26/08/2026
LAWATAN RASMI PENGARAH NEGERI LPPKN NEGERI SARAWAK KE KOLEJ KOMUNITI KUCHING 🤝✨
24 Ogos 2026 | Lawatan Rasmi Pengarah LPPKN Sarawak ke Kolej Komuniti Kuching.
Lawatan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta meneroka potensi kerjasama dalam pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam aspek pembangunan, kesejahteraan dan pemerkasaan remaja.
KafeTEEN Kuching turut menyambut baik usaha menjalin kerjasama dengan institusi pendidikan dalam mewujudkan ruang dan peluang yang positif untuk golongan remaja dan belia agar mereka dapat berkembang dalam persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera. 💙
Semoga lawatan rasmi ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak jalinan kerjasama dan inisiatif bersama yang memberi impak positif kepada komuniti pada masa akan datang.
Bersama Memperkasa Remaja, Membina Masa Depan! 🌱