BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana

BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana, Community Center, Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan.

Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana,Sitiawan,Perak adalah persatuan yang berdaftar dengan JPPM pada 18 November 2024 dengan nombor pendaftaran PPM-023-08-18112024.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Keb...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Patik sekalian daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP) dengan penuh taat setia dan hormat merafakkan sembah ucapan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya. Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus kekal menjadi payung kedaulatan negara, lambang perpaduan rakyat serta tonggak kemakmuran Malaysia.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada:
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana (PPPKBBSAP)
En. Zaini bin Zainun – Pengerusi
En. Nor Hashim – Timbalan Pengerusi
En. Muaz bin Jamaludin – Setiausaha
Puan Lizawati binti Kamaruddin – Bendahari
Serta seluruh Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PPPKBBSAP.

16/05/2026

Kami nak cerita jugak , kami sediakan pakej lampu kipas bermula RM950 sahaja tau 😎

16/05/2026
🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang dikasihi 🤍Terima kasih atas segala...
10/05/2026

🌸 SELAMAT HARI IBU 🌸

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua ibu-ibu yang dikasihi 🤍

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang, doa dan penat lelah yang tidak pernah mengenal erti jemu.
Seorang ibu adalah insan yang sentiasa kuat demi keluarga walaupun dirinya sendiri sedang keletihan.

Semoga semua ibu sentiasa diberikan:
✨ Kesihatan yang baik
✨ Kebahagiaan yang berpanjangan
✨ Rezeki yang melimpah
✨ Dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat

Tiada hadiah yang mampu membalas jasa seorang ibu.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu 🤲

❤️ Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu.
Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Pihak pengurusan persatuan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Selamat Hari Pekerja kepada semua warga yang gigih berusaha mencari rezeki dan...
01/05/2026

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga yang gigih berusaha mencari rezeki dan menyumbang kepada pembangunan komuniti.

Sesungguhnya setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan anda amat bermakna dalam menggerakkan ekonomi serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat, khususnya dalam kalangan peniaga dan penjaja kecil.

Kami amat menghargai semangat, ketabahan dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak. Tanpa anda, tidak mungkin kejayaan dan kemajuan ini dapat dicapai bersama.

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk melangkah maju, saling menyokong dan membina masa depan yang lebih baik.

Terima kasih, Pekerja Malaysia! 🇲🇾

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil
Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP)

Assalamualaikum W.B.T.Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil BBSAP telah mengambil inisiatif menjelang PENGANJURAN BAZAR RA...
18/01/2026

Assalamualaikum W.B.T.
Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil BBSAP telah mengambil inisiatif menjelang PENGANJURAN BAZAR RAMADAN BBSAP 2026 untuk menyantuni golongan asnaf fakir di BBSAP.Segala maklumat berkaitan asnaf fakir di BBSAP bolehlah disalurkan kepada PPPKBBSAP untuk dikenalpasti secara telus.
Permohonan TAPAK BAZAR RAMADAN BBSAP 2026 telah dibuka sekarang untuk penyertaan.Terhad kepada 100 tapak sahaja.Ketetapan dan syarat-syarat permohonan Tapak BAZAR RAMADAN BBSAP 2026 adalah seperti berikut :
1.Terbuka kepada ahli dan bukan ahli.
2.Pemilik tapak wajib memiliki sijil pengendali makanan dan suntikan typhoid manakala pekerja wajib mengambil suntikan typhoid.
3.Borang permohonan hendaklah diserahkan bersama bayaran tapak,salinan kad pengenalan,salinan sijil pengendali makanan dan salinan kad suntikan typhoid.
Sebarang maklumat lanjut bolehlah merujuk di talian
016-3147796 -Puan Farah
017-3855462 - Puan Fatin
011-55504252-Puan Liza
013-2965480 - Ust Rozman
Tarikh tutup penyertaan adalah 31 JANUARI 2026





Big thanks to Hasilah Ahajulfor all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!
11/01/2026

Big thanks to Hasilah Ahajul

for all of your support! Congrats for being top fans on a streak 🔥!

KARNIVAL SUNATHON, FESTIVAL MAKANAN & JUALAN RAHMAH BBSAP 2025Anjuran Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil BBSAP bersama ...
26/12/2025

KARNIVAL SUNATHON, FESTIVAL MAKANAN & JUALAN RAHMAH BBSAP 2025
Anjuran Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil BBSAP bersama Club House BBSAP,Persatuan Penduduk Komuniti PR1MA BBSAP,Surau Al-Qarar PR1MA BBSAP,KRTKM Amanjaya Felcra Simpang Dua dan Kebajikan Warisan Solehan(KWS)

Tarikh : 28 Disember 2025
Hari : Ahad
Masa : 7.45 pagi - 5:00 petang
Lokasi: Dewan Datuk Dr Hj Misbun bin Sidek, Bandar Baru Setia Awan Perdana

Aktiviti:
🌟Perarakan motor
🌟Perarakan Murid Berkhitan
🌟Semburan air Bomba
🌟Makan beradat & beradab
🌟Marhaban
🌟Berendoi (bayi 1-12 bulan)
🌟Tembakan Meriam 3 kali

💫💫Ada Jualan Rahmah KPDN 💫💫

Agensi:
💥PERKESO (Suri rumah buka i-suri)
💥PTPTN (buka akaun)
💥Majlis Perbandaran Manjung (kaunter bergerak)
💥PDRM (umum)
💥Jabatan Kebajikan Masyarakat (urusan bantuan)
💥Jabatan Kesihatan Manjung (pameran umum)
💥 Baitulmal Manjung (zakat & bantuan)

Booth:
🔥Hartanah Quality Homes Realty (subsale & projek)
🔥Public gold (simpanan emas)
🔥Hong Leong Bank- Buka akaun (individu / niaga) Daftar & renew SSM
🔥Coway
🔥Ar-Rahnu
🔥MySalam (hospitality)
🔥Bank Rakyat Manjung
🔥Agro Bank Maanjung
🔥Bank Simpanan Nasional
🔥Bank Muamalat
🔥 CELCOMDIGI (claim Telefon & daftar nombor Telefon)
🔥Tian Siang Honda (Pameran kereta & test drive)
🔥 CARSOME (pameran kereta & test drive)

Gerai Festival Makanan:
☀️Ayam gunting
☀️Cucur jawa
☀️Air balang
☀️Buah potong
☀️Dessert
☀️Air coklat belgian
☀️Nasi ayam gepuk
☀️Kepuk keping
☀️Laksa
☀️Burger
☀️Karipap gergasi
☀️Chicken tender
☀️Pasta
☀️Aiskrim malaysia
☀️Corndought
☀️Air bancuh
☀️Ais krim goreng
☀️Poket sandwich
☀️Takoyaki
☀️Ayam Rm1
☀️Air kotak/botol
☀️Bahulu/kerepek
☀️Potato cheese mozzarella
☀️Lokching/ayam susu/churros/baby pancake
☀️Kaya ball/kopi barista
☀️Kebab daging power
☀️Air milo/mojito
☀️Apam balik crispy
☀️Jajan

💰 Yuran Penyertaan: RM200

🔧 Kaedah: Smart Klamp
👦 Umur: 4 – 12 Tahun

---

Jom daftar awal sebelum tempat penuh!
Untuk maklumat & pendaftaran, sila hubungi:
📞 En. Hashim : 010-4654926
📞 En. Rahman: 017-5042282
📞 Ustaz Salleh : 012-2995961
📞 En. Firdaus : 018-5776768
📞 En. Azam : 011-16777996






Address

Bandar Baru Setia Awan Perdana
Sitiawan
32000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BBSAP Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bandar Baru Setia Awan Perdana:

Share