ฌ$7!n.

82 likes, 5 comments. โ€œNever stop talking about P@|โ‚ฌ$7!n.โ€

๐Ÿ“ฃ HIMPUNAN SUMUD FLOTILLA๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 2 Oktober 2025โฐ Masa: 4.00 petang๐Ÿ“ Lokasi: Hadapan THE LINC Kuala LumpurMari bersama...
02/10/2025

๐Ÿ“ฃ HIMPUNAN SUMUD FLOTILLA
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 2 Oktober 2025
โฐ Masa: 4.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Hadapan THE LINC Kuala Lumpur

Mari bersama-sama kita berhimpun dengan penuh semangat solidariti !

โ€ผ๏ธ SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

โ€ผ๏ธ SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Syarat-Syarat Himpunan:
1๏ธโƒฃ Pakaian sopan & berdisiplin dan tema P4lestin
2๏ธโƒฃ Bawa bendera/papan tanda /sepanduk yang sesuai & menghormati sensitiviti.
3๏ธโƒฃ Tidak menimbulkan provokasi atau kekecohan.
4๏ธโƒฃ Patuhi arahan koordinator himpunan.
5๏ธโƒฃ Jaga kebersihan & keselamatan kawasan.
6๏ธโƒฃ Bawa bekalan air
7๏ธโƒฃ sedia baju hujan atau payung

โœŠ Bersatu demi solidariti sumud flotila, aman demi kekuatan!



23/09/2025

๐Ÿ“ข PODCAST KHAS JAMN SGR ๐ŸŽ™๏ธ
LANGKAH MUJAHID AMAL KE GAZA

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Saksikan podcast eksklusif bersama:

๐Ÿ‘ค Tetamu Jemputan:
Tuan Norman Ishak โ€“ Mantan KP JAM, Peserta Misi Sumud Nusantara

๐ŸŽ™๏ธ Moderator:
Tuan Awang (Nooraidil Putra Wahid)โ€“ Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

๐Ÿ“… Rabu | 24 September 2025
โฐ 10:30 Malam
๐Ÿ“ Live di TikTok โ€“ Jabatan Amal Negeri Selangor

๐Ÿ”ฅ Ikuti kisah benar anggota Amal yang melangkah bersama flotilla kemanusiaan Sumud Nusantara menuju Gaza.
โ€œSetiap langkah anggota Amal adalah langkah seorang mujahid yang mengikat diri dengan Allah.โ€

๐Ÿ”— Jangan ketinggalan!





Selamat Hari Kebangsaan kali ke- 68
31/08/2025

Selamat Hari Kebangsaan kali ke- 68

๐Ÿ“ข SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-68 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kemerdekaan bukan sekadar bebas dari penjajahan, tetapi erti sebenar merdeka adalah apabila umat ini hidup dengan syariat Allah sebagai panduan, memakmurkan bumi Malaysia dengan Islam yang syumul.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor menyeru agar kita mengisi nikmat kemerdekaan ini dengan taqwa, perjuangan menegakkan kebenaran dan istiqamah dalam amal Islami.

๐Ÿ’š Merdeka hakiki adalah tunduk kepada Allah, bebas dari segala bentuk penjajahan pemikiran dan hawa nafsu.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

BERAMAL KERANA ALLAH


*AMAL MEGA BLOOD DONATION*Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu)Masa: 9:00am - 2:00pmTempat: Dewan Pangsapuri Subang SuriaProgram ...
28/08/2025

*AMAL MEGA BLOOD DONATION*

Tarikh: 30 Ogos 2025 (Sabtu)
Masa: 9:00am - 2:00pm
Tempat: Dewan Pangsapuri Subang Suria

Program ini dijayakan dengan kerjasama bersama Persatuan Penduduk Subang Suria dan Pusat Darah Negara.

https://vt.tiktok.com/ZSANeyKNE/

Address

Sungai Buloh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share