16/10/2026
https://www.facebook.com/share/p/1FvgndWZMh/
🚨 HEBAHAN RASMI | AWAS DOKUMEN PALSU DAN CUBAAN PENIPUAN!
JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin memberi perhatian kepada orang ramai berhubung dokumen yang menggunakan nama Buletin Lembaga Getah Malaysia (BLGM) berserta kadar bayaran pengiklanan seperti yang dipaparkan.
Untuk mengelakkan kekeliruan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, memberikan maklumat peribadi atau berurusan dengan mana-mana pihak berdasarkan dokumen tersebut sebelum kesahihannya disahkan melalui saluran rasmi LGM.
⚠️ Sila ambil perhatian:
❌ Jangan mudah mempercayai dokumen yang menggunakan nama atau logo LGM.
❌ Jangan membuat sebarang pembayaran tanpa pengesahan rasmi.
❌ Jangan berkongsi maklumat peribadi atau maklumat syarikat dengan pihak yang tidak dapat disahkan identitinya.
📢 TERIMA DOKUMEN MENCURIGAKAN? BERTINDAK SEGERA!
Orang ramai diminta menghubungi LGM untuk membuat pengesahan dan melaporkan sebarang dokumen yang mencurigakan melalui saluran rasmi:
📞 Telefon LGM: 03-9206 2000
🌐 Laman web: www.lgm.gov.my
Sekiranya mengesyaki berlaku penipuan, laporkan juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pihak berkuasa yang berkaitan. Jika melibatkan penipuan kewangan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera.
Jangan biarkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan nama dan identiti LGM untuk memperdaya orang ramai.
Bersama kita membanteras penipuan dan melindungi kepentingan semua pihak.