Raudhatul Maryam Official

Raudhatul Maryam Official "Masih Ada Yang Sayang" Rumah ini menempatkan kira-­‐kira 35 anak-­‐anak yatim dan miskin khususnya sekitar negeri Johor.

Rumah Raudhatul Maryam merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di bawah nama Pertubuhan Amal Anak-­‐Anak Yatim dan Miskin Skudai dikenali juga sebagai Raudhatul Maryam yang mendaftar pada tahun 2011 di bawah Jabatan Pertubuhan Persatuan Malaysia (JPPM). Hasil daripada perhatian masyarakat sekeliling dan syarikat-­‐syarikat luar, Rumah Raudhatul Maryam mampu menampung perbelanjaan persekolahan serta makan minum anak-­‐anak ini sepanjang lima tahun penubuhan tersebut.

18/12/2022
[ Majlis Bacaan Ratib Al-Attas dan  Asmaul Husna ]Assalamualaikum w.b.t, Insha Allah akan diadakan Majlis Zikir Asmaul H...
01/11/2022

[ Majlis Bacaan Ratib Al-Attas dan Asmaul Husna ]

Assalamualaikum w.b.t,
Insha Allah akan diadakan Majlis Zikir Asmaul Husna pada ketetapan berikut :-

📆 Sabtu 5 November 2022
⏲️ 9.30 pagi
🏛️ Kompleks Raudhatul
Maryam,
6&7, Jln.Pendidikan 3
Tmn.Universiti

👳‍♀️👳🏼‍♂️Pimpinan:
Habib Hadi Al-Habsy
Habib Hafiz Al- Habsy

Muslimin dan muslimat dijemput bersama dalam majlis ini.

Terima kasih

------------------------------------------------------

Sebarang sumbangan kepada Pertubuhan Raudhatul Maryam boleh disalurkan kepada nombor akaun

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

Alhamdulillah, Sudah berlangsung sebanyak 2 kali kelas Pengajian Iqra Al Quran dan Akademik. Aktivti ini dilaksanakan se...
29/10/2022

Alhamdulillah,

Sudah berlangsung sebanyak 2 kali kelas Pengajian Iqra Al Quran dan Akademik. Aktivti ini dilaksanakan sebanyak 3 hari seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis & Sabtu setiap minggu.

Aktivti ini dilaksanakan di Pusat Aktiviti masjid At Taqwa Taman Pulai Utama. Antara tenaga pengajar yang terlibat adalah Mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam UTM dan juga Guru-guru Al Quran

Tujuan kelas pengajian ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar membaca Iqra & Al Quran lebih lancar. Selain itu, konsep tuisyen akademik yang diguna pakai adalah dengan membantu para pelajar menyiapkan kerja-kerja sekolah mereka. Dan objektif yang paling penting adalah untuk mendidik para pelajar melazimi diri untuk solat berjemaah di masjid.

Kelas akan bermula pukul 6:45 petang sehingga 9:30 malam pada hari yang ditetapkan. Bagi mana-mana ibu bapa yang berminat, boleh hubungi terus urusetia pada nombor yang tertera pada poster.

INGAT!!!

Yuran Adalah Percuma! Makanan & minuman juga disediakan.

------------------------------------------------------

Sebarang sumbangan kepada Pertubuhan Raudhatul Maryam boleh disalurkan kepada nombor akaun

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

SOLLU ALAN NABI!Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali sel...
13/10/2022

SOLLU ALAN NABI!

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

BERSEMPENA BULAN MAULIDUR RASUL INI

Raudhatul Maryam akan mengadakan sambutan maulidur Rasul pada ketetapan berikut

📆 Sabtu 15 OKTOBER 2022
⏲️ 9.30 pagi
🏛️ Kompleks Raudhatul
Maryam,
6&7, Jln.Pendidikan 3
Tmn.Universiti

ANTARA PENGISIANNYA ADALAH

💚Majlis Ratib Al attas & Asmaul Husna oleh Habib Hadi & Habib Hafiz Al- Habsy
💚Mutiara Kata Alumni Raudhatul Maryam (Dr Amirah)
💚 Sumbangan Kepada Keluarga Asnaf
💚 Santapan Juadah

Muslimin dan muslimat dijemput bersama dalam majlis ini. 😇

Disertakan Group Whatapps Komuniti Raudhatul Maryam. Dijemput untuk sertai bagi mendapat makluman aktiviti Raudhatul Maryam yang akan datang.

https://chat.whatsapp.com/I3y7hXZF5MFAtp0oFGVVsq

TAHNIAH DR AMIRAH ! Kejayaan Alumni Raudhatul Maryam"Assalamu’alaikum Cikgu. Apa Khabar?Maaf lambat nk beritahu Alhamdul...
11/10/2022

TAHNIAH DR AMIRAH !

Kejayaan Alumni Raudhatul Maryam

"Assalamu’alaikum Cikgu. Apa Khabar?

Maaf lambat nk beritahu Alhamdulillah mira dh lulus final exam and got title “Dr” depan nama mira.😁"

Alhamdulillah, gembira rasa hati apabila salah seorang dari Alumni Raudhatul Maryam telah berjaya mendapatkan gelaran Dr setelah berjaya menamatkan pengajian Program Kedoktoran di Universiti Sains Malaysia Kelantan.

Beliau merupakan seorang anak yatim piatu sejak dari sekolah rendah lagi. Demi kelangsungan hidup, Dr Amirah juga telah mencari rezeki dengan membuat dan menjual kuih muih semasa masih di alam persekolahan.

Pada awal pembukaan Raudhatul Maryam tahun 2007, Dr Amirah telah dijaga oleh Raudhatul Maryam sewaktu beliau masih darjah empat. Beliau juga selalu mengajar murid-murid sekolah rendah sewaktu beliau sudah usia belasan Tahun.

Semoga kita doakan Dr Amirah terus cemerlang dalam kerjaya hidupnya dan diberikan kemudahan dalam setiap urusan. Insha Allah.

------------------------------------------------------

Sebarang sumbangan kepada Pertubuhan Raudhatul Maryam boleh disalurkan kepada nombor akaun

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

Alhamdulillah Sudah menjadi rutin harian Pihak Pengurusan Raudhatul Maryam setiap 2 minggu untuk memberikan bantuan kepa...
11/10/2022

Alhamdulillah

Sudah menjadi rutin harian Pihak Pengurusan Raudhatul Maryam setiap 2 minggu untuk memberikan bantuan kepada golongan yang layak menerima yang tinggal di Taman Universiti khususnya di Jalan Perubatan.

Sebanyak 24 pack makanan asasi telah diagihkan pada 29 September lalu dan akan diagihkan p**a pada 2 minggu seterusnya. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban pihak penerima.

Antara golongan penerima adalah dalam kalangan Golongan ibu tunggal, mempunyai kritikal & asnaf. Bantuan akan diberikan di Surau al Ehsan Jalan Perubatan. Tujuan bantuan disampaikan di surau adalah dalam masa yang sama untuk mengajak penduduk setempat selalu mengimarahkan surau.

Terima kepada pihak yang telah menjayakan agihan ini!

------------------------------------------------------

Sebarang sumbangan kepada Pertubuhan Raudhatul Maryam boleh disalurkan kepada nombor akaun

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKATALHAMDULILLAHPada Sabtu yang lalu pihak Raudhatul Maryam telah menyerahkan bantuan kepada kel...
29/09/2022

BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT

ALHAMDULILLAH

Pada Sabtu yang lalu pihak Raudhatul Maryam telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Kak Reen. Antaranya adalah perabot-perabot seperti Set katil, almari, kerusi tamu dan perkara asas untuk kegunaan harian.

Semoga dengan bantuan ini dapat melegakan hati keluarga Kak Reen. Mungkin pilu hati seorang ibu apabila hari-hari terpaksa melihat anaknya tidur di lantai. Kegembiraan jelas terukir apabila anak-anak Kak Reen telah dapat satu set katil setiap orang.

Cikgu Nasir juga telah menyerahkan set keperluan untuk beribadah seperti telekung & sebagainya. Dalam kita membantu, jangan lupa untuk sama-sama berpesan kearah kebaikan.

وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْف وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ

“Hendaklah ada di antara kamu (atau setiap orang di antara kamu) menjadi bagian dari sekelompok umat yang mengajak pada kebajikan, menyuruh pada yang makruf, dan melarang yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Terima kasih juga diucapkan kepada yang telah membantu dalam menjayakan usaha ini. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan mencukupkan rezeki.

------------------------------------------------------

Sebarang sumbangan kepada Pertubuhan Raudhatul Maryam boleh disalurkan kepada nombor akaun

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

Alhamdulillah
26/09/2022

Alhamdulillah

[ Hebahan Memohon Sumbangan ]Pada Rabu yang lalu, pihak Raudhatul Maryam telah mendapat panggilan dari seorang penduduk ...
22/09/2022

[ Hebahan Memohon Sumbangan ]

Pada Rabu yang lalu, pihak Raudhatul Maryam telah mendapat panggilan dari seorang penduduk di Flat Seri Buana PPR Kempas. Pihak kami terus bergegas untuk memberikan sumbangan kepada pemohon.

Kak Reen(pemohon) mempunyai anak seramai 6 orang dan anak bongsunya yang berumur 2 bulan mempunyai masalah jantung berlubang dan paru-paru kecil. Pemeriksaan kesihatan perlu dijalankan setiap bulan untuk memastikan kesihatan anaknya terjaga. Anak ke-3 nya juga mempunyai masalah kesihatan.

Anak sulongnya sudah berhenti sekolah kerana terpaksa untuk membantu keluarga. Suaminya masih berkerja tetapi tidak dapat berkerja berat kerana telah putus urat kaki akibat kemalangan yang dihadapi.

Pihak Raudhatul Maryam diwakili Cikgu Nasir telah hadir memberikan keperluan asas untuk peringkat awal kepada keluarga Kak Reen. Insha Allah dalam masa terdekat pihak Raudhatul Maryam akan menghantar katil, almari dan bantal kepada mereka. Sedih apabila melihat anak-anak terpaksa tidur di atas lantai.

Bagi mana-mana pihak ingin memberikan sumbangan barangan keperluan asas boleh berhubung terus dengan Cikgu Nasir di talian +60 14-982 7909 .

Atau boleh terus menyalurkan sumbangan melalui akaun Raudhatul Maryam :-

5513 0651 0355 (MAYBANK)

PERTUBUHAN ANAK - ANAK YATIM & MISKIM SKUDAI

Semoga Allah merahmati usaha dalam kita membantu orang yang dalam kesusahan. Diharapkan untuk rakan-rakan Facebook untuk share posting ini.

Terima kasih


Address

No 11 Jalan Pulai 54, Taman Pulai Utama
Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raudhatul Maryam Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share