02/07/2026
LAWATAN MESRA MPP ZON 3 KE BALAI BOMBA & PENYELAMAT SUBANG JAYA
Pengerusi Persatuan Penduduk & KRT USJ 11/3 En. Singam Muniandy, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa MPP ZON 3, telah menghadiri Program Lawatan Mesra MPP ZON 3 ke Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya (SS17) pada 2 Julai 2026.
Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara MPP ZON 3 dan Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya melalui sesi perkenalan bersama TPgB Ahmad Fairuz Bin Kamsari, selaku Ketua Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya, penyampaian sumbangan makanan dan minuman ringan kepada anggota bomba serta perbincangan mengenai cadangan penubuhan Bomba Komuniti.
Persatuan Penduduk & KRT USJ 11/3 menyambut baik inisiatif ini sebagai usaha memperkukuhkan kerjasama strategik bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam meningkatkan tahap keselamatan, kesiapsiagaan serta kesejahteraan komuniti setempat.
Semoga jalinan kerjasama yang erat ini akan terus diperkasakan demi manfaat seluruh warga USJ 11/3 dan kawasan sekitarnya.