25/12/2025
[FORUM PROFESIONAL PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI IPT:MANFAAT DAN PELUANG]
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM),Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia (KIMM) akan menganjurkan Forum Profesional Bertajuk Pendidikan Keusahawanan di IPT: Manfaat dan Peluang.
Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i serta masyarakat umum mengenai kepentingan pendidikan keusahawanan di institusi pengajian tinggi, di samping membincangkan manfaat serta peluang yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan masyarakat umum dalam membina kerjaya serta keusahawanan pada masa hadapan.
Butiran program adalah seperti berikut:
π Tarikh: 30 Disember 2025 (Selasa)
β° Masa: 10.30 pagi β 1.00 petang
π Tempat: Dewan Seminar B, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia
πLink Pendaftaran
Kami juga mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia dan IPT lain serta masyarakat umum untuk menyertai kami bersama-sama memeriahkan forum ini secara online dan memanfaatkan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada para panel jemputan. Jangan lepaskan peluang berharga ini! β¨
Maklumat lanjut boleh layari Facebook
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM)
https://www.facebook.com/share/1Bm1Dx8h5y/
Kesatuan Ikhtisas Muslim Malaysia(KIMM)
https://www.facebook.com/share/1AZyxenRpb/?mibextid=wwXIfr
Untuk pengetahuan semua, program ini juga akan ditayangkan secara langsung di laman Facebook tersebut.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi
π€΅ββοΈPengarah: Saudara Faiz Aiman
http://www.wasap.my/60109832715
π€΅ββοΈTimbalan Pengarah: Saudara Ahmad Aidid
http://www.wasap.my/60193518697
Sekian, terima kasih.