Pejabat Penyelaras Kadun Sungai Bakap

Pejabat Penyelaras Kadun Sungai Bakap Page Rasmi Pejabat Penyelaras KADUN Sungai Bakap

16/05/2026

15 Mei 2026 | Pelancaran Smart DTRC Projek Sejati MADANI MPKK Lima Kongsi ♻️

Hari ini telah berlangsung pelancaran Smart Drive Thru Recycle Centre (DTRC) di bawah Projek Sejati MADANI MPKK Lima Kongsi sebagai satu usaha menggalakkan budaya kitar semula dalam komuniti setempat.

Projek ini memudahkan penduduk mengitar semula barangan buangan seperti plastik, logam dan kertas secara lebih sistematik dan mesra pengguna melalui konsep “drive thru”. Selain membantu menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar, inisiatif ini juga mampu menjana pendapatan kepada MPKK Lima Kongsi demi manfaat komuniti setempat.

Semoga usaha seperti ini dapat menjadi contoh ke arah komuniti yang lebih hijau, bersih dan progresif 🌱♻️

Alhamdulillah, pada hari semalam pembantu saya telah mewakili saya bagi menyampaikan sumbangan bola takraw kepada pasuka...
12/05/2026

Alhamdulillah, pada hari semalam pembantu saya telah mewakili saya bagi menyampaikan sumbangan bola takraw kepada pasukan takraw Sekolah Rendah Sungai Kechil sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan di peringkat sekolah.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta menyuntik semangat kepada para pelajar untuk terus aktif dan cemerlang dalam bidang sukan, khususnya sepak takraw yang merupakan warisan sukan tradisional negara.

Insya-Allah, usaha memperkasa pembangunan belia dan aktiviti sihat akan terus diberi perhatian demi melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.



11/05/2026

Umum sedia maklum bahawa kawasan Tasek Junjong telah dilanda banjir akibat fenomena kepala air serta hujan lebat berterusan yang memberi kesan kepada kehidupan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Pada hari ini, saya telah hadir bagi mengagihkan pek sarapan kepada penduduk yang terkesan sebagai tanda keprihatinan dan sedikit usaha untuk meringankan beban serta keresahan mereka. Program agihan ini turut dibantu oleh ahli-ahli MPKK sekitar bagi memastikan proses edaran berjalan lancar. Pek makanan tersebut merupakan sumbangan daripada Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Apa yang paling menyentuh hati apabila terdapat juga penduduk yang terlantar sakit dan masih perlu berdepan ujian banjir ini dalam keadaan yang amat mencabar.

Semoga Allah SWT mengangkat segala ujian yang dihadapi oleh penduduk Tasek Junjong dan mengurniakan ketabahan buat semua mangsa yang terlibat. Saya juga telah berhubung dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran agar isu banjir yang membelenggu penduduk saban tahun ini dapat diberikan perhatian serius dan diselesaikan secepat mungkin, insya-Allah.

11/05/2026

Ziarah Kasih Hari Ibu di Sungai Kechil. ❤️

Bersama MPKK Sungai Kechil, En. Hafizi & En Islahuddin Timbalan PPD SPS, kami selaraskan bantuan buat dua ibu tunggal di sini. Fokus utama kita bukan sahaja bantuan sara hidup, tapi juga memastikan urusan persekolahan anak-anak mereka lancar dengan bantuan pihak PPD.
Bantuan bakul makanan dan sedikit saguhati juga telah disumbangkan bagi membantu sedikit sebanyak sebagai menampung keperluan sara hidup

06/05/2026

Pada hari ini, 6 Mei 2026, saya bersama pembantu, Saudara Hanif serta wakil MPKK Sungai Duri telah mengadakan program Ziarah Kasih.

Lawatan telah diadakan ke kediaman Saudara Sharudin di Taman Widuri yang kini sedang diuji dengan penyakit barah paru-paru. Kehadiran kami diharap dapat memberi sedikit semangat dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga dalam menghadapi ujian ini.

Sedikit sumbangan dana turut disampaikan bagi membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung, khususnya bagi keperluan harian dan kos rawatan.

Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada penerima dan dipermudahkan segala urusan Saudara Sharudin sekeluarga.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini dan terus komited dalam membantu masyarakat setempat.




30/04/2026

Hari ini saya berkesempatan menziarahi dua buah rumah yang terkesan akibat ribut yang melanda sekitar Kampung Besar dan Sungai Buaya.

Kedua-dua rumah mengalami kerosakan teruk apabila bumbung diterbangkan angin kuat, memberi kesan besar kepada kehidupan mangsa.

Rumah pertama milik En. Hazif di Kampung Besar, manakala rumah kedua milik En. Nadzrul di Sungai Buaya.

Bantuan awal daripada pihak MAINPP telah pun disalurkan kepada mangsa. Turut hadir, Penghulu Rusli bagi menilai keadaan serta menyelaras bantuan lanjut melalui Tabung Bencana TYT.

Saya juga sempat menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan.

Semoga kedua-dua keluarga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Osman KAMPUNG BESAR

19/04/2026

Seragam itu mungkin sudah tersimpan kemas di dalam almari, namun setiap parut dan garis di wajah anda menceritakan kisah keberanian yang tidak akan pernah luput dek zaman.

Harini saya hadir ke mesyuarat agung tahunan persatuan veteran tentera cawangan Seberang Prai Selatan bagi merasmikan mesyuarat tersebut.melihatkan veteran yang telah pun kebanyakkan diusia warga emas,adalah dengan sepatutnya kebajikan mereka terjaga dengan sebaik mungkin kerana mereka telahpun menumpahkan pengorbanan yang begitu besar demi menjaga negara tatkala kita selesa tidur di rumah,mereka berkorban masa dan nyawa demi keselamatan kita dan ibu pertiwi.

Saya juga sempat menerangkan beberapa bantuan yang telahpun disediakan oleh kerajaan negeri untuk warga emas khususnya di dalam skim i -sejahtera.

Terima kasih PVATM SPS diatas undangan untuk saya merasmikan majlis bagi tahun kedua saya bertugas sebagai pegawai penyelaras kadun.Jasa anda semua tidak akan dilupakan terhadap Agama Bangsa dan Negara!





18/04/2026
18/04/2026

Jumaat yang lalu, saya berkesempatan memenuhi undangan daripada guru-guru Prasekolah Sungai Kechil bagi menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama para waris.

Melihat keceriaan anak-anak prasekolah ini, saya amat berharap agar segala keperluan mereka terus diberi perhatian, dengan kemudahan yang selesa serta suasana pembelajaran yang kondusif. Momen ini juga mengingatkan saya kepada cucu saya yang bakal melangkah ke alam prasekolah pada tahun hadapan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para guru atas jemputan serta dedikasi mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Semoga anak-anak ini membesar menjadi generasi yang cerdik, berakhlak mulia dan berjaya di masa hadapan.

Tokwan love you All 🥰





12/04/2026

Hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada hari Sabtu yang lalu. Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang ceria dan santai, dengan kehadiran ibu bapa serta warga pendidik yang memberi komitmen tinggi demi kemajuan anak-anak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas jemputan yang diberikan untuk merasmikan mesyuarat ini. Sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni pihak sekolah, saya turut menyumbangkan dua buah khemah bagi kegunaan aktiviti sekolah pada masa akan datang.

Semoga dengan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa, segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharapkan juga anak-anak Sekolah Kebangsaan Sungai Duri akan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, berakhlak mulia serta menjadi generasi yang cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan.



Address

Pejabat Penyelaras KADUN Sungai Bakap, No 1 Tingkat 1, Jalan Besar Sungai Bakap
Sungai Bakap
14200

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:00
Tuesday 09:30 - 16:00
Wednesday 09:30 - 16:00
Thursday 09:30 - 16:00
Friday 09:30 - 16:00

Telephone

+60124981991

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penyelaras Kadun Sungai Bakap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penyelaras Kadun Sungai Bakap:

Share