PIBG SK USJ20

PIBG SK USJ20 Selamat datang ke page PIBG SK USJ20. Isu yg boleh mencetuskan kontroversi atau provokasi adalah dilarang sama sekali.

Page ini adalah salah satu rangkaian sosial yg diwujudkan oleh PIBG agar para ibu bapa khasnya dapat mengetahui perkembangan sekolah serta aktiviti dan pencapaian anak2. Page ini adalah salah satu rangkaian sosial yg diwujudkan oleh PIBG agar para ibu bapa khasnya dapat mengetahui perkembangan sekolah serta aktiviti dan pencapaian anak-anak. Dialu-alukan untuk berkongsi maklumat, membincangkan ata

u menyuarakan pandangan yg dapat memberi impak positif kepada semua. Segala pertanyaan dan isu berkaitan polisi pentadbiran sekolah disarankan bertanya terus kepada Guru Besar melalui saluran tersedia. Ahli-ahli diingatkan agar mematuhi etika-etika pelayaran web dan tatalaku dalam menyiarkan sebarang komen, pendapat atau idea.

PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN SEKOLAH OLEH PIBGDalam tempoh satu hingga dua bulan ini, PIBG telah melaksanakan beberapa pr...
12/07/2026

PROJEK NAIK TARAF KEMUDAHAN SEKOLAH OLEH PIBG

Dalam tempoh satu hingga dua bulan ini, PIBG telah melaksanakan beberapa projek naik taraf kemudahan sekolah demi keselesaan murid-murid.

Antaranya ialah menggantikan pintu kayu bagi hampir 30 buah kelas dan bilik khas kepada pintu aluminium yang lebih kemas, cantik dan tahan lama.

Selain itu, pintu-pintu tandas turut diganti dan kemudahan tandas sekolah dinaik taraf dengan tandas seramik yang lebih bersih, kemas dan selesa.

Semoga segala kemudahan yang disediakan oleh PIBG ini dapat digunakan dan dijaga dengan baik oleh semua murid.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ibu bapa/penjaga yang dihormati.Pagi tadi telah berlangsung Majlis Persaraan En. A....
23/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ibu bapa/penjaga yang dihormati.

Pagi tadi telah berlangsung Majlis Persaraan En. A. Rahim Mohd Mislani, Guru Besar SK USJ20.

Saya mewakili seluruh ibu bapa dan Jawatankuasa PIBG SK USJ20 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta kepimpinan beliau sepanjang berkhidmat di SK USJ20 dalam mendidik dan membimbing anak-anak kita.

Dengan penuh rasa hormat, kami mengucapkan Selamat Bersara kepada En. A. Rahim. Semoga beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta terus dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan masyarakat.

Terima kasih, cikgu. Jasa dan bakti akan sentiasa dikenang. 🌹

Roshime Sheik Abu Bakar
YDP PIBG SK USJ20

17/06/2026
03/06/2026

sebanyak 30 unit kerusi makmal telah selamat tiba ke sekolah bagi menggantikan kerusi-kerusi lama yang telah rosak. Semoga kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan suasana pembelajaran yang lebih baik kepada para pelajar.

03/06/2026

Naik Taraf Tandas Sekolah

Penambahbaikan yang telah dilakukan termasuk:

* Pertukaran toilet bowl baharu
* Penukaran lantai baharu
* Kerja waterproofing
* Pemasangan pintu baharu

Diharapkan murid-murid dapat menjaga tandas baharu ini dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan dengan selesa dan sentiasa dalam keadaan bersih.

Mohon kerjasama ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak tentang kepentingan menjaga kebersihan tandas demi kegunaan bersama.

31/05/2026

Alhamdulillah, selesai pertukaran pintu kelas untuk semua kelas dan bilik-bilik khas.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini demi keselesaan, keselamatan dan kemudahan warga sekolah. Semoga segala urusan dipermudahkan dan memberi manfaat kepada anak-anak pelajar serta guru-guru.

23/04/2026

PIBG telah menukar semua cermin nako kepada sliding window bagi semua kelas di Blok C yang menghadap jalan. Sebelum ini, terdapat cermin nako yang rosak dan tidak dapat ditutup, menyebabkan air hujan masuk ke dalam kelas.

Dengan pertukaran kepada sliding window ini, masalah tersebut dapat diselesaikan.

14/04/2026

Kerja-kerja mengecat garisan parkir di kawasan tempat letak kereta sekolah untuk kenderaan guru.

Selamat Datang.En Ahmad Sharbini Bin Abu Sharif
05/04/2026

Selamat Datang.
En Ahmad Sharbini Bin Abu Sharif

Terima Kasih En Mohd Hazni. Selamat Bersara.
05/04/2026

Terima Kasih En Mohd Hazni.
Selamat Bersara.

Address

USJ 20
Subang Jaya
47630

Telephone

+60123497936

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK USJ20 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share