Kesatuan Mahasiswa UUM

Kesatuan Mahasiswa UUM KMUUM atau Kesatuan Mahasiswa UUM merupakan platform yang ditubuhkan oleh mahasiswa untuk mahasiswa bagi memastikan kebajikan mahasiswa UUM terus terjaga.
(1)

[ TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) ]Assalamualaikum, Salam Sejahter...
21/04/2026

[ TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) ]

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam Biru Warna.

Kesatuan Mahasiswa merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ), Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa 20 April 2026.

Kami percaya bahawa pelantikan ini bukan sahaja mencerminkan kepercayaan tinggi terhadap kewibawaan dan kepimpinan beliau, malah menjadi satu kebanggaan buat seluruh warga Universiti Utara Malaysia.

Sekian, terima kasih.




SALAM TAKZIAHKesatuan Mahasiswa UUM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dala...
20/04/2026

SALAM TAKZIAH

Kesatuan Mahasiswa UUM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia, Sabah.

Kami mendoakan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, serta dipermudahkan segala urusan.




KENYATAAN RASMI: PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL ANCAMAN KESELAMATAN AWAMKesatuan Mahasiswa UUM tampil menyuarakan p...
02/04/2026

KENYATAAN RASMI: PEMANDUAN DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL ANCAMAN KESELAMATAN AWAM

Kesatuan Mahasiswa UUM tampil menyuarakan pendirian tegas terhadap isu ini yang semakin membimbangkan dan mengancam keselamatan awam.

Bersama kita tingkatkan kesedaran dan ambil tanggungjawab demi melindungi setiap nyawa.

“Bersama kita cegah, demi masa depan yang lebih terarah”




Hari Raya AidilfitriKesatuan Mahasiswa UUM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada s...
20/03/2026

Hari Raya Aidilfitri

Kesatuan Mahasiswa UUM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia.

Marilah kita sambut hari raya di bulan Syawal ini dengan hati yang bersatu dengan cara mengikhlaskan diri, memaafkan kesilapan diri dan orang lain serta mengambil peluang untuk membina hubungan silaturrahim.

"وكل عام وأنتم بخير"

"Semoga setiap tahun kamu dalam keadaan baik"




SALAM TAKZIAHKesatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga A...
10/03/2026

SALAM TAKZIAH

Kesatuan Mahasiswa Universiti Utara Malaysia merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Syed Muhammad Naquib Al-Attas atas pemergian beliau yang merupakan seorang tokoh ilmuwan besar negara.

Allahyarham dikenali atas sumbangan besar dalam bidang pemikiran Islam, pendidikan dan tamadun yang memberi manfaat kepada masyarakat serta dunia keilmuan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ




NUZUL QURANKesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di Universi...
06/03/2026

NUZUL QURAN

Kesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam di Universiti Utara Malaysia.

Hari yang menjadi antara tarikh terpenting kerana julung-julung kalinya al-Quran diturunkan ke atas muka bumi menerusi perantaraan Malaikat Jibril Alaihissalam kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira'. Detik sejarah ini menjadi panduan kepada umat Islam meliputi segala aspek kehidupan dunia mahupun akhirat. Semoga kita istiqamah membaca al-Quran agar dapat memperkuatkan iman dan mengamalkan nilai yang terkandung di dalamnya.




RAMADAN KAREEMKesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Universi...
19/02/2026

RAMADAN KAREEM

Kesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Universiti Utara Malaysia.

Bulan yang datang setahun sekali ini acap kali disimbolkan sebagai bulan tarbiah, menjadi baja kepada siraman iman dan taqwa bagi setiap orang yang beragama Islam. Janganlah kita lalai akan sambutan bulan mulia ini dan rancanglah segala amal serta laksanakanlah dengan istiqamah.

Burung tempua hinggap di dahan,
Mencari makan di tengah sawah,
Puasa kita menahan ujian,
Moga amalan beroleh rahmah.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.




SELAMAT TAHUN BARU CINAKesatuan Mahasiswa UUM dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh pel...
17/02/2026

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Kesatuan Mahasiswa UUM dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh pelajar kaum Cina di Universiti Utara Malaysia.

Bersempena dengan tahun zodiak Kuda yang antaranya melambangkan semangat juang yang tinggi, semoga tahun ini membawa kemakmuran serta keluarga bahagia, semua impian tercapai dan maju jaya dalam semua urusan. Selain mengejar impian dan cita-cita, kita juga ingin mengeratkan lagi perpaduan, memupuk persefahaman yang lebih kukuh serta mengurangkan prejudis.

新年快乐!

Kesatuan Mahasiswa UUM 恭祝本校全体华裔学生新年快乐。

至此马年之际,马象征着高昂的斗志,愿新的一年带来繁荣昌盛、阖家幸福,梦想成真,万事如意。除了追求梦想和志愿,希望我们更加团结,相互理解与消除偏见。




SELAMAT HARI PENGASASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-42 TAHUNKesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahnia...
16/02/2026

SELAMAT HARI PENGASASAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE-42 TAHUN

Kesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan hari istimewa universiti tercinta.

Semoga universiti ini terus maju, cemerlang dan menjadi tempat terbaik untuk melahirkan mahasiswa yang berilmu serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada seluruh warga universiti atas komitmen dan usaha yang berterusan.




Kesatuan Mahasiswa UUM ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester A251. Semoga masa cuti semester ini dipenuhi de...
09/02/2026

Kesatuan Mahasiswa UUM ingin mengucapkan selamat menjalani cuti semester A251. Semoga masa cuti semester ini dipenuhi dengan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.

Jumpa lagi di semester yang akan datang!




Pada 14 Januari 2026, Kesatuan Mahasiswa telah mengadakan satu inisiatif Study Booster yang dijalankan di Perpustakaan S...
18/01/2026

Pada 14 Januari 2026, Kesatuan Mahasiswa telah mengadakan satu inisiatif Study Booster yang dijalankan di Perpustakaan Sultanah Bahiyah.

Kesatuan Mahasiswa ingin mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa/i yang turun menjayakan inisiatif ini.

Peperiksaan ini adalah pentas untuk anda membuktikan dedikasi dan ketabahan yang telah dipupuk sepanjang semester.

Kami mendoakan agar anda terus bersemangat dan mengekalkan momentum kecemerlangan. Ingatlah, kecemerlangan sejati tidak hanya terletak pada gred, tetapi pada kualiti diri, kepimpinan, dan integriti yang anda bawa sebagai seorang mahasiswa holistik.

Selamat berjuang dan lakukan yang terbaik!




Address

Universiti Utara
Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Mahasiswa UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share