Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Masjid AlFalah USJ 9

Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Masjid AlFalah USJ 9 Biro Kebajikan & Kemasyarakatan Masjid Al-Falah USJ 9 berperanan membantu usaha-usaha kebajikan bagi masyarakat di dalam kariah Masjid Al-Falah.

24/01/2025

Majlis Khatan Perdana 2025, Sabtu 18 Januari 2025

Majlis Khatan Perdana 2025, Sabtu 18 Januari 2025
24/01/2025

Majlis Khatan Perdana 2025, Sabtu 18 Januari 2025

UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA
21/12/2023

UNTUK RENUNGAN KITA SEMUA

PROGRAM SUMBANGAN BAKUL JUADAH RAYA AIDILADHATARIKH: 20 Julai 2021MASA: 10.00 pagi hingga 12 tengahariTEMPAT: Foyer Masj...
22/07/2021

PROGRAM SUMBANGAN BAKUL JUADAH RAYA AIDILADHA

TARIKH: 20 Julai 2021
MASA: 10.00 pagi hingga 12 tengahari

TEMPAT: Foyer Masjid Al Falah USJ 9 (Patuh SOP)

Penerima bakul juadah raya adalah dikalangan senarai nama kebajikan Al Falah, seperti golongan keluarga yg memerlukan, Muallaf & OKU.

Alhamdulillah
penyampaian sumbangan dari rumah ke rumah & pandu lalu di masjid pada 20/7/21 tadi berjalan dengan lancar dan kami sudah berjaya mengagihkan sebanyak 150 bakul juadah raya kepada 150 keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada semua para dermawan yang menyumbang dan tidak lupa juga pada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

Moga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita semua & semoga kita semua dijauhkan dari wabak yang melanda. Aamiin Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

28/03/2021
24/02/2021

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kami (Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid al-Falah USJ 9 dengan kerjasama Unit Muallaf Masjid al-Falah USJ 9) berjaya menganjurkan sekali lagi program kebajikan kami dalam tempoh PKP2.0 ini.

Kami namakan program kami ini dengan nama hasil kerjasama penuh dengan pihak stesen minyak Petronas USJ 9.

Alhamdulillah, kami telah memberikan manfaat tersebut kepada 62 buah motosikal dan 43 buah kereta yang terdiri dari asnaf zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS), mereka yang berada dalam senarai kebajikan kami, warga Masjid al-Falah USJ 9, pelajar-pelajar muallaf yang belajar dalam Kelas Fardhu Ain Muallaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9 serta para pelanggan yang mengunjungi stesen (motosikal).

Sama-sama kita doakan para penyumbang sentiasa sihat walafiat dan mereka dikurniakan kemudahan dan kelapangan dalam urusan dunia dan akhirat.

Jika anda berkeperluan dalam tempoh PKP2.0 ini, mohon untuk hubungi hotline kami di whatsapp.alfalahcareusj9.com (Whatsapp) atau telegram.alfalahcareusj9.com (Telegram). Mesej sahaja. Bantuan kami adalah dalam bentuk barangan sahaja, maka ia hanya sesuai untuk mereka yang berada dalam kariah Masjid al-Falah USJ 9.

Kami mencari mereka yang prihatin dan mereka yang terkesan dengan PKP2.0
14/01/2021

Kami mencari mereka yang prihatin dan mereka yang terkesan dengan PKP2.0

[al-Falah Care USJ9]
01 Jamadilakhir 1442H
14 Januari 2021M

Assalamualaikum w.b.t

Para jemaah sekalian, susulan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (MCO) sekali lagi, al-Falah Care USJ9 dengan ini membuka tabung sumbangan bagi tuan/puan untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang terkesan dengan PKP ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun operasi Masjid al-Falah USJ9 bernombor 12065010009005 (Bank Islam). Sila letakkan di description "sumbangan pkp" untuk rujukan kami. Untuk respon pantas, boleh juga hantarkan resit transfer kepada maf.hakiminur.com.

Antara program bantuan yang kami sediakan adalah keperluan asas, makanan siap masak dan juga tunggakan bil utiliti (elektrik dan air sahaja).

Jika tuan/puan atau jiran tuan/puan terkesan dengan situasi ini, hubungi kami di maf.hakiminur.com (mesej Whatsapp sahaja. Panggilan terus atau panggilan Whatsapp tidak akan dilayan).

Terima kasih.

Sama-sama kita doakan kita semua mampu hadapi ujian ini dengan sabar dan ia dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Nota: Kami juga buka program bantuan ini kepada warga bukan Islam. Syarat utama program ini adalah hanya untuk mereka yang tinggal dalam kawasan USJ 7 hingga 25 sahaja.

Kami juga ingin maklumkan bahawa program Back To School yang telah dirancang, ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang. Alhamdulillah, jumlah kutipan yang kami terima adalah memuaskan dan kami akan gunakan sebahagian dana tersebut untuk program bantuan PKP ini jika diperlukan.

Terima kasih banyak-banyak kepada para penyumbang. Kami doakan semoga kebaikan anda ini, Allah SWT akan memberikan kemudahan dan kesihatan kepada tuan/puan hingga akhir hayat.

Address

Subang Jaya
47620

Telephone

+60380116949

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Masjid AlFalah USJ 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share