I-Guru Selangor

I-Guru Selangor Berjuang memartabatkan profesion perguruan serta membangunkan masyarakat Islam yang beragenda.

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ Alhamdulillah.. Selesai sudah program DISPEN hari ini yang diajurkan oleh i-Guru Selangor dengan Kerjasama Unit P...
22/06/2026

๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ Alhamdulillah.. Selesai sudah program DISPEN hari ini yang diajurkan oleh i-Guru Selangor dengan Kerjasama Unit Pendidikan Islam Sektor Pembelajaran PPD Kuala Langat & PEKDIS ๐Ÿ˜ƒ

Dispen kali ini membawa kita semua menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai inspirasi dalam membentuk transformasi pendidikan dan pembangunan ummah. Seterusnya, kita dapat mengaplikasikan nilai-nilai hijrah dalam melaksanakan tugas mendidik serta membina sahsiah murid.

Hal ini sekali gus memperkasa peranan guru sebagai guru bitara yang mampu melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

๐Ÿ’๐Ÿ’Terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir dalam program DISPEN pada minggu lalu. e-SIJIL akan diberikan secara e-mel.

๐Ÿ’๐Ÿ’Dikongsikan nota ringkasan Diskusi pada malam tersebut.

Mohon terus bersama i-Guru Selangor untuk program dan aktiviti seterusnya. Sekian terima kasih, semoga berjumpa lagi. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’

Jom jadi AHLI i- Guru:
_iGuru Siswa:_ http://bit.ly/IGuruSiswa
_iGuru Biasa :_ https://bit.ly/IGuruBiasa

๐ŸŒŸ GURU BITARA NADI NEGARA โœจ๐Ÿซถ๐Ÿผ I-GURU SELANGOR bersama-sama PEKDIS KUALA LANGAT menjemput semua Pendidik & Cikgu Hebat..โœจ...
17/06/2026

๐ŸŒŸ GURU BITARA NADI NEGARA โœจ

๐Ÿซถ๐Ÿผ I-GURU SELANGOR bersama-sama PEKDIS KUALA LANGAT menjemput semua Pendidik & Cikgu Hebat..

โœจ DISKUSI PENDIDIK i-GURU SELANGOR โœจ
"Dari Hijrah Rasulullah SAW ke Transformasi Pendidikan Negara: Guru Bitara Nadi Negara"

๐Ÿšจ LIVE malam Ini
๐Ÿ“† 17 Jun 2026
โฐ 9.00 malam
๐Ÿ“น Platform: Google Meet

๐Ÿ”น Panel Hebat:
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผUstaz Mohd Aziziee Othman
๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿ’ผUstaz Ahmad Salehuddin Abd Aziz
๐Ÿ”น Moderator: Ahmad Farhan bin Abd Halim

Link google meet
https://meet.google.com/pqy-ghiq-kpy

Jangan lepaskan peluang ini. Tandakan kalendar anda sekarang! ๐Ÿ—“โœ…

Jom layari :
Group Telegram Rasmi iGuru Selangor ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
โœ๏ธ https://t.me/+ReI663i8wxxmM2Zl

๐Ÿ”Ž Facebook : https://www.facebook.com/share/18y8HF4U32/

๐Ÿ”Ž Telegram :
- t.me/igurumalaysia
- t.me/mindapresideniGURU

๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ๐Ÿ“ฒ Jom jadi ahli :

_iGuru Siswa :_ http://bit.ly/IGuruSiswa

_iGuru Biasa :_ https://bit.ly/IGuruBiasa

"Pembela Guru ,Pembina Generasi"

โค๏ธ

Jazakumullahu Khairan KathiraUcapan terima kasih buat seluruh ahli iGuru Selangor yang telah menyumbang dalam Projek Kor...
13/06/2026

Jazakumullahu Khairan Kathira

Ucapan terima kasih buat seluruh ahli iGuru Selangor yang telah menyumbang dalam Projek Korban & Aqiqah di Kemboja & Mindanao.

Semoga setiap sumbangan jadi asbab keberkatan, pahala berpanjangan & dimakbulkan hajat dunia akhirat. Aamiin ๐Ÿคฒ


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.. Terima kasih atas dedikasi dan kesabaran mendidik murid tanpa jemu. Peng...
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik..

Terima kasih atas dedikasi dan kesabaran mendidik murid tanpa jemu. Pengorbanan cikgu-cikgu sekalian adalah tunjang kemajuan dalam dunia pendidikan.

Semoga Allah membalas jasa cikgu-cikgu dengan kesihatan, rezeki, dan kebahagiaan.

Tinggi gunung tempat mendaki,
Dalam lautan tempat menyelam.
Tinggi budi tempat menyanjungi,
Jasa cikgu takkan dilupakan.

Sekali lagi, Selamat Hari Guru!

๐Ÿ‚JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO  Anjuran i-GURU ๐Ÿ๐Ÿ“ŒAKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2026 M/ 1447 H๐Ÿ“Œ๐Ÿ‚ 1 b...
25/04/2026

๐Ÿ‚JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO Anjuran i-GURU ๐Ÿ

๐Ÿ“ŒAKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2026 M/ 1447 H๐Ÿ“Œ

๐Ÿ‚ 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 400
Mindanao : RM 550

๐Ÿ 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
๐Ÿ—’Sedekah korban RM20
๐Ÿ—’Sedekah korban RM50
๐Ÿ—’Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 20 Mei 2026

MACAM MANA NAK MENYERTAI โ‰๏ธโ‰๏ธ

1๏ธโƒฃ Untuk pendaftaran online, layari:
https://yup.la/korbaniguruselangor
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2๏ธโƒฃ Hubungi pegawai khidmat kami :
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60193445838
Muallimah Salasiah

โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60136616676
Muallim Fairul

โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+601121816029
Ustazah Haryati

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SW...
22/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diberi kesempatan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh keberkatan.

Saya mewakili iGuru Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga guru. Semoga segala amalan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT serta terus istiqamah diamalkan dalam kehidupan seharian walaupun Ramadan telah berlalu.

Sabda Rasulullah SAW:
โ€œBarang siapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.โ€ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Marilah kita bersama-sama meneruskan amalan kebaikan seperti solat berjemaah, membaca al-Quran, bersedekah dan memperbanyakkan zikir agar roh Ramadan terus subur dalam jiwa kita.

Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kegembiraan, mengeratkan ukhuwah, serta menyuntik semangat baharu dalam meneruskan amanah sebagai pendidik.

Sekian, terima kasih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. ๐ŸŒ™โœจ

Ustazah Haryati binti Adni
YPD i-Guru Selangor

Ramadan Hari Ke- 18๐ŸŒ™ Setiap butir nasi hasil infaq anda akan menjadi saksi di akhirat kelak.Hanya perlu 1 minit untuk im...
08/03/2026

Ramadan Hari Ke- 18๐ŸŒ™

Setiap butir nasi hasil infaq anda akan menjadi saksi di akhirat kelak.

Hanya perlu 1 minit untuk imbas QR Code ini dan buat perubahan besar dalam hidup mereka.
Sumbangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan di sekolah terpilih seluruh negara.

Ayuh bersama gandakan pahala dengan menyumbang melalui:

๐ŸŒด Tabung Kempen Kasih Ramadan 1447H
IGuru - Yayasan Ikhlas
๐Ÿ”ธMaybank :5628 3463 6228
๐Ÿ”ธNota Transaksi: KKR IGURU SELANGOR
๐Ÿ”ธHantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136616676/kkriguruselangor

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
๐Ÿ‘‰ https://yikhlas.fund/ig5

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai

๐ŸŒŸ KEM PEWARIS STEM-Q 2025 ๐ŸŒŸPemuda Rabbani, Pemikir InovasiAlhamdulillah, pada 14โ€“15 Februari 2025 telah berlangsung deng...
17/02/2026

๐ŸŒŸ KEM PEWARIS STEM-Q 2025 ๐ŸŒŸ
Pemuda Rabbani, Pemikir Inovasi

Alhamdulillah, pada 14โ€“15 Februari 2025 telah berlangsung dengan jayanya Kem Pewaris STEM-Q anjuran Ikatan Guru Muslim Malaysia bertempat di Pusat Latihan dan Pendidikan Yayasan al-Maghfirah.

Dengan tema โ€œPemuda Rabbani Pemikir Inovasiโ€, kem ini menghimpunkan generasi murid yang bukan sahaja cintakan ilmu, bahkan berani berfikir di luar kotak, menghubungkan wahyu dan sains dalam satu nafas perjuangan.

โœจ Antara pengisian menarik sepanjang kem:

๐Ÿ”น Bicara Tokoh: Meneroka Rahsia Sains Al-Quran oleh Prof Madya T.S Muhammad Nazir bin Mohammad Khalid dari Unisel.
Menyingkap keajaiban ayat-ayat Allah yang selari dengan penemuan sains moden โ€” membuka mata, menyentuh jiwa dan menguatkan iman.

๐ŸŒŒ Langit Malam
Menelusuri keindahan ciptaan Ilahi di hamparan langit, menyedarkan kita bahawa setiap bintang adalah tanda kebesaran-Nya. Meneropong ilmu cerapan langit ( falak )

๐ŸŽ“ Forum Kerjaya STEM
Perkongsian inspirasi tentang peluang dan cabaran bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik โ€” membina cita-cita dan hala tuju masa depan.

๐Ÿ”ฌ Eksplorasi STEM
Aktiviti hands-on yang mengasah kreativiti, pemikiran kritis dan semangat kerja berpasukan.

Kem ini bukan sekadar program, tetapi medan tarbiah akal dan jiwa. Melahirkan pemuda yang seimbang โ€” teguh aqidahnya, tajam fikirannya, dan jelas visinya.

Semoga lahir lebih ramai Pewaris STEM-Q yang akan memimpin dunia dengan ilmu, iman dan inovasi. ๐Ÿ’กโœจ




Daripada Abu Hurairah RA, beliauberkata, Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:โ€œApabila tiba malam pertama bulanRamadan...
13/02/2026

Daripada Abu Hurairah RA, beliau
berkata, Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

โ€œApabila tiba malam pertama bulan
Ramadan, syaitan-syaitan dan jin-jin
yang jahat dibelenggu, pintu-pintu
neraka ditutup, tidak ada satupun
pintunya yang terbuka. Pintu-pintu
syurga dibuka, tidak ada satupun
pintunya yang tertutup. Lalu seorang
penyeru menyeru: โ€œWahai yang
mengharapkan kebaikan, bersegeralah
(kepada ketaatan). Wahai yang
mengharapkan keburukan, berhentilah
(daripada melakukan keburukan). Allah
SWT akan membebaskan hamba-
hamba-Nya daripada api neraka dan
perkara tersebut berlaku pada setiap
malam (di bulan Ramadan).โ€

(Riwayat Ibnu Majah, Kitab ash-Shiyam, Bab Ma
Jaรก Fi Fadhli Syahru Ramadhana, no. 1642, berkata
al-Arnaรบt: Hadith sahih dan sanadnya hasan)

Link Pendaftaran iGuru Selangor : https://forms.gle/YCisk3srm9TkVe2B9

Telegram : I-GURU SELANGOR
Facebook : I-Guru Selangor

RAIKAN RAMADAN 1447H


BERSAMA MENUJU RAMADAN 19 HARI LAGIุงูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ููุชูุญูŽุชู’ ุงูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ูˆูŽุบูู„ูู‘ู‚ูŽุชู’ ุงูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑููˆูŽุต...
30/01/2026

BERSAMA MENUJU RAMADAN 19 HARI LAGI

ุงูุฐูŽุง ุฌูŽุงุกูŽ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ู ููุชูุญูŽุชู’ ุงูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ูˆูŽุบูู„ูู‘ู‚ูŽุชู’ ุงูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑููˆูŽุตูููู‘ุฏูŽุชู ุงู„ุดูŽู‘ูŠูŽุงุทููŠู’ู†ู.

"Jika tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan

(HR. Bukhari dan Muslim).

RAIKAN RAMADAN 1447H


Address

Subang Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I-Guru Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to I-Guru Selangor:

Shortcuts

Share