ILC Permai UUM

ILC Permai UUM ILC (Independent Living Centre) Zon Utara Malaysia (Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Utara Perak). Dikelolakan oleh NGO Pertubuhan Mahasiswa Istimewa (PERMAI).

Perkhidmatan: Pembantu Peribadi (PA), Kaunseling Rakan Sebaya, Program & Aktiviti Hidup Berdikari

Terima Kasih Datuk KSU KPT diatas kunjungan ke ILC PERMAI UUM dalam rangka bersama membantu, memangkin dan menjaga komun...
10/02/2026

Terima Kasih Datuk KSU KPT diatas kunjungan ke ILC PERMAI UUM dalam rangka bersama membantu, memangkin dan menjaga komuniti OKU

Alhamdulillah, Terima Kasih PMX, Kerajaan Malaysia, UUM, KPWKM, JPOKU & KPT.Antara impak positif ILC PERMAI di kolum Ber...
28/01/2026

Alhamdulillah, Terima Kasih PMX, Kerajaan Malaysia, UUM, KPWKM, JPOKU & KPT.

Antara impak positif ILC PERMAI di kolum Berita Harian hari ini.

Jemput baca artikel dari seorang alumni UUM…

Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya - JPOKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sempena ketibaan Tahun Baharu 2026, pihak ILC PERMAI ingin merakamkan setinggi-tingg...
01/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sempena ketibaan Tahun Baharu 2026, pihak ILC PERMAI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi semua sepanjang tahun lalu. Semoga tahun baharu ini membawa lebih banyak kejayaan, kesejahteraan dan semangat baharu dalam setiap tugas yang kita laksanakan. Mari kita terus bekerjasama, saling menyokong dan mengekalkan budaya kerja yang positif demi mencapai matlamat bersama. Selamat Tahun Baharu 2026!

Ikhlas daripada
Pengurusan ILC PERMAI UUM

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGASDari seluruh warga PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM), kami mengucapkan setinggi-tinggi...
01/01/2026

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Dari seluruh warga PUSAT OKU UUM (ILC PERMAI UUM), kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berusaha Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kepimpinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Yang Berusaha selama ini telah memberikan sumbangan besar kepada kemajuan UUM. Kami yakin bahawa dengan kepakaran dan dedikasi yang dimiliki, UUM akan terus mencapai kecemerlangan di bawah bimbingan Yang Berusaha.

Semoga pelantikan ini membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran kepada UUM serta seluruh warga kampus.

Sekali lagi, tahniah dan semoga terus berjaya!

Tahniah dan SyabasPihak Pengurusan ILC PERMAI UUM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Anis Zuhaily binti Zulkarnain di...
04/12/2025

Tahniah dan Syabas

Pihak Pengurusan ILC PERMAI UUM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Anis Zuhaily binti Zulkarnain di atas pelantikan sebagai MPP OKU Kerusi Inklusif yang BAHARU.

Semoga pelantikan ini membawa banyak kejayaan dan manfaat, serta memberi inspirasi kepada semua dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen.

Anis Zuhaily binti Zulkarnain merupakan pelajar semester 3 yang aktif menyertai program di UUM.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Setiap 3 Disember, kita bersama menyambut Hari OKU Sedunia sebagai usaha meningkatka...
03/12/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setiap 3 Disember, kita bersama menyambut Hari OKU Sedunia sebagai usaha meningkatkan kefahaman, sokongan dan kesedaran masyarakat terhadap hak serta kesejahteraan komuniti OKU. Tema tahun 2025, “Fostering Disability-Inclusive Societies for Advancing Social Progress” menekankan kepentingan mewujudkan masyarakat yang benar-benar inklusif agar kemajuan sosial dapat dinikmati oleh semua tanpa pengecualian.

Selaras dengan semangat tersebut, kami dari ILC PERMAI UUM ingin mengucapkan Selamat Hari OKU Sedunia 2025 kepada seluruh komuniti OKU di Malaysia dan di seluruh dunia. Semoga usaha memperluas akses, memperkukuh penyertaan dan memartabatkan hak OKU terus dipertingkat demi masa depan yang lebih adil dan sejahtera untuk semua.

Ikhlas daripada
Pengurusan ILC PERMAI UUM

Address

UNIVERSITI UTARA
Sintok
06010

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:15
Friday 10:00 - 00:00
Sunday 10:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILC Permai UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ILC Permai UUM:

Shortcuts

Share