Pertubuhan Pembangunan Generasi Imtiyaz Malaysia

Pertubuhan Pembangunan Generasi Imtiyaz Malaysia Pertubuhan Pembangunan Generasi Imtiyaz Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menumpukan kepada pembangunan generasi imtiyaz.

Pertubuhan Pembangunan Generasi Imtiyaz Malaysia (IMTIYAZ Malaysia) adalah sebuah pertubuhan sosial yang menekankan kecemerlangan pendidikan masyarakat berbilang kaum dan bangsa yang mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek ke arah pembangunan negara yang sejahtera dan harmoni.

04/04/2022

10 PANTANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN & DOA MAKBUL

1 - Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2 - Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3 - Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4 - Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5 - Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6 - Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7 - Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8 - Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9 - Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10 - Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Alhamdulillah β™₯️

Jom follow ig kami (VMM) utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/eddyrusdi/ (klik dan follow)

*Berminat iklan di VMM inbox admin utk dptkan t&c.ok.tq

Kenali masalah BIPOLAR
30/03/2022

Kenali masalah BIPOLAR

Sempena sambutan Hari Bipoar Sedunia, kami ingin mengajak follower untuk menyelami mengenai penyakit mental serius ini. Kemurungan dan anxiety mungkin anda tahu, bipolar ini ada 2 kutub yang sangat bertentangan antara satu sama lain.

Bagaikan roller coster, pesakit boleh mempunyai mood yang sangat tinggi , kemudian mood terjun menjunam mencecah lantai .

FASA MANIA

😁Mania adalah episod seseorang itu mempunyai sama ada perasaan teruja yang berpanjangan, tenaga yang sangat tinggi.

😁 keyakinan yang terlampau tinggi, tidak mengantuk dan menjadi sangat peramah

πŸ˜€ pemikiran mereka terlalu pantas, mudah hilang fokus, sukar bertenang,

😁 Berbelanja besar, membuat pelaburan berisiko, memandu lebih daripada had laju

FASA KEMURUNGAN

πŸ˜” Alami perasaan sedih atau kehilangan keseronokan dalam tempoh dua minggu secara berterusan

πŸ˜” masalah tidur, perubahan selera makan, rasa letih dan lesu

πŸ˜” pergerakan menjadi lebih perlahan daripada biasa, kelihatan gelisah dan sukar bertenang.

πŸ˜” Rasa diri tiada harga diri, kerap rasa bersalah, tidak boleh fokus, sukar membuat keputusan dan berfikir ingin membunuh diri


Bukan mudah ya seseorang individu dengan masalah bipolar untuk berjuang untuk menghadapi fasa perubahan emosi mendadak dan tidak seimbang ini.

Selamat Hari Bipolar 2022. Jangan menyerah! Kepada penghidap, kekal stabil dan terus berusaha keras untuk mengatasinya.

Redhanya ALLAH SWT adalah drp Redha IBUBAPA nya..
29/03/2022

Redhanya ALLAH SWT adalah drp Redha IBUBAPA nya..

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

" Aku bersumpah demi Allah.,wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,dan aku bersumpah demi Allah,agar Engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. "
Doanya:

*(Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku (Sebutkan nama-nama mereka satu persatu) dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat In Shaa' Allah

Khas untuk ibu ayah semua : Jgn pernah LETIH untuk berdoa..

Kredit : Rose Ismail

Jom follow ig kami (VMM) utk dptkan b*k info, amalan, tips dan petua menarik yang jarang dikongsi dimana-mana :
https://instagram.com/eddyrusdi/ (klik dan follow)

*Berminat iklan di VMM inbox admin utk dptkan t&c.ok.tq

Address

Sitiawan
32040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pembangunan Generasi Imtiyaz Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share