IKRAM Kawasan Subang Jaya

IKRAM Kawasan Subang Jaya "Ukhuwwah Teras Kegemilangan" - Brotherhood, the Foundation of Glory

Kenali IKRAM

https://www.face

29/03/2026


Dalam kesibukan beraya, mari kita sambung kepada bahagian seterusnya dalam Siri Pengurusan Jenazah Wanita.

Bahagian 5: Memandikan Jenazah
Siri kali ini ustazah menerangkan tatacara dan adab memandikan jenazah.

Moga perkongsian ringkas ini bermanfaat untuk semua.

Nota: Nantikan bahagian terakhir pada minggu hadapan😀




Syawal Dirai, Ukhuwah Bersemi!​Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di IKRAM Subang Jaya! Mari kita raikan hari ke...
20/03/2026

Syawal Dirai, Ukhuwah Bersemi!

​Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami di IKRAM Subang Jaya! Mari kita raikan hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran dan semangat perpaduan.

​Semoga Aidilfitri ini menjadi medan untuk kita kembali bertaut dan saling memaafkan.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

EDARAN BUBUR LAMBUK USJ 4Alhamdulillah, selesai agihan Bubur Lambuk buat penduduk sekitar USJ 4 petang ini.​Terima kasih...
14/03/2026

EDARAN BUBUR LAMBUK USJ 4

Alhamdulillah, selesai agihan Bubur Lambuk buat penduduk sekitar USJ 4 petang ini.

​Terima kasih atas sambutan yang sangat baik! Semoga sumbangan kecil daripada team Selangor Beriktikaf '26 ini menjadi asbab keberkatan buat kita semua di bulan yang penuh rahmat ini. 🤲✨

​Selamat berbuka puasa warga USJ! 🌙




Aktiviti Bubur Lambuk Selangor Beriktikaf 26Sedang berlangsung fasa memasak bubur lambuk di Masjid Al Irsyad USJ 1 pagi ...
14/03/2026

Aktiviti Bubur Lambuk Selangor Beriktikaf 26

Sedang berlangsung fasa memasak bubur lambuk di Masjid Al Irsyad USJ 1 pagi ini. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang turun padang membantu.

​Semoga menjadi asbab pahala buat kita semua di bulan yang mulia ini. 🤲✨

Jom Iftar Bersama ADUN Subang Jaya! Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama YB Michelle Ng di Masjid Al Irsy...
14/03/2026

Jom Iftar Bersama ADUN Subang Jaya!

Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama YB Michelle Ng di Masjid Al Irsyad, USJ 1 pada Sabtu ini (14 Mac).

Jumpa anda di sana jam 7 malam!

🌟 PROGRAM RAMADAN KANAK-KANAK MASJID AL-IRSYAD 🌟Ayuh ibu bapa! Berikan pengisian bermakna buat si cilik anda dalam bulan...
13/03/2026

🌟 PROGRAM RAMADAN KANAK-KANAK MASJID AL-IRSYAD 🌟

Ayuh ibu bapa! Berikan pengisian bermakna buat si cilik anda dalam bulan mulia ini melalui program IRIS ‘26: Rebut Pahala Bersihkan Jiwa anjuran IKRAM Junior Subang Jaya! 🌙✨

Kita bukan sekadar nak mereka berpuasa, tapi nak mereka rasa kemanisan beribadah!

📍 Lokasi : Masjid Al-Irsyad, USJ 1
🗓 Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ Masa : 1:30 petang - 4.30 petang
🧒 Terbuka kepada : Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun

Aktiviti Menarik Menanti:
📖 Doa Lailatul Qadr
🧪 Membuat Biskut Raya
✨ Iris Idol

Jangan lepaskan peluang untuk “Raikan Ramadan, Indahkan Syawal” bersama kami! Pendaftaran percuma dan slot adalah terhad.

Daftar sekarang di: https://forms.gle/EiAzzA2doDV1FWfs5

KULIAH ZUHUR KHAS: BAGAIMANA LIPAT GANDAKAN PAHALA DENGAN DAKWAH?Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi ia...
13/03/2026

KULIAH ZUHUR KHAS: BAGAIMANA LIPAT GANDAKAN PAHALA DENGAN DAKWAH?

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi ia adalah peluang terbaik untuk kita berkongsi keindahan Islam kepada semua.

Mari bersama-sama kita mendalami ilmu dan strategi dalam tajuk:
"Kongsi Islam Kepada Non-Muslim: Lipat Gandakan Pahala dalam Ramadan"

Slot istimewa ini akan dikupas oleh:
🎙 Tuan Haji Noli bin Husain
(Pengarah Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation)

Satu perkongsian yang sangat relevan untuk kita semua dalam menyebarkan rahmat Islam ke seluruh alam.

📍 Lokasi: Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya
📅 Tarikh: Sabtu, 14 Mac 2026 (24 Ramadhan 1447 H)
⏰ Masa: Selepas Solat Zuhur (Anggaran 2.15 Petang)

Jom datang berjemaah dan bawa nota sekali. Ilmu ini sangat bernilai! 🙌

DakwahRamadan

JADUAL PENUH: SELANGOR BERIKTIKAF ‘26 @ MASJID AL IRSYAD, USJ 1   🕌✨Ayuh susun jadual hujung minggu ni! Berikut adalah t...
12/03/2026

JADUAL PENUH: SELANGOR BERIKTIKAF ‘26 @ MASJID AL IRSYAD, USJ 1 🕌✨

Ayuh susun jadual hujung minggu ni! Berikut adalah tentatif lengkap untuk program Selangor Beriktikaf pada 14-15 Mac 2026.

Sama-sama kita imarahkan masjid dengan aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa bawa keluarga sekali!



Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa di Selangor Beriktikaf ‘26! 🌙Assalammualaikum warga Subang Jaya & Selangor!Ramadhan dah sem...
06/03/2026

Rebut Pahala, Bersihkan Jiwa di Selangor Beriktikaf ‘26! 🌙

Assalammualaikum warga Subang Jaya & Selangor!

Ramadhan dah semakin ke penghujung, jom kita penuhkan baki hari mulia ini dengan pengisian rohani yang mantap. Kami menjemput anda semua ke program Selangor Beriktikaf ‘26 yang akan berlangsung di Masjid Al Irsyad, USJ 1 Subang Jaya.

Banyak aktiviti menarik menanti anda:
✨ Program Bubur Lambok & Serah Bakul Makanan
✨ Majlis Berbuka Puasa & Khatam Quran
✨ Iktikaf & Qiamullail di Masjid
✨ Remaja Raikan Ramadhan
✨ Perkongsian Islam kepada Non-Muslim

Bukan itu sahaja, Saringan Kesihatan pun ada!

📍 Lokasi: Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya
🗓 Tarikh: 14 - 15 Mac 2026 (Sabtu - Ahad)
Tarikh Hijri: 24 - 25 Ramadhan 1447 H

🗒Daftar disini:
bit.ly/ISJSB2026

Jom ajak keluarga dan kawan-kawan. Sama-sama kita kejar Lailatul Qadar!

Iktikaf

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.Dengan penuh rasa sedih dan pilu, menerima berita pemergian sahabat yang amat kami ho...
28/04/2025

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh rasa sedih dan pilu, menerima berita pemergian sahabat yang amat kami hormati, Allahyarham Shahrul Aman Mohd Saari.

Allahyarham bukan sekadar seorang sahabat, malah seorang insan yang sentiasa menghulurkan tangan, memberi dorongan, dan menjadi sumber kekuatan kepada ramai di sekelilingnya.
Keikhlasan beliau dalam setiap urusan, kerendahan hati dalam berbicara, dan kesungguhan dalam membantu, akan terus terpahat dalam ingatan kami semua.

Kehilangan Allahyarham meninggalkan ruang yang sukar diganti.
Namun, kami yakin, segala kebaikan, ilmu, dan kasih sayang yang beliau curahkan akan terus mengalir sebagai amal jariah yang tidak putus-putus.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau.
Semoga Allah SWT memberikan ketabahan, kesabaran, dan reda dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H | 2025 ✨🌙Salam Lebaran daripada kami di IKRAM Subang Jaya! 🎉Di hari yang penuh keb...
30/03/2025

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1446H | 2025 ✨🌙

Salam Lebaran daripada kami di IKRAM Subang Jaya! 🎉

Di hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita eratkan ukhuwah, suburkan kasih sayang, dan raikan Syawal dengan kegembiraan bersama insan tersayang.

💛 Maaf Zahir & Batin daripada Dr. Jasmy Yunus, YDP IKRAM Kawasan Subang Jaya & seluruh warga IKRAM. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kedamaian buat semua.

🌟 "Semoga ukhuwah kita semakin erat dan berkekalan." 🌟

ExplorRamadhan KIDS – Jom Terokai Keajaiban Ramadhan!Adik-adik! Dah sedia untuk pengalaman Ramadhan yang penuh ilmu dan ...
17/03/2025

ExplorRamadhan KIDS – Jom Terokai Keajaiban Ramadhan!

Adik-adik! Dah sedia untuk pengalaman Ramadhan yang penuh ilmu dan keseronokan? Jom sertai ExplorRamadhan KIDS pada Sabtu, 22 Mac 2025, jam 2.30 petang di Masjid Al-Mukminun USJ 2, Subang Jaya!

Ada dua kategori khas untuk adik-adik:
🟢 Aulad (6-9 tahun)
🔬 Eksperimen Keajaiban Air
🕌 Jejak Ibadah Belajar Wuduk

🔵 Aulad (10-12 tahun)
🔬 Eksperimen Sains & Hikmah Berpuasa
🎨 Projek DIY Sadaqah Jar
🏆 Cabaran Ramadhan

Seronok kan? Ada sains, kreativiti, dan cabaran menarik! Jom ajak kawan-kawan untuk alami sendiri keistimewaan bulan mulia ini!

📌 Daftar sekarang! Scan QR code di poster atau klik link yang disediakan!




Address

Subang Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Kawasan Subang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Kawasan Subang Jaya:

Shortcuts

Share