21/08/2026
TAHNIAH SISWA SISWI SISKOR UUM!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh siswa siswi Kor SISKOR Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah berjaya menamatkan latihan dengan penuh disiplin dan dedikasi.
Mereka telah berjaya menamatkan latihan dengan rasminya menerusi Majlis Pentauliahan SISKOR 2026 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) semalam sebagai simbol kejayaan atas segala pengorbanan dan usaha yang telah dicurahkan. πͺπ₯
Setiap keringat sepanjang latihan menjadi bukti ketabahan. Setiap cabaran menjadi pengalaman. Setiap langkah hari ini membawa kebanggaan kepada diri sendiri dan Kor SISKOR UUM.
Tahniah atas kejayaan anda! Teruskan melangkah dengan semangat. disiplin dan jati diri yang tinggi.
SISKOR UUM β Berdisiplin. Berintegriti. Berbakti.