07/03/2024
Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi menampung perbelanjaan dan kos aktiviti yang dijalankan oleh pihak Aspirasi Ummah
Selain daripada menggandakan solat, baca al-quran dan amalan lain. Kita jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
Pertubuhan Kebajikan Aspirasi Ummah
860574726
Cimb Bank
Online Transfer :
https://instabio.cc/Aspirasiummah