Penggerak Komuniti Negara - P077 Tanjung Malim

Penggerak Komuniti Negara - P077 Tanjung Malim Penggerak Komuniti Negara Bahagian Tanjung Malim Dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dipengerusikan oleh Saudara Abdul Rahim selaku PIC Penggerak Tanjung Malim.

TAHNIAH !!! Ikhlas Dari Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjong Malim
20/08/2021

TAHNIAH !!!

Ikhlas Dari Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjong Malim

13 Julai 2021Alhamdulillah dengan sedikit sumbangan yang ada,dapat di kongsi bersama ahli pengerak komuniti negara parli...
15/07/2021

13 Julai 2021

Alhamdulillah dengan sedikit sumbangan yang ada,dapat di kongsi bersama ahli pengerak komuniti negara parlimen tanjong malim.
Untuk makluman, pesakit adalah isteri kepada salah seorang ahli PKN, En Suhaimi Shabudin.. Beliau mengalami pendarahan di otak serta lumpuh akibat jatuh di bilik air.. Alhamdulillah ada perubahan dari masa ke semasa.. Kita sama² doa agar isteri beliau sembuh seperti sediakala,Insyaallah..

Diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang di tanggung oleh En Suhaimi sekeluarga..
Jutaan terima kasih kepada Yayasan Komuniti Negara serta saudara bos Hizwan Ahmad di atas sumbangan yg disalurkan..



29/05/2021
10/05/2021
Tulus ikhlas Daripada Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjong Malim.
04/05/2021

Tulus ikhlas Daripada Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjong Malim.

29/04/2021 | Khamis Edaran Bubur Lambuk 500 Bekas Dan Bakul Makanan kepada 20 orang Miskin Di Daerah Muallim.Program dia...
02/05/2021

29/04/2021 | Khamis

Edaran Bubur Lambuk 500 Bekas Dan Bakul Makanan kepada 20 orang Miskin Di Daerah Muallim.

Program diadakan Di Balai Bomba Dan Penyelamat Slim River Perak.Dengan kerjasama BOMBA SLIM RIVER ,APM,PDRM,Pejabat Agama Slim River,NGO2 ,ICON GIGI Serta Seluruh Ahli Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjong Malim.

Majlis Dirasmikan Oleh YB Paul Yong Choo Kiong merangkap Penyelaras KPKT Tanjung Malim.

Oleh itu,Kita menyambut baik program seperti ini dapat membantu orang Yang kurang bernasib baik.Menyalurkan bantuan seperti Barangan Asas Dan sebangainya.

Sekian Terima Kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT"

|PROGRAM GOTONG ROYONG KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA BOMBA SLIM RIVER|11/04/2021 (Ahad)Balai Bomba Slim RiverTetamu VVIP YB...
12/04/2021

|PROGRAM GOTONG ROYONG KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA BOMBA SLIM RIVER|

11/04/2021 (Ahad)
Balai Bomba Slim River

Tetamu VVIP YB Paul Yong Choo Kiong merangkap Timb.Penggerak Komuniti Negara Perak Serta Yang Setia PKP Azmi Bin Osman Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Turut hadir Agensi2 kerajaan
Wakil IPD
Wakil APM
Wakil Pejabat Agama

Serta NGO
Icon Gigi
Prisma BBS
Ahli Baitulmal
Isteri2 Bomba Dan Penyelamat Slim river

"BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT"

PKN TANJUNG MALIM Kebakaran Kecil berlaku dirumah No.129 Jalan Jerai Felda Trolak Selatan En.Nazaruddin Bin Abdullah tel...
12/04/2021

PKN TANJUNG MALIM

Kebakaran Kecil berlaku dirumah No.129 Jalan Jerai Felda Trolak Selatan En.Nazaruddin Bin Abdullah telah diselamatkan oleh 2 anak beliau Turut Terbakar perlalatan sekolah mereka.

PKN Tanjung Malim sempat menghulurkan bantuan perlalatan sekolah Dan sumbangan wang tunai kepada Pelajar tersebut.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjung Malim En And Rahim Bin Mohad Samsuni Serta Ajk.

"BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT"

30/3/2021Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjung Tanjung Malim bersama JPAM Dan JKM Muallim sama2 membantu menurunkan Bara...
03/04/2021

30/3/2021

Penggerak Komuniti Negara P77 Tanjung Tanjung Malim bersama JPAM Dan JKM Muallim sama2 membantu menurunkan Barangan Asas untuk Penerima JKM daerah Muallim. Sebanyak 1020 Penerima sebelum Ramadhan InsyaAllah.

Terima kasih kepada En Fairul JKM Muallim kerana bekerjasama membantu sehingga siap.

"BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT"



  Perak membenarkan majlis iftar atau berbuka puasa dan moreh selepas solat tarawih di semua masjid di negeri itu sepanj...
31/03/2021

Perak membenarkan majlis iftar atau berbuka puasa dan moreh selepas solat tarawih di semua masjid di negeri itu sepanjang Ramadan ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya akan menyediakan garis panduan berhubung perkara itu yang dikeluarkan dalam masa terdekat.

"SOP yang lebih terperinci akan diedarkan kepada semua masjid dalam sehari dua lagi. Apa yang boleh saya katakan setakat ini, hidangan secara berhidang turut dibenarkan, tidak hanya juadah secara bungkus.

"Keputusan sama ada juadah secara hidang atau juadah secara bungkus, ia terpulang kepada jawatankuasa masjid masing-masing. Yang penting praktikkan SOP dan kena ada penjarakan (fizikal)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tidak membenarkan jamuan makan diadakan di masjid atau surau termasuk pekaranganya walaupun membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau negeri itu dengan bilangan jemaah mengikut kapasiti keluasan dewan solat.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad pada minggu lalu menyatakan kerajaan negeri sedia mempertimbangkan cadangan JAIPk supaya masjid di negeri itu menganjurkan bazar Ramadan pada tahun ini.

Sumber: Harian Metro

PKPP kekal di Perak, Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Putrajaya & WP Labuan dan Negeri Sembilan.PKPB...
31/03/2021

PKPP kekal di Perak, Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, WP Putrajaya & WP Labuan dan Negeri Sembilan.

PKPB kekal di Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan & Sarawak.

PKPP dan PKPB ini berkuat kuasa bermula 1 April sehingga 14 April 2021 kecuali Sarawak bermula 30 Mac hingga 12 April 2021.

Tambahan:
1. Pergerakan Rentas negeri TIDAK DIBENARKAN kecuali untuk aktiviti pelancongan antara negeri-negeri PKPP sahaja (melalui agensi).

30/03/2021
25/03/2021

Selamat Hari Polis
Ke 214

24/03/2021

Alhamdulillah.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas ucapan dan doa sempena pengurniaan Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga iaitu Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) oleh
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Tiada yang lebih bermakna dari doa anda semua kerana perjalanan dan aspirasi rakyat adalah perkara paling utama bagi saya dan kepimpinan. Tambahan kita adalah hamba, yang hanya menjalankan tanggungjawab dan mencari redha Allah SWT jua.

Doakan agar saya terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Address

Slim River
35800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60143054978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penggerak Komuniti Negara - P077 Tanjung Malim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penggerak Komuniti Negara - P077 Tanjung Malim:

Share