Majlis Belia Daerah Muallim

Majlis Belia Daerah Muallim Dahulunya di kenali sebagai Majlis Belia Daerah Kecil Slim river/tg malim. Program belia
Konsultant
Penceramah
Perkhemahan
sukan lasak
Event management

14/05/2026

๐Ÿ”ฅ HARI BELIA NEGARA 2026 | MENGGERAK BELIA DAERAH MUALLIM ๐Ÿ”ฅ

Pada 13 Mei 2026 telah berlangsungnya sambutan Hari Belia Negara 2026 bertemakan โ€œMenggerak Beliaโ€ peringkat Daerah Muallim bertempat di SMK Khir Johari, Tanjong Malim.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Majlis Belia Daerah Muallim, Kelab Rakan Muda Progresif Tanjung Malim serta Gerakan Belia 4B Tanjong Malim.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Salina Samsudin dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, peragaan (modelling) dan explorace yang melibatkan penyertaan pelajar daripada sekolah-sekolah seluruh daerah Muallim.

Sambutan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat dan potensi anak muda, malah membuktikan bahawa belia Muallim terus aktif, kreatif dan bersedia menjadi penggerak masa depan masyarakat serta negara.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga semangat belia terus diperkasa demi membina generasi yang progresif, berdaya saing dan berjiwa komuniti.









Assalamualaikum dan salam sejahtera,Dengan penuh sukacita, diperkenalkan seluruh barisan jawatankuasa baharu yang dipili...
30/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan penuh sukacita, diperkenalkan seluruh barisan jawatankuasa baharu yang dipilih daripada pelbagai badan gabungan Majlis Belia Daerah Muallim yang bakal menerajui serta menggerakkan Majlis Belia Daerah Muallim bagi sesi 2026/2028 dengan semangat dan komitmen yang tinggi.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐— 
AZIZUL ZAFRAN BIN ALIYUZAR

๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐— 
FARISYA IRWAYU NABELLA BINTI KHARUL ZAMRI

๐—ก๐—”๐—œ๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐— 
MUHAMMAD RAIS RAHIMI BIN ABDUL RAHMAN

๐—ก๐—”๐—œ๐—• ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—œ๐—œ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐— 
MIFTAHUDDIN BIN MAZDI

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—”๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—” ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐— 
RAJA SITI HAWA BINTI RAJA MOHD NOR

๐๐„๐๐Ž๐‹๐Ž๐๐† ๐’๐„๐“๐ˆ๐€๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ
NUR IZZAH ATIRAH BINTI BADROL HISHASM

๐๐„๐๐ƒ๐€๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ
NURUL SOFIYAH BINTI YASUNI

๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Œ๐”๐€๐‹๐‹๐ˆ๐Œ
NOOR ALIYA NATASYA BINTI MUHD HALIN
MUHAMMAD ADIB BIN RIDZUAN
HANI NABILAH BINTI AZAHARI
MUHAMMAD NAIM BIN KAMARUDIN
RABI'ATUL HUSNA BINTI KHAIRUL ANUAR
HARITH HAZMAN BIN SHAM SHAH NIZAM
HARITH HAKIMI BIN MOHD NAZIR
AIRA UMAIRAH BINTI SHAHARUDDIN
MUHAMMAD FAIZ FARHAN BIN ABDUL WAHID
MOHAMAD ZULHAMKA BIN ABDULLAH
NURMAISARAH BINTI BAKAR
ADAM HAFIZI BIN ANIZAT

Semoga barisan kepimpinan ini dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, memperkukuh kerjasama berpasukan serta terus menyumbang ke arah kecemerlangan komuniti belia setempat. Terus maju jaya dan selamat menjalankan tugas.

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด Mesyuarat Agung Pemilihan 2026/2028 Majlis Belia Daerah Muallim telah berlangsung de...
28/04/2026

๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿด

Mesyuarat Agung Pemilihan 2026/2028 Majlis Belia Daerah Muallim telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni, semangat perpaduan dan komitmen terhadap pembangunan belia daerah Muallim.

Mesyuarat ini telah dihadiri serta dirasmikan oleh Naim Al-Amin Saharudin selaku Presiden Majlis Belia Negeri Perak. Turut hadir bersama Timbalan Presiden MBN Perak, Saudara Nazrin, Ketua Penerangan serta barisan jawatankuasa MBN Perak.

Kehadiran turut diserikan dengan penyertaan Penasihat Majlis Belia Daerah Muallim, Encik Halim Bin Hashim serta wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim iaitu Encik Aziz selaku Penolong Pegawai Belia Daerah.

Mesyuarat berjalan lancar dengan proses pelepasan jawatan oleh Ahli Jawatankuasa sesi 2023/2025 kepada barisan jawatankuasa baharu sesi 2026/2028 selaras dengan pindaan Akta 668 yang menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Dalam ucapan pengerusi MBD ketika itu, Saudara Azhari Bin Abdullah Sani turut merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada barisan jawatankuasa baharu MBD Muallim yang majoritinya terdiri daripada anak tempatan berusia 25 tahun ke bawah. Beliau berharap agar komuniti belia di daerah Muallim terus berkembang, diberi ruang dan peluang yang lebih luas serta mampu berdaya saing di pelbagai peringkat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada seluruh kepimpinan baharu sesi 2026/2028. Semoga terus membawa suara belia Muallim ke arah yang lebih progresif, aktif dan cemerlang.

MESYUARAT JAWATANKUASA BILANGAN 3/2025Pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim bersama Jawatankuasa Kerja serta Badan Badan...
30/12/2025

MESYUARAT JAWATANKUASA BILANGAN 3/2025

Pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim bersama Jawatankuasa Kerja serta Badan Badan Gabungan MBD Muallim telah bermesyuarat bagi bilangan 3 untuk tahun 2025 pada 24 Disember 2025 bertempat di apaku Laris, Tanjobg Malim.

Pengisian mesyuarat ini adalah bagi merangka gerak kerja MBD Muallim Bagi tahun 2026 dan seterusnya. Turut hadir barisan pelapis pelapis muda MBD Muallim yang diberikan tunjuk ajar pengurusan dan pengorganisasian.



Program Jelajah Masjid Daerah Muallim 2025Setinggi-tinggi penghargaan daripada Majlis Belia Daerah (MBD) Muallim dengan ...
24/11/2025

Program Jelajah Masjid Daerah Muallim 2025

Setinggi-tinggi penghargaan daripada Majlis Belia Daerah (MBD) Muallim dengan kerjasama Kelab Belia Jatidiri Kampung Kuala Slim (KBJ Kuala Slim) kepada Pejabat Belia & Sukan Daerah Muallim, Pejabat Agama Islam Daerah Muallim, serta Masjid Jamek Kuala Slim atas ruang, kepercayaan dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

Amanah penganjuran Islamic Explorace telah dipimpin dengan cemerlang oleh pasukan MBD Muallim dan KBJ Kuala Slim, disertai para pelajar Kolej Vokasional Slim River serta barisan urus setia belia tempatan yang komited dan berdedikasi.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat ukhuwah, daya saing sihat, dan kepimpinan belia, tetapi juga menjadi wadah dakwah santai yang menghubungkan generasi muda dengan institusi masjid secara lebih progresif, inklusif dan signifikan.

Majlis perasmian turut dimuliakan dengan kehadiran YDH Toh Paduka Ir. Dr. Safry Kamal, Orang Besar Jajahan Daerah Muallim.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Moga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan berpanjangan, mengukuhkan sinergi antara institusi, agensi dan belia dalam membina tamadun ummah yang lebih gemilang.

PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025KALUMPANG, 25 September 2025 โ€“ Program Kem Belia @ Rakan...
30/09/2025

PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025

KALUMPANG, 25 September 2025 โ€“ Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Muallim 2025 telah berlangsung pada 23 hingga 25 September 2025 di Kalumpang Resort and Training Centre. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, Majlis Belia Daerah Muallim dan Kelab Sukan dan Rekreasi Trolak.

Seramai 50 orang pelajar Sekolah Menengah dari seluruh Daerah Muallim telah menyertai program ini. Sepanjang kem, para peserta diberi peluang untuk meningkatkan kesedaran tentang matlamat hidup serta memahami bahaya dan kesan gejala sosial serta jenayah terhadap belia.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh DSP Suhaimi bin Muhammad, Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Turut hadir ialah Puan Siti Nurbaya binti Zambri, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Muallim serta Encik Mohd Rahimi bin Abd Razak, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Muallim.

Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Azhari bin Abdullah Sani, Pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim bersama ahli jawatankuasa, serta Encik Shamsuddin bin Adnan, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Trolak bersama barisan jawatankuasa. Guru-guru pengiring serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim turut hadir memberi sokongan sepanjang program.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.





PROGRAM JELAJAH LASAK: ANUGERAH REMAJA PERDANA (TAHAP GANGSA) DAERAH MUALLIM X TRANSISI PEMIMPIN BELIA 2025 ๐Ÿ“ Kompleks R...
12/09/2025

PROGRAM JELAJAH LASAK: ANUGERAH REMAJA PERDANA (TAHAP GANGSA) DAERAH MUALLIM X TRANSISI PEMIMPIN BELIA 2025

๐Ÿ“ Kompleks Rakan Muda, Kampar
๐Ÿ“… 10 โ€“ 11 September 2025

72 orang pelajar Tingkatan Enam Proton City (Semester 1 & 3) telah membuktikan semangat luar biasa mereka dalam Kem Kepimpinan Anak Muda Muallim (KKAMU) yang dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Muallim dengan kerjasama strategik Majlis Belia Daerah Muallim.

Program bermula dengan cabaran penerokaan Gua Tempurung, membuka ruang keberanian, semangat setiakawan dan daya tahan fizikal serta mental. Aktiviti lasak ini bukan sekadar pengembaraan, tetapi latihan kepimpinan sebenar yang mengajar bagaimana membuat keputusan, bekerjasama dan bertahan dalam suasana penuh cabaran.

Selain itu, program ini juga memberi pendedahan awal kepada belia berkenaan cara pengurusan organisasi, pengenalan kepada persatuan persatuan belia serta mencari pelapis tampuk kepimpinan yang berpotensi menerajui kemajuan belia di masa akan datang demi menyahut hasrat negara dibawah akta 668.

Sepanjang dua hari, peserta dibimbing untuk:
โœ… Menajamkan kepimpinan melalui tugasan berpasukan
โœ… Memupuk nilai keberanian & disiplin diri
โœ… Menghayati erti kerjasama dan komunikasi berkesan
โœ… Membentuk daya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan

Program ini membuktikan bahawa anak muda Muallim mampu melangkah lebih jauh bukan sahaja sebagai pelajar, tetapi juga sebagai pemimpin masyarakat pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Muallim melahirkan pemimpin muda yang matang, berani dan berwawasan! ๐Ÿš€๐Ÿ’ช



fans highlight

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025PEJABAT DAERAH DAN TANAH MUALLIM / 17 JULAI 2025 / KHAMIS /...
17/07/2025

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025

PEJABAT DAERAH DAN TANAH MUALLIM / 17 JULAI 2025 / KHAMIS / 2 PETANG.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muallim dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Muallim.

Majlis dipengerusikan oleh Puan Nurul Afizal Bt Zainal Abidin, Ketua Penolong Pegawai Daerah . Dimulakan dgn ucapan aluan oleh En Azhari Bin Abdullah Sani , Pengerusi Majlis Belia Daerah Muallim sehinggalah ke Ucapan Penangguhan oleh pengerusi MPBN Muallim.

Satu kertas kerja telah dibentang oleh Encik Azizul Zafran Bin Aliyuzar, selaku Setiausaha kehormat Majlis Belia Daerah Muallim.

Beberapa usul telah dibentang dan dibahas oleh Ahli MPBN yang terdiri dari Persatuan-persatuan Belia Daerah Muallim, Ketua-ketua Jabatan dan pakar rujuk.

Terima kasih kepada Pn Siti Nurbaya Bt Zambri Pegawai Belia Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muallim yg bersama dan membimbing kami dalam menjayakan MPBN ini.

Terima kasih kepada Pakar Rujuk MPBN Muallim En Halim Bin Hassim.

Terima kasih Jabatan-jabatan kerajaan Daerah Muallim dan NGO yang hadir.

Kami yakin bahawa melalui perbincangan dan kerjasama yang erat sebegini,kita dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan hala tuju dan masa depan Belia Negara terjamin khususnya Belia Muallim.

Terima Kasih.Assalammualaikum

๐Ÿ“ฃ SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025๐Ÿ“… 15 Mei 2025 (Khamis)๐Ÿ“ Kolej Vokasional Slim RiverAlh...
17/05/2025

๐Ÿ“ฃ SAMBUTAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MUALLIM 2025
๐Ÿ“… 15 Mei 2025 (Khamis)
๐Ÿ“ Kolej Vokasional Slim River

Alhamdulillah, Majlis Belia Daerah Muallim dengan kerjasama rakan strategik Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim telah berjaya menganjurkan Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Muallim Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan!

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Zaidi Bin Aziz, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak merangkap wakil rasmi DUN Slim. Kehadiran beliau amat dihargai dan menyuntik semangat kepada semua para belia yang hadir.

๐ŸŽ‰ Antara aktiviti menarik yang telah diadakan termasuk:

Senamrobik perdana ๐Ÿ’ƒ๐Ÿป๐Ÿ•บ๐Ÿผ

Pertandingan Lumba LEGO ๐Ÿงฑ๐Ÿ

Permainan Dam Ular Manusia๐Ÿ๐Ÿง๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Ceramah Kesedaran oleh wakil Penjara Tapah ๐Ÿ—ฃ๏ธ

Pertandingan Reka Cipta Roket Air ๐Ÿš€๐Ÿ’ง

Dan pelbagai aktiviti interaktif yang lain!

โœจ Sambutan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat Hari Belia, tetapi turut menjadi platform untuk mencungkil bakat, menyebarkan kesedaran, dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan belia Muallim.

Terima kasih kepada semua yang hadir, para peserta, para guru, sukarelawan, serta pihak pengurusan Kolej Vokasional Slim River atas sokongan dan kerjasama padu.

"BELIA HEBAT NEGARA BERKAT!"




Majlis Belia Daerah Muallim ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarham A...
17/05/2025

Majlis Belia Daerah Muallim ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Allahyarham Aswanuddin Bin Arifuddin, mantan Presiden Majlis Belia Negeri Perak.

Allahyarham merupakan seorang tokoh belia yang berdedikasi dan berwibawa. Sepanjang kepimpinannya, beliau telah banyak menyumbang tenaga, buah fikiran dan bimbingan yang amat bermakna kepada pembangunan Majlis Belia Daerah Muallim. Segala jasa dan tunjuk ajar yang dicurahkan oleh Allahyarham akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga belia di daerah ini.

Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ท๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ซ๐’€๐‘ป๐‘ด ๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘ผ๐‘ณ ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ๐’๐‘ผ๐‘จ๐‘ต,๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ  ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ญ๐‘จ๐‘น ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ณ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ด ๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘บ๐‘จAlhamdulillah, h...
14/03/2025

๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ ๐‘ท๐‘ผ๐‘จ๐‘บ๐‘จ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘จ
๐‘ซ๐’€๐‘ป๐‘ด ๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฒ ๐‘ซ๐‘จ๐‘น๐‘ผ๐‘ณ ๐‘น๐‘ฐ๐‘ซ๐’๐‘ผ๐‘จ๐‘ต,
๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ฑ๐‘จ๐‘จ๐‘ญ๐‘จ๐‘น ๐‘ฐ๐‘ฉ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘จ๐‘ณ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘ฏ๐‘ผ๐‘ด ๐‘น๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘ซ๐‘จ ๐‘ด๐‘ผ๐‘บ๐‘จ

Alhamdulillah, hari ini Majlis Belia Daerah Muallim menghadiri Majlis Berbuka Puasa Daerah Muallim bersama DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan di Masjid Kuala Slim, Slim River, Perak.

Menjunjung tinggi kasih di atas limpah perkenan DYTM Tuanku berangkat mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat di daerah Muallim.

Daulat Tuanku, Raja dan Rakyat Berpisah Tiada

highlight

Address

No 6, Wisma MDTM , Jalan Ahmad Boestamam
Slim River
35800

Telephone

+6054528360

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share