15/08/2025
SELAMAT ULANG TAHUN KE-77
GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)
GPMS Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan sempena sambutan ulang tahun ke-77 GPMS.
Sejak penubuhannya pada tahun 1948, GPMS telah menjadi benteng perjuangan pelajar dan belia Melayu dalam memperjuangkan hak pendidikan, memupuk perpaduan, serta membentuk generasi pemimpin masa depan yang berwawasan dan berintegriti.
GPMS Negeri Perak akan terus komited meneruskan legasi perjuangan ini demi agama, bangsa, dan tanah air tercinta.