04/06/2026
Student Progressive Front (SPF) dan Suara Siswa UUM menyatakan solidariti penuh terhadap Brendon Gan, Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), yang dipanggil untuk siasatan oleh pihak polis.
Penggunaan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap ekspresi awam mahasiswa patut dikecam.
Pihak kami menegaskan bahawa mahasiswa berhak bersuara dalam isu tadbir urus pendidikan tinggi, penggunaan sumber awam serta hal ehwal masyarakat. Semua ini merupakan sebahagian daripada penyertaan sah dalam masyarakat sivil. Kritikan, persoalan dan pemantauan tidak wajar dianggap sebagai kesalahan. Bak kata, berani kerana benar, takut kerana salah.
Oleh itu, pihak kami menolak sebarang penggunaan undang-undang tersebut untuk menakutkan dan menghukum aktivisme mahasiswa. Penggunaan terpilih undang-undang dalam isu kepentingan awam hanya akan mengecilkan ruang kebebasan bersuara serta menjejaskan demokrasi kampus dan wacana awam. Aktivist mahasiswa tidak akan berundur terhadap keugutan pihak tertentu.
Dengan ini, Student Progressive Front (SPF) dan Suara Siswa UUM menyatakan solidariti penuh terhadap Brendon Gan, serta menyeru pihak berkuasa supaya segera menghentikan siasatan terhadap beliau dan tidak menjadikan undang-undang sebagai alat untuk mengehadkan ruang ekspresi mahasiswa. Kebebasan hak mahasiswa untuk bersuara terlibat dalam urusan awam mesti dilindungi sepenuhnya.
北大前进阵线与Suara Siswa UUM对于 Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia(HARAM)主席 Brendon Gan 遭警方传召调查一事表示严正关注与坚决声援。
我们强烈谴责当局在调查中援引《刑事法典》第506条文(刑事恐吓)以及《1998年通讯及多媒体法令》第233条文(不当使用网络设施),并将其用于针对学生公共表达、校园倡议及社会改革言论相关行动。
我们必须强调,此事不仅涉及个别案件,更反映出公共表达空间日益收缩的问题。大学生在高等教育与公共事务中发声,是公民社会最基本的参与之一。批评、质疑与监督本不应被视为问题,更不应被刑事化。
因此,我们亦严正反对任何将上述法律条文用于限制、威慑或惩罚学生公共表达与校园倡议的做法。若刑事法与通讯法被选择性地应用于处理公共议题表达,将不可避免地压缩言论自由空间,并对校园民主造成寒蝉效应,并削弱公共讨论的基本条件。
北大前进阵线与Suara Siswa UUM坚决声援 Brendon Gan,并要求有关当局立即停止对其的调查行动,停止将法律作为限制学生公共表达的工具,保障学生发声与参与公共事务的基本权利。
#北大前进阵线