Gerakan Pengundi Sedar

Gerakan Pengundi Sedar Gerakan Pengundi Sedar | Advokasi Politik Marhaen
(1034)

Bila kena pada batang hidung sendiri tahu p**a minta rumah ibadat tersebut untuk dipidahkan atau dirobohkan.Lembaga Waka...
24/08/2026

Bila kena pada batang hidung sendiri tahu p**a minta rumah ibadat tersebut untuk dipidahkan atau dirobohkan.

Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) yang dipengrusikan oleh RSN Rayer dan Timbalannya Lingesh, mereka telah ambil tindakan keatas rumah ibadat yang didirikan diatas tanah LWHPP secara haram untuk dirobohkan.

Bila dibina atas tanah orang ia perlu dihormati dan dipertahankan. Tapi bila ia dibina atas tanah sendiri terus haram dan mesti dirobohkan. Tindakan tak serupa bikin!

Dimana prinsip dan keadilannya?
Haram tetap haram tak kira siapa pun pemilik tanahnya!

Sumber:
- Lembaga Wakaf Hindu Arah Kosongkan Tanah & Robohkan Kuil? - Firdaus Wong
https://web.facebook.com/share/p/1ETseMBQYX/
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

MALAYSIA NEGARA ISLAM!Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menentang keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Ronnie Lui ini. Dia c...
21/08/2026

MALAYSIA NEGARA ISLAM!

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menentang keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Ronnie Lui ini.

Dia cuba menghadkan dan mematikan peranan Islam dalam membentuk sesebuah negara. Naratif yang dibawa cuba untuk mencairkan identiti Melayu-Islam dalam kehidupan bernegara dan inginkan kesamarataan.

Hanya meletakkan Islam dalam urusun peribadi dan pentadbiran tertentu, sedangkan Islam itu meliputi keseluruhan kehidupan manusia daripada pelbagai aspek.

Sejarah menunjukkan bahawa Islam telah lama menjadi sebahagian daripada asas pemerintahan dan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Pelaksanaan undang-undang berteraskan Islam juga dapat dilihat dalam beberapa teks perundangan Melayu terdahulu, termasuk Kanun Melaka serta kanun-kanun negeri di Tanah Melayu.

Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan perundangan di rantau ini bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya telah wujud sejak berabad-abad lamanya.

Secara terang dan berani dia membawa naratif ini cuba mencabar kedudukan Melayu-Islam di negara ini.

Tapi adakah orang Melayu-Islam sedar dan bersatu? Perkara ini perlu kita sedar, kelemahan kita membuatkan mereka berani menentang. Sikit demi sedikit mereka cuba suntik ideologi mengikut acuan mereka untuk mengubah sejarah dan identiti negara.

Sumber:
- Malaysia Tidak Akan dan Tidak Patut Menjadi Negara Islam‑ Ronnie Liu
https://web.facebook.com/share/p/19BbeAJmya/
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

Bendera terbalikPremis beroperasi tanpa lesen sahTahniah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) kerana telah mengenakan...
20/08/2026

Bendera terbalik
Premis beroperasi tanpa lesen sah

Tahniah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) kerana telah mengenakan tindakan yang sewajarnya keatas premis tersebut.

Antara tindakan yang telah diambil:
- 1 Notis Henti Niaga dikeluarkan kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah
- 1 kompaun dikeluarkan kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen MBIP
- Premis telah diarahkan menghentikan operasi dan ditutup berikutan kegagalan mematuhi keperluan pelesenan MBIP

Agaknya ada tak yang bersuara menentang tindakan MBIP ni? Sebab biasanya mesti akan ada yang 'back up'.

Tak mungkin ia tidak disengajakan apabila dua bendera dipasang terbalik. Apakah ini benar-benar kecuaian, atau ada usaha untuk mencabar dan memperlekehkan Jalur Gemilang sebagai simbol negara?”

Sumber:
- Kenyataan MBIP
https://web.facebook.com/share/p/1L3XZNL3UJ/
- Jalur Gemilang, bendera Johor dipasang terbalik di Iskandar Puteri p**a
https://malaysiagazette.com/2026/08/19/jalur-gemilang-bendera-johor-dipasang-terbalik-di-iskandar-puteri-p**a/?fbclid=IwY2xjawTzNkRwZG9mAWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkEDIyMjAzOTE3ODgyMDA4OTIAAR4I1LB5JBLdjP4Aj8DOQykOLvUm32XJzFMqzEdVTMCIhsUnqQZtwv3ltaEdDw_aem_mW3OMLa5q-naVku504JIlA
- Kilang pasang Jalur Gemilang terbalik rupanya tiada lesen sah - MBIP
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kilang-pasang-jalur-gemilang-terbalik-rupanya-tiada-lesen-sah-mbip?fbclid=IwY2xjawTzQO1wZG9mAWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkEDIyMjAzOTE3ODgyMDA4OTIAAR4yyUSULpIqzZIa_64E95YBY9F71_pjzI3xzFMO-yFUVBNgH5VA5L0O2GT4hw_aem_lZ3IFjxqFR3icNIBJ21jmQ
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

Insiden berulang mungkin sebab mereka tahu ada yang 'back up'. Yang 'back up' tu p**a menteri bukan orang biasa.Bila ora...
18/08/2026

Insiden berulang mungkin sebab mereka tahu ada yang 'back up'. Yang 'back up' tu p**a menteri bukan orang biasa.

Bila orang yang berkuasa tidak tegas malah mempertahankan pihak yang melakukan kesalahan maka inilah hasilnya.

Rakyat marah kerana ada pemimpin dan sesetengah pihak yang masih berlembut dengan insiden yang melibatkan maruah negara. Hanya beri peringatan dan akhirnya kes berulang kembali.

Bila hukuman dan denda diberikan boleh p**a mereka sangkal.

Apa nasib negara kita di masa akan datang jika identiti negara tidak dipelihara?
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

Masuk bulan Ogos je kes ini berulang kembali...Dalam hansard Parlimen bertarikh 20 November 2025, Timbalan Menteri Dalam...
17/08/2026

Masuk bulan Ogos je kes ini berulang kembali...

Dalam hansard Parlimen bertarikh 20 November 2025, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar mengatakan bahawa dalam rekod PDRM jumlah kes seperti ini berlaku di dalam negara sebanyak 22 kes dari tahun 2022-2025.

Statistik Kertas Siasatan dan pertuduhan adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2022 tiada Kertas Siasatan dibuka;
(ii) 2023 sebanyak dua Kertas Siasatan telah dibuka;
(iii) 2024 sebanyak tiga Kertas Siasatan telah dibuka; dan
(iv) Tahun 2025 sebanyak 17 Kertas Siasatan telah dibuka.

22 kes bukan sikit dan masih berlaku hingga ke tahun ini. Sampai bila agaknya perkara ini terus berlaku?

Apa tindakan kerajaan dan pihak berkuasa untuk pastikan kesalahan ini dinoktahkan?
Adakah masih ada lagi rakyat kita tidak kenal identiti negara sendiri?

Sumber:
- Hansard Parlimen
https://hansard.parlimen.gov.my/hansard/dewan-rakyat/2025-11-20?search=pemain+piala+dunia&utm_source=chatgpt.com
- Bendera terbalik di Johor
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2026/08/17/premis-pasang-jalur-gemilang-bendera-johor-terbalik-ditutup-sementara?fbclid=IwY2xjawTvlP9wZG9mAWV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkEDIyMjAzOTE3ODgyMDA4OTIAAR7sgI-HnP2OM4uXz9iYds8xd9oXz9v27rwm0Iv-z2kBZORcDy8-rRViSZgKZw_aem_Xw1KfcM6WE0kPoBGaW4avw
- Bendera tidak lengkap di Terengganu
https://www.malaysiakini.com/news/781779
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

Kehadiran tak sampai 50% Ramasamy kata "kongres 16 Ogos bukan sekadar persidangan kebangsaan biasa, tetapi kongres yang ...
17/08/2026

Kehadiran tak sampai 50%

Ramasamy kata "kongres 16 Ogos bukan sekadar persidangan kebangsaan biasa, tetapi kongres yang sepatutnya menentukan hala tuju politik parti”

“Adakah saya betul jika mengatakan bahawa sekiranya 90 peratus perwakilan hadir, terdapat kemungkinan usul untuk kekal dalam kerajaan akan ditolak?" - P Ramasamy.

Adakah ketidakhadiran itu merupakan satu 'protes' menunjukkan ahli mereka tidak sokong untuk kekal dalam kerajaan atau bagaimana?

Sumber:
- Mengapa lebih 50 peratus perwakilan tidak hadir kongres DAP, tanya Ramasamy
https://malaysiagazette.com/2026/08/17/mengapa-lebih-50-peratus-perwakilan-tidak-hadir-kongres-dap-tanya-ramasamy/?fbclid=IwY2xjawTvVClwZG9mAWV4dG4DYWVtAjExAGJyaWQRMWlZUnNmcE5jeDZVazRvRnNzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeuxaYNrFGwvTHEQEXl5S6S8zL6FeaX5bpncRUjwVOdDLpRXZMuyauLKaFi6w_aem_ANDIvhLvUgFkYOMYmrAH4w
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

17/08/2026

Lama tidak bersiaran, kami kembaliđź‘‹
Isu apa yang anda ingin GPS kupas? Sila komen dibawah

Pengiktirafan UEC bukan sekejap, ia makan bertahun-tahun. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah putus. Tak kira kerajaan m...
15/05/2026

Pengiktirafan UEC bukan sekejap, ia makan bertahun-tahun. Tuntutan demi tuntutan tidak pernah putus. Tak kira kerajaan mana yang memerintah mereka semua gagal menolak desakan tersebut.

Satu demi satu pintu dibuka untuk iktiraf UEC. Berilah apa juga alasan kononnya nak beri peluang pendidikan, ada syarat yang ketat untuk lepas masuk ke IPTA dan sebagainya.

Semua alasan itu tidak akan mengubah hakikat bahawa dalam perlembagaan, UEC dilihat tidak selari dengan semangat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta asas sistem pendidikan nasional di bawah Akta Pendidikan 1996.

Sudah berkali-kali dan pelbagai pihak ulas dan kaji mengenai UEC ini. Ia jelas lari daripada kerangka sistem pendidikan kebangsaan yang dibina untuk menyatukan rakyat melalui satu dasar, satu bahasa kebangsaan dan satu identiti nasional yang sama.

Mula-mula terhad kepada beberapa kursus, selepas ni apa p**ak yang diminta? Akan banyak 'alasan' dan 'desakan' mereka selepas ini.

Jika mana-mana kerajaan yang perintah ketika itu masih lemah dan takut dengan desakan mereka maka mudah saja mereka dapat peluang itu, mungkin sudah diiktiraf sepenuhnya pun.

Sumber:
Najib tarik pengundi Cina dengan janji iktiraf UEC
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/30/najib-tarik-pengundi-cina-dengan-janji-iktiraf-uec
Iktiraf UEC kerana BN pentingkan pendidikan
https://malaysiagazette.com/2018/05/06/121292/
Graduan UEC diterima masuk IPG khusus Bahasa Cina di SJKC - Radzi Jidin
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/graduan-uec-diterima-masuk-ipg-khusus-bahasa-cina-di-sjkc-radzi-jidin-254756
Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA
https://malaysiagazette.com/2026/05/14/lepasan-tahfiz-uec-dipertimbang-masuk-program-pengajian-tertentu-di-ipta/
Ikuti media sosial GPS
https://t.me/pengundisedar

Bagaimana Kementerian Pendidikan Tinggi boleh membuka laluan kepada UEC sedangkan ramai pakar sejak dahulu membantah pen...
15/05/2026

Bagaimana Kementerian Pendidikan Tinggi boleh membuka laluan kepada UEC sedangkan ramai pakar sejak dahulu membantah pengiktirafan UEC yang bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Hari ini kerajaan mungkin akan kata UEC hanya diterima untuk “kursus tertentu”. Persoalannya, adakah ini permulaan kepada pengiktirafan secara berperingkat?

Isu ini bukan lagi sekadar peluang sambung belajar, tetapi melibatkan hala tuju dasar pendidikan negara secara keseluruhan.

Jika UEC benar-benar dianggap setara dengan sistem nasional, kenapa masih perlu syarat tambahan seperti kepujian Bahasa Melayu dan lulus Sejarah?

Ini sendiri menunjukkan kerajaan mengakui masih wujud jurang besar antara sistem UEC dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Persoalannya, kenapa sistem yang berada di luar kurikulum nasional akhirnya diberi laluan ke institusi awam negara yang dibiayai oleh rakyat?

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) berpandangan isu ini bukan soal kaum, tetapi soal dasar negara, identiti nasional dan masa depan sistem pendidikan Malaysia.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta fungsi sistem pendidikan sebagai alat penyatuan rakyat tidak boleh dipandang ringan hanya kerana tekanan politik atau tuntutan tertentu.

Sumber:
Pelajar tahfiz, SMPC/UEC berpeluang sambung pengajian di IPTA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1554468/lepasan-tahfiz-smpcuec-kini-berpeluang-sambung-pengajian-di-ipta-kpt
Pandangan pakar pendidikan mengenai UEC
- https://malaysiagazette.com/2025/12/12/kalau-uec-boleh-dibincang-dirunding-kenapa-tak-bawa-sahaja-ke-mahkamah-dr-anuar/
Kerajaan perlu tegas tolak UEC - Kok Seong
https://www.sinarharian.com.my/article/760349/berita/nasional/kerajaan-perlu-tegas-tolak-uec---kok-seong

Address

Stiawan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Pengundi Sedar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerakan Pengundi Sedar:

Shortcuts

Share