28/12/2022
Pagi tadi ustaz teringat kisah hidup 3 orang insan yang menjentik hati-hati insan di sekeliling mereka.
Saat kematian mereka, ramai yang terinspirasi dengan hidup mereka.
Beberapa tahun lepas, ustaz sempat solatkan jenazah Mr Os. Pernah berforum dengan ustaz beberapa kali. Waktu kematiannya memang ramai orang solatkan jenazah dia. Menguruskan jenazahnya satu perkara yang mudah.
Begitu juga dengan Pak Yus. Dia juga pelawak.
Kerani sebuah madrasah di Perlis ceritakan, Pak Yus datang serahkan RM5000 dan tak mahu terima resit sebab katanya itu kewajiban dia membantu madrasah.
Selalu derma di tabung masjid RM200 - RM300 di kampungnya. Belikan mesin rumput untuk masjid tanpa diminta. Kalau dalam poket ada RM3, semua dibelanjakan untuk kawan-kawan. Macam itulah juga sikapnya biarpun sudah bergelar artis.
Mr.Os, selepas kematiannya baru ramai orang tahu dia rajin bersedekah. Ketika dia sendiri hadapi masalah kewangan, dalam keadaan duit tak banyak, dia memandu teksi.
Kalau ada pelanggan yang tak cukup duit, dia anggap sedekah sahaja walau dia mampu bagi 50 sen atau 30 sen. Dia tetap sedekah.
Begitu juga saat kematian Abam.
Ustaz Salehudin Nasir sebut, kenapa ribuan orang solatkan jenazah Abam?
1. Dia tidak pernah meninggalkan ibunya. Berbakti kepada ibunya hingga ke akhir hayat.
2. Dia s**a berdamping dengan para alim ulama.
3. Dia s**a menolong orang. Dia pun selalu sebut "Kalau kita baik, orang sayang."
Keesokan harinya Ustaz singgah di tanah kubur Abam di Kg Sg Pusu dan berbual dengan Penggali Kubur namanya Ucop.
Ucop cerita, Malam tadi masa semua orang dah balik dia nak tutup pintu gate kubur. Tiba-tiba datang seorang perempuan dengan anak kecil naik motosikal singgah. Merayu-rayu nak masuk tengok arwah Abam.
Ucop kata esok sahajalah ya.
Perempuan tu merayu, katanya datang dari jauh, waktu siang tak sempat datang sebab bekerja.
Ucop bawa masuk dan sama-sama bacakan doa.
Dia tanya perempuan tu, "Kamu saudara mara Abam ke?"
"Bukan saya banyak terima bantuan daripada Abam. Semua perbelanjaan sekolah anak-anak saya Abam yang tolong bayarkan."
MasyaAllah.
Mulianya hati Abam.
Tuan puan, secara mudah dan ringkas, apa persamaan mereka yang boleh kita renung-renungkan?
Pertama, mereka adalah pelawak.
Buat orang terhibur.
Kedua adalah, kebaikan yang mereka sembunyikan.
MasyaAllah.
Ustaz dengar kisah-kisah ini, masyaAllah teringat satu hadis.
Orang yang s**a bersedekah peroleh empat ganjaran:
1. Dicintai Allah
2. Dikasihi makhluk
3. Dekat dengan Syurga
4. Jauh dari neraka
Mudah-mudahan roh mereka semua ini dirahmati Allah dan kubur mereka seperti taman-taman syurga.
Sedekah ni satu amalan yang Allah s**a.
Bila niat bulat kerana Allah.
Sebab itu dalam hadis Bukhari Rasulullah SAW sebut, Apabila mati anak Adam putus semua amalan kecuali tiga. Pertama sedekah jariah, kedua ilmu bermanfaat dan ketiga doa anak yang soleh.
Kenapa doa anak yang soleh nombor tiga, sebab bukan semua orang ada anak.
Kenapa ilmu nombor dua, sebab tak semua orang ada ilmu.
Kenapa sedekah nombor satu? Sedekah ini perkara paling mudah menyebabkan kita ke syurga dengan syarat kita ikhlas kepada Allah.
Sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu telah sampai kepada Allah SWT.
Allahuakbar.
Malaikat telah catat dan sampaikan pada Allah.
Waktu kematian mereka semua, kita lihat sendiri tiada follower atau peminat akan ikut sampai ke liang lahad.
Ibu ayah, isteri atau suami, keluarga rapat pun akan tinggalkan pusara kita.
Ustaz akan mati, pelawak akan mati, semua ustaz-ustaz akan mati, semua para ulama akan mati. Semua manusia akan mati tapi apa yang pentingnya bersedia siapkan bekalan.
Salah satu persediaan kita adalah banyakkan bersedekah.
Jom banyakkan sedekah.
Sentiasa ingat, sedekah jalan mudah ke Syurga!