Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah, Non-Governmental Organization (NGO), Dewan Persatuan Kebudayaan Lundayeh, Sipitang.

PKLS merupakan pertubuhan NGO yang mempunyai sejarah penubuhan seawal tahun 1965 dengan tujuan penubuhan PKLS adalah khusus kepada kemandirian dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Lundayeh, serta melindungi adat resam dan kebudayaan Lundayeh Sabah.

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) ingin memaklumkan bahawa Irau Rayeh Lundayeh Sabah Tahun 2026 yang dijadualka...
07/05/2026

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) ingin memaklumkan bahawa Irau Rayeh Lundayeh Sabah Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 18 – 20 Jun 2026 telah DITUNDA ke suatu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Segala kesulitan amat dikesali dan pihak PKLS merakamkan penghargaan atas sokongan, kerjasama serta pemahaman semua pihak.

Terima kasih.



𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐫𝐚𝐟𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐧𝐝𝐚𝐲𝐞𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐏𝐊𝐋𝐒)Majlis Pecah Tanah Rumah Kraftangan Persat...
10/04/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐫𝐚𝐟𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐮𝐧𝐝𝐚𝐲𝐞𝐡 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 (𝐏𝐊𝐋𝐒)

Majlis Pecah Tanah Rumah Kraftangan Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) telah disempurnakan oleh YB Datuk Matbali Haji Musah, Ahli Parlimen P.178 Sipitang merangkap Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia di Kompleks Pusat Kebudayaan Lundayeh Sabah pada hari ini.

Datuk Pengiran Lalung, Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah dalam ucapan alu-aluan menyampaikan rasa syukur atas terlaksananya majlis ini serta berharap pembinaan rumah kraftangan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha memelihara dan memartabatkan warisan budaya masyarakat Lundayeh di Sabah.

Dalam ucapan perasmian, Datuk Matbali Bin Haji Musah mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah atas inisiatif yang amat bermakna ini. Beliau turut menekankan kepentingan usaha berterusan dalam memelihara identiti budaya serta menjadikan kraftangan sebagai satu platform ekonomi komuniti.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Penguasa Polis, Tuan ASP Jinggo Anak Punan, Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) IPD Sipitang, Encik Mohd Rafie bin Isa, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin, Encik Muanam@Shafie Mujiarto, Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Sipitang, Puan Queen Tuboh @ Pauzin, Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen P.178 Sipitang, serta para jemputan yang lain.

Majlis berakhir dengan gimik pecah tanah menggunakan jentera berat backhoe yang dikendalikan oleh Yang Berhormat Datuk Matbali Haji Musah sebagai simbolik permulaan pembinaan.

Semoga dengan terbina bangunan kraftangan ini, ia akan menjadi pusat pemeliharaan warisan budaya, memperkasa ekonomi komuniti setempat serta menjadi tarikan pelancongan yang mampu mengangkat identiti masyarakat Lundayeh ke peringkat yang lebih tinggi.


Semoga kasih dan pengorbanan Yesus Kristus pada hari yang mulia ini membawa kedamaian, pengharapan dan kekuatan dalam hi...
03/04/2026

Semoga kasih dan pengorbanan Yesus Kristus pada hari yang mulia ini membawa kedamaian, pengharapan dan kekuatan dalam hidup kita semua.

Selamat memperingati JUMAAT AGUNG.
Tuhan memberkati.

Ikhlas daripada,
PKLS

Setinggi-tinggi ucapan tahniah sempenaSambutan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASMI KE-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua N...
30/03/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena

Sambutan HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN RASMI KE-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman

Semoga Tuan Yang Terutama Tun sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan terus memayungi negeri Sabah dengan penuh kebijaksanaan.

Setulus Ikhlas Daripada

Datuk Pengiran Lalung,
Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) dan Ahli Jawatan Kuasa Pusat
Serta Seluruh Warga PKLS

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗟𝘂𝗻𝗱𝗮𝘆𝗲𝗵 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗣𝗞𝗟𝗦) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂.Persatuan ...
25/03/2026

𝗠𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗟𝘂𝗻𝗱𝗮𝘆𝗲𝗵 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 (𝗣𝗞𝗟𝗦) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂.

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) Cawangan Kota Kinabalu ingin memaklumkan bahawa Malam Kebudayaan Lundayeh 2026, yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2026 di Auditorium Sabah Theological Seminary (STS), Kota Kinabalu, adalah DITANGGUHKAN ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Pihak PKLS Cawangan Kota Kinabalu ingin merakamkan permohonan
maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penangguhan
ini. Kami amat menghargai kefahaman, sokongan dan komitmen semua
pihak dalam usaha bersama memartabatkan serta memelihara warisan budaya masyarakat Lundayeh di Sabah.

Mesyuarat Jawatankuasa Irau Rayeh Lundayeh Sabah Bilangan 2 telah membincangkan laporan-laporan perkembangan dan persiap...
14/03/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Irau Rayeh Lundayeh Sabah Bilangan 2 telah membincangkan laporan-laporan perkembangan dan persiapan jawatankuasa pelaksana bagi setiap unit yang terlibat dalam penganjuran sambutan tersebut.

Mesyuarat ini bertujuan bagi memastikan setiap perancangan dan persiapan berjalan dengan lancar, teratur serta mengikut jadual yang telah ditetapkan demi menjayakan sambutan Irau Rayeh Lundayeh Sabah Kali Ke-17 pada tahun ini.

Datuk Pengiran Lalung, Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS), berkata mesyuarat berkenaan merupakan platform penting untuk menyelaraskan gerak kerja semua jawatankuasa pelaksana serta memastikan setiap unit memahami tanggungjawab masing-masing.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama padu antara semua ahli jawatankuasa, agensi berkaitan dan komuniti amat penting bagi memastikan sambutan Irau Rayeh Lundayeh Sabah 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya serta terus memartabatkan warisan dan kebudayaan masyarakat Lundayeh di negeri ini.



5 MAC 2026: Satu lagi lakaran sejarah Ko-PKLS dengan jayanya 𝒫𝓇ℴℊ𝓇𝒶𝓂 𝒦ℴ𝓅ℯ𝓇𝒶𝓈𝒾 𝒰𝓃𝓉𝓊𝓀 𝒮ℯ𝓂𝓊𝒶: ℳℯ𝓂𝓅ℯ𝓇𝓀𝓊𝓀𝓊𝒽 𝒫ℯ𝓂𝒷𝒶𝓃ℊ𝓊𝓃𝒶𝓃 𝒮ℴ𝓈𝒾ℴ...
06/03/2026

5 MAC 2026:
Satu lagi lakaran sejarah Ko-PKLS dengan jayanya 𝒫𝓇ℴℊ𝓇𝒶𝓂 𝒦ℴ𝓅ℯ𝓇𝒶𝓈𝒾 𝒰𝓃𝓉𝓊𝓀 𝒮ℯ𝓂𝓊𝒶: ℳℯ𝓂𝓅ℯ𝓇𝓀𝓊𝓀𝓊𝒽 𝒫ℯ𝓂𝒷𝒶𝓃ℊ𝓊𝓃𝒶𝓃 𝒮ℴ𝓈𝒾ℴℯ𝓀ℴ𝓃ℴ𝓂𝒾 𝒟𝒶ℯ𝓇𝒶𝒽 𝒮𝒾𝓅𝒾𝓉𝒶𝓃ℊ telah berlangsung dengan kehadiran pemimpin koperasi, agensi kerajaan serta komuniti setempat.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan potensi koperasi dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal selaku tetamu kehormat yang turut menyampaikan ucapan perasmian. Turut hadir ialah Haji Awg Ruslli Haji Mohammad yang menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta.

Antara pengisian utama program termasuk:
* 𝘛𝘢𝘬𝘭𝘪𝘮𝘢𝘵 “𝘙𝘰𝘢𝘥 𝘛𝘰 𝘗𝘦𝘯𝘶𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘒𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪” 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘚𝘒𝘔 𝘞𝘪𝘭𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘉𝘦𝘢𝘶𝘧𝘰𝘳𝘵
* 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘰𝘯𝘨𝘴𝘪𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘯𝘢𝘪 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘪𝘢𝘺𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪
* 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘚𝘪𝘫𝘪𝘭 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘢𝘧𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘒𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘬𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶
* 𝘗𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘔𝘰𝘤𝘬 𝘊𝘩𝘦𝘲𝘶𝘦 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘚𝘌𝘙𝘈𝘚𝘐
* 𝘗𝘦𝘭𝘢𝘯𝘤𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘑𝘶𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘔𝘈𝘋𝘈𝘕𝘐 𝘒𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 (𝘑𝘔𝘒)

Program ini turut memberi peluang kepada komuniti setempat untuk memahami bagaimana koperasi boleh menjadi platform penting dalam meningkatkan ekonomi masyarakat, membuka peluang keusahawanan serta memperkukuh kerjasama komuniti.

Majlis diakhiri dengan Majlis Iftar Ramadhan bersama komuniti Daerah Sipitang, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak agensi dan masyarakat setempat.

Semoga usaha memperkasa gerakan koperasi ini akan terus memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi komuniti di daerah Sipitang. 🤝🌙

LAWATAN TAPAK BANGUNAN KRAFTANGAN ETNIK LUNDAYEH DI PKLS BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH SIPITANG📅 03 Mac 2026 (Selasa)⏰ 2.3...
03/03/2026

LAWATAN TAPAK BANGUNAN KRAFTANGAN ETNIK LUNDAYEH DI PKLS BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH SIPITANG

📅 03 Mac 2026 (Selasa)
⏰ 2.30 Petang
📍 PKLS

Sipitang, 3 Mac 2026 – Satu lawatan tapak bangunan kraftangan etnik Lundayeh telah diadakan di PKLS yang diketuai oleh Pegawai Daerah Sipitang bersama Pegawai Pembangunan dan Jurutera Daerah.

Lawatan ini bertujuan meninjau kawasan tapak bangunan serta membincangkan beberapa cadangan bagi memperkasa pembangunan pusat kraftangan yang mengetengahkan warisan dan identiti etnik Lundayeh. Inisiatif ini penting dalam usaha memelihara seni, budaya dan hasil kraftangan tradisional agar terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Pihak PKLS turut memberikan penerangan berhubung potensi bangunan tersebut sebagai pusat pameran, jualan produk kraftangan dan lokasi aktiviti kebudayaan yang mampu menjadi tarikan pelancongan di daerah Sipitang dan amnya secara global.

Semoga usaha ini dapat memperkukuh pembangunan sosioekonomi komuniti serta memartabatkan warisan budaya etnik Lundayeh di peringkat daerah dan negeri.


09/02/2026

KENYATAAN JAWATANKUASA PELAKSANA MALAM KEBUDAYAAN LUNDAYEH 2026 - PKLS KOTA KINABALU
_____

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) Cawangan Kota Kinabalu dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pihak penganjur telah melaksanakan pengurangan harga bagi beberapa kategori tiket untuk acara Malam Kebudayaan Lundayeh 2026 yang akan berlangsung pada 28 Mac 2026 di Auditorium Sabah Theological Seminary (STS), Kota Kinabalu.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang untuk menikmati keindahan seni, budaya dan warisan masyarakat Lundayeh serta memperkukuh semangat perpaduan melalui apresiasi kebudayaan.

PKLS Cawangan Kota Kinabalu mengalu-alukan kehadiran orang awam untuk bersama-sama memeriahkan malam kebudayaan ini yang akan menampilkan pelbagai persembahan tradisional, muzik etnik, tarian kebudayaan serta bakat tempatan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari platform Ticket2u atau menghubungi Official Helpdesk PKLSKK melalui WhatsApp di talian 011-62270630.

Terima kasih.

KENYATAAN JAWATANKUASA PELAKSANA MALAM KEBUDAYAAN LUNDAYEH 2026 - PKLS KOTA KINABALU_____Persatuan Kebudayaan Lundayeh S...
09/02/2026

KENYATAAN JAWATANKUASA PELAKSANA MALAM KEBUDAYAAN LUNDAYEH 2026 - PKLS KOTA KINABALU
_____

Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah (PKLS) Cawangan Kota Kinabalu dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pihak penganjur telah melaksanakan pengurangan harga bagi beberapa kategori tiket untuk acara Malam Kebudayaan Lundayeh 2026 yang akan berlangsung pada 28 Mac 2026 di Auditorium Sabah Theological Seminary (STS), Kota Kinabalu.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang untuk menikmati keindahan seni, budaya dan warisan masyarakat Lundayeh serta memperkukuh semangat perpaduan melalui apresiasi kebudayaan.

PKLS Cawangan Kota Kinabalu mengalu-alukan kehadiran orang awam untuk bersama-sama memeriahkan malam kebudayaan ini yang akan menampilkan pelbagai persembahan tradisional, muzik etnik, tarian kebudayaan serta bakat tempatan.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari platform Ticket2u atau menghubungi Official Helpdesk PKLSKK melalui WhatsApp di talian 011-62270630.

Terima kasih.

Address

Dewan Persatuan Kebudayaan Lundayeh
Sipitang
89850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share