My Sukau

My Sukau Aktivis Sosial Kalau tidak sekarang, bila lagi!!!”

MODUS OPERANDI : Membawa rakyat khususnya masyarakat Kinabatangan berfikir dengan lebih dalam, dan melihat dengan lebih jauh dari skop yang lebih luas serta bermuhasabah diri, menyelami segala kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi Kinabatangan, selanjutnya bersama-sama berusaha memperbaikinya selaras dengan transformasi politik yang telah digagaskan oleh pucuk pimpinan negara. Kinaba

tangan tidak terkecuali daripada menerima arus pemodenan politik yang telah digagaskan sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negeri dan daerah lain dalam Malaysia. Aplikasi serta pelaksanaannya semestinya dimulakan dari atas terlebih dahulu sebagai satu approach yang relevan dan amat sesuai jika diukur dari aspek senario politik yang dilihat semakin parah dan tenat akibat dari kepelbagaian kemelut dalaman serta penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yg berleluasa. Tentunya segala kepincangan dan kelemahan ini telah didokong oleh pemimpin-pemimpin yang rakus, yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Fenomena ini telah menelan masa selama lebih kurang 20 tahun dan rakyat Kinabatangan khasnya terpaksa menanggung kerugian besar sebagai akibat yang terhasil daripadanya. Gerakan transformasi ini haruslah digarap, disepadukan dan digalas bersama oleh setiap individu yang cintakan kesejahteraan sebagai satu tanggungjawab untuk memenuhi aspirasi rakyat tanpa prejudis serta melihat realiti setiap isu yang ditimbulkan dengan lebih rasional. Selaku rakyat biasa, saya menyeru kepada semua rakan-rakan samada dari kalangan buruh, petani, nelayan sehinggalah ke golongan professional agar dapat sama-sama mendokong gagasan transformasi ini demi kesejahteraan masa depan kita bersama.

“Kalau bukan kita, siapa lagi.

Rakyat Sabah, tolong hadam apa yg terkandung dalam artikel di bawah ini.
01/01/2026

Rakyat Sabah, tolong hadam apa yg terkandung dalam artikel di bawah ini.

“TANPA MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK TIDAK AKAN BINASA TETAPI MUNGKIN LEBIH MULIA”

Oleh: Rahmat Sawal
Pemerhati Politik & Kedaulatan Wilayah Sabah

Selama ini, kita sering diugut dengan naratif lama
“Kalau Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia, tentu sudah dijajah komunis, diserang Indonesia, atau ditakluk Filipina.”

Naratif ini diulang oleh segelintir pemimpin dari Malaya, seolah-olah Sabah dan Sarawak diselamatkan daripada kehancuran.
Padahal, itu hanyalah propaganda lama untuk menutup kebenaran bahawa penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah langkah tergesa, bukan pilihan bebas sepenuhnya.

Sebelum Malaysia, Sabah dan Sarawak sudah pun berada di bawah naungan British Crown Colony, dilindungi sepenuhnya oleh kekuatan antarabangsa Komanwel.
Tiada ruang bagi komunis menakluk wilayah yang dijaga British sebuah empayar dengan pengaruh global dan kekuatan tentera yang tiada tandingan pada waktu itu.

Malah, jika Sabah dan Sarawak tidak menyertai Malaysia, mereka kekal berada di bawah payung Komanwel, sama seperti Brunei dan Singapura yang akhirnya membuktikan bahawa berdiri di luar Malaysia bukanlah kiamat, tetapi peluang menjadi berdaulat.

Kempen “Ganyang Malaysia” oleh Sukarno bukanlah serangan ke atas Sabah dan Sarawak, tetapi protes terhadap projek Malaysia itu sendiri yang dilihat sebagai strategi neo-kolonial British.
Tanpa Malaysia, tiada sebab pun untuk Indonesia mengganyang Borneo.

Begitu juga dengan Filipina.
Tuntutan Sabah oleh Kesultanan Sulu tidak pernah berbentuk serangan bersenjata ia kekal isu diplomatik hingga hari ini.

Jadi, dari mana datangnya “ketakutan” itu, kalau bukan dari mulut politikus yang mahu menanam rasa bergantung kepada Malaya?

Lihatlah dua jiran terdekat kita:

Brunei menolak menyertai Malaysia, dan kini menjadi antara negara terkaya serta paling stabil di Asia.

Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, dan hari ini menjadi kuasa ekonomi dunia dengan pendapatan per kapita tertinggi di rantau ini.

Kedua-dua negara ini membuktikan bahawa tidak menyertai Malaysia bukan bermakna kelemahan, tetapi keberanian untuk menentukan masa depan sendiri.

Jika mereka boleh berdiri teguh tanpa “perlindungan Malaya”, apa yang membuatkan Sabah dan Sarawak dianggap terlalu lemah untuk berdiri di atas kaki sendiri?

Realitinya, Sabah dan Sarawak bukan diserap, tetapi bersetuju bergabung secara setara dalam penubuhan Malaysia.
Namun enam dekad kemudian, janji-janji dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dirombak, dipendam dan diputar.

Kita dibiarkan percaya bahawa Malaya penyelamat kita, sedangkan yang berlaku ialah pengalihan kuasa, hasil, dan hak kedaulatan daripada Borneo kepada pusat.
Dan setiap kali persoalan keadilan diajukan, jawapan lama yang sama diberikan:

“Kalau bukan kerana Malaysia, kamu sudah dijajah.”

Hakikatnya, Malaysia bukan penyelamat Sabah dan Sarawak.
Ia cuma sistem baru penjajahan berbaju persekutuan.

Malaysia ditubuhkan bukan kerana kasih antara wilayah, tetapi kerana kepentingan politik dan keselamatan British di Asia Tenggara.
Sabah dan Sarawak hanya dijadikan perisai ekonomi dan strategik bukan rakan yang benar-benar dihormati.

Kini, selepas lebih 60 tahun, wajar kita bertanya dengan berani:

“Siapa sebenarnya yang menyelamatkan siapa?”
Kerana jika sejarah ditulis semula tanpa propaganda, jawabnya mudah

Sabah dan Sarawak tidak pernah perlukan Malaysia untuk wujud. Malaysia yang perlukan Sabah dan Sarawak untuk hidup.



Penafian:

Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan sejarah terbuka, sumber arkib awam, serta pandangan bebas penulis.
Ia tidak bermaksud menghasut atau mencabar mana-mana pihak, tetapi mengajak pembaca menilai semula sejarah pembentukan Malaysia dengan adil dan tanpa kepentingan politik.

Artikel Oleh: Rahmat Sawal
Pemerhati Politik & Kedaulatan Wilayah Sabah










Tutup PETRONAS? Biarlah negeri2 dan wilayah kendalikan hasil minyak mereka sendiri.
25/12/2025

Tutup PETRONAS? Biarlah negeri2 dan wilayah kendalikan hasil minyak mereka sendiri.

26/09/2025

Makan Babi Haram.
Rasuah, Judi, Zinah, Minum Arak, tak haram?

The Beauty
21/09/2025

The Beauty

The Kinabatangan River is the second longest river in Malaysia with a length of 560 km beginning in the Crocker Range in Southwest Sabah and ending at the Sulu Sea southeast of Sandakan. It is one of the best places to spot wildlife in Asia!

Taking a cruise down the river is more or less like being on the great plains of Africa. It's a million times better than going to a zoo - no cages plus you get to experience the wilderness.

📸 .junkie
📍 Kinabatangan River, Sandakan

08/08/2025

PRN17
All voters of Kinabatangan:
“DO NOT” vote for Morally Bankrupt Politicians!

Address

Sukau
90200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Sukau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share