25/08/2026
Hari Ini, Kita Kehilangan Insan yang Mencipta Peluang untuk Kita Semua
Dengan penuh dukacita, dimaklumkan bahawa Allahyarham Encik Abdul Wahab Alwi, yang dikenali sebagai Pengasas dan Bapa MRSM, telah kembali ke rahmatullah pada 25 Ogos 2026, sekitar jam 3.00 pagi.
Bagi seluruh warga MRSM dan alumni, pemergian Allahyarham bukan sekadar kehilangan seorang tokoh, tetapi kehilangan insan yang telah membantu mencipta peluang dan membina laluan pendidikan untuk generasi demi generasi anak Malaysia.
Daripada gagasan yang beliau bantu lahirkan, MRSM telah melahirkan ribuan alumni yang kini berbakti dalam pelbagai bidang โ kerajaan, keselamatan, perubatan, kejuruteraan, akademik, perniagaan, profesional serta masyarakat.
Mungkin tidak semua daripada kita pernah bertemu atau mengenali Allahyarham. Namun, kita semua adalah antara mereka yang pernah melalui pintu peluang yang beliau bantu buka.
Marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa dan kekhilafan Allahyarham, menerima segala amal baktinya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat dan keampunan.
SOLAT JENAZAH
๐ 11.00 pagi
๐ Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam, Shah Alam
PENGEBUMIAN
๐ Tanah Perkuburan Islam Elmina
โฐ Selepas solat jenazah
Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada seluruh keluarga Allahyarham dan menerima segala jasa serta amal jariah beliau kepada agama, bangsa dan negara.
Allahyarham telah pergi. Namun peluang yang beliau bantu ciptakan akan terus hidup melalui generasi yang kita lahirkan selepas ini.
Al-Fatihah