KRT Kalamauh Mesapol

KRT Kalamauh  Mesapol LATAR BELAKANG

Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.

Satu Akta telah digubal di Parlimen dan mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012 dinamakan Akta Rukun Tetangga 2012, ianya merangkumi akta yang berhubung dengan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela. Rukun Tetangga adalah satu jawatankuasa sukarela di bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Penubuhannya diutamakan di kawasan-kawasan kediaman di bandar, pinggir bandar dan ka

wasan yang berisiko tinggi. Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhDengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KRT Kalamauh KRT Kalamauh  Mesapol ...
13/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KRT Kalamauh KRT Kalamauh Mesapol bersama Persatuan Penduduk Kampung Kalamauh bercadang untuk menganjurkan Program Sembelihan Ibadah Korban Secara Berkumpulan (kongsi) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, tertakluk kepada jumlah penyertaan yang mencukupi.

• Kadar bayaran satu bahagian: RM900 termasuk kos penghantaran, upah sembelihan serta perbelanjaan berkaitan

Sehubungan itu, pihak kami menjemput penduduk yang berminat untuk menyertai program ini dengan mengisi e-borang ini👇

https://forms.gle/zd4sm8238HSEjsU88

Kerjasama dan sokongan daripada semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KRT Pekan Mesapol (Kg Kalamauh) bersama Persatuan Penduduk Kampung Kalamauh bercadang untuk menganjurkan Program Sembelihan Ibadah Korban Secara Berkumpulan (kongsi) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun....

Salam Ramadan dan selamat berpuasaDahulu  kita pernah  meriahkan Hari Raya dengan menganjurkan pertandingan bacucul yang...
27/02/2026

Salam Ramadan dan selamat berpuasa

Dahulu kita pernah meriahkan Hari Raya dengan menganjurkan pertandingan bacucul yang menyerlahkan suasana pada waktu malam. Kini, KRT Kalamauh membawakan nafas baharu untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan Pertandingan Membuat Photobooth Raya — lebih kreatif, lebih ceria, dan boleh dinikmati siang hingga malam.

🌙✨ Jom sertai dan serikan suasana Aidilfitri di premis kediaman kita
Tunjukkan idea paling kreatif, dekorasi yang memukau, dan hasilkan sudut bergambar yang menjadi tumpuan ramai. Photobooth bukan sekadar hiasan — ia tempat kenangan indah dirakam bersama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai.

🎨 Kenapa anda patut sertai?
• Menceriakan suasana sambutan Raya bersama komuniti
• Menonjolkan kreativiti dan semangat kerjasama
• Peluang memenangi hadiah
• Kenangan Raya yang lebih bermakna untuk semua.

Ayuh, bersama-sama kita hidupkan kemeriahan Raya dengan sentuhan kreativiti anda.

Daftarkan penyertaan anda sekarang dan jadilah sebahagian daripada kemeriahan komuniti kita! 🌟

Daftar sekarang 👇
https://forms.gle/CvAW5o9U2C19Tpgq9

Kehadiran dan komitmen tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..Wassalam dan Salam Ramadan
20/02/2026

Kehadiran dan komitmen tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih..

Wassalam dan Salam Ramadan





19/02/2026
31/01/2026

31/1/2026: Program Gerak Rahmah Jom Sihat

Jom kita jalan ramai-ramai
30/01/2026

Jom kita jalan ramai-ramai

10/10/2025 : Latihan marhaban kumpulan Nurkalam Biro Kesenian KRT
28/01/2026

10/10/2025 : Latihan marhaban kumpulan Nurkalam Biro Kesenian KRT

17/01/2026

17/1/2026: Program Gerak Rahmah : Jom Sihat, berjalan kaki hujung minggu

Address

Kampung Kalamauh
Sipitang
89850

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kalamauh Mesapol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Kalamauh Mesapol:

Shortcuts

Share