PEP Kump 4

PEP Kump 4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PEP Kump 4, Community Center, University Utara Malaysia (UUM), Sintok.

21/12/2023
NAMA : MOHAMAD ZULHAIZZAD BIN MOHD ZINNO MATRIK :302278TAJUK : RAPUHNYA INSTITUSI KEKELUARGAANISU : KEGANASAN RUMAH TANG...
11/12/2023

NAMA : MOHAMAD ZULHAIZZAD BIN MOHD ZIN
NO MATRIK :302278
TAJUK : RAPUHNYA INSTITUSI KEKELUARGAAN
ISU : KEGANASAN RUMAH TANGGA

Keganasan rumahtangga bermaksud perlakuan keganasan terhadap pasangan atau bekas pasangan. Ia terdiri daripada fizikal dan ganguan seksual, keganasan pertuturan (maki hamun dan cacian), ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan kewangan.

PUNCA
- Sikap: Sikap bengis suami atau sikap isteri yang tidak menghormati pasangan boleh mewujudkan masalah rumah tangga.
- Masalah alkohol atau dadah: Penyalahgunaan alkohol atau dadah boleh mengurangkan perencatan dan membawa kepada tindakan ganas atau agresif yang mungkin tidak berlaku dalam situasi biasa
- Gangguan mental:Sesetengah pelaku keganasan mungkin mengalamI gangguan kesihatan mental yang tidak dirawat seperti gangguan personaliti.

JENIS
- Keganasan fizikal: ini termasuk perbuatan fizikal yang berbahaya seperti menumbuk, menendang atau menggunakan objek yg tajam untuk mencederakan pasangan
- Penderaan emosi atau psikologi: melibatkan kawalan dan manipulasi pasangan sama ada dalam bentuk penghinaan atau ancaman
- Keganasan seksual: ini termasuk hubungan seksual secara paksa atau tanpa persetujuan pasangan

KESAN
- Kecederaan fizikal: mengalami kecederaan yang serius seperti lebam, patah tulang dan sebagainya
- Masalah kesihatan mental: masalah ini akan menyebabkan pasangan mengalami kemurungan dan stress
- Kurang keyakinan diri: menyebabkan pasangan tidak yakin dengan diri sendiri dan tidak berdaya

LANGKAH
- Dapatkan nasihat: melaporkan kepada Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak Kanak bagi mendapat pencerahan dan jalan penyelesaian.
- Membuat laporan polis: Hal ini mampu memberi pelindungan terhadap mangsa untuk lebih dilindungi
- Mendapatkan Pertolongan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti: Hal ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasangan untuk membina keluarga yang bahagia.

10/12/2023

Nama: Ummi Amirah Nusaibah Binti Muhamad Shafawi
No. Matrik: 297720
Isu: Perceraian

Perceraian juga merupakan salah satu faktor atau punca yang menjadikan institusi kekeluarga rapuh. isu perceraian adalah fenomena sosial yang melibatkan antara dua individu. perceraian menyebabkan kerumitan dalam pelbagai aspek kehidupan sosial, ekonomi dan emosional. Fenomena ini mencerminkan dinamika perubahan dalam nilai-nilai masyarakat, peran gender dan pola hubungan antar peribadi.
Perceraian bukan hanya kejadian peribadi antara pasangan, tetapi juga memiliki dampak yang lebih luas di antara masyarakat. Pertimbangan psikologi, ekonomi, dan budaya memainkan peranan penting dalam memahami tingkat dan pola perceraian di suatu komuniti. Dalam segelintir masyarakat, perceraian dianggap sebagai gejala dari perubahan nilai-nilai sosial yang berkembang, seperti peningkatan individualisme dan penurunan stigmatisme terhadap perceraian. Di sisi lain, masyarakat dengan nilai-nilai tradisional yang kuat mungkin menghadapi perlawanan terhadap tren perceraian yang meningkat.

Address

University Utara Malaysia (UUM)
Sintok
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEP Kump 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share