Mpu1013 Penghayatan etika dan peradaban - B Kumpulan 4

Mpu1013 Penghayatan etika dan peradaban - B Kumpulan 4 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mpu1013 Penghayatan etika dan peradaban - B Kumpulan 4, Community Center, Sintok.

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (B) - KUMPULAN 4✨TEMA POSTER: ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYADisediakan oleh :1. NUR...
27/12/2022

MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (B) - KUMPULAN 4✨
TEMA POSTER: ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA

Disediakan oleh :
1. NUR IZZATI BINTI MD JAIS ( 285218 )
2. SITI BALQIS BINTI MOHAMAD MAZHAR ( 285234 )
3. NURRIN MASTURA BINTI MORAT ( 285251 )
4. ANA ASYIKIN BINTI ZULKIFLE ( 285312 )
5. YAP ZHU QI ( 285332 )
6. KHOO PHAU TZEE ( 285347 )
7. YAP KOK SOON ( 285374 )
8. NUR FAIZATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN ( 285408 )
9. SITI NUR AISAH BINTI MOHD YUSOF ( 285432 )
10. GOH HOOI WEN ( 285466 )

NAMA : SITI NUR AISAH BINTI MOHD YUSOFTAJUK: KESIMPULAN BAGI ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA.Etika Penggunaan Jalan Raya yan...
15/12/2022

NAMA : SITI NUR AISAH BINTI MOHD YUSOF
TAJUK: KESIMPULAN BAGI ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA.

Etika Penggunaan Jalan Raya yang diperkenalkan dapat dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu Negara dalam membanteras kebarangkalian kes yang berkaitan dengan Penggunaan Jalan Raya.
Oleh itu, kami telah membuat kesimpulan bahawa Etika Penggunaan Jalan Raya yang berkesan dalam kalangan masyarakat Malaysia mampu meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

Tegasnya, semua pihak tidak kira sektor awam mahupun swasta serta rakyat Malaysia,perlu berganding bahu demi keselamatan bersama ketika menggunakan Jalan Raya. Dengan ini dapat dikatakan bahawa menerapkan Etika Penggunaan
Jalan Raya dalam kehidupan seharian dapat memberi celik akal kepada masyarakat Malaysia apabila menggunakan jalan raya dengan sebaiknya. Terdapat pelbagai pendedahan yang telah kami kongsikan kepada anda semua. Semoga ia dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anda semua.

"PANDU CERMAT,JIWA SELAMAT ". . Sayang diri sayang semua .

NAMA: GOH HOOI WEN (285466)TAJUK: NILAI YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PENGGUNA JALAN RAYA1. Saling Membantu Dan BekerjasamaS...
09/12/2022

NAMA: GOH HOOI WEN (285466)
TAJUK: NILAI YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PENGGUNA JALAN RAYA

1. Saling Membantu Dan Bekerjasama
Sikap yang s**a membantu bermaksud mudah menghulurkan bantuan kepada orang lain. Pengguna jalan raya perlulah memberi laluan kepada orang yang mempunyai kecemasan seperti ambulance, bomba, dan polis bagi memudahkan pengurusan mereka. Secara tidak langsung juga mewujudkan suasana harmoni dan bertolak ansur dalam kalangan pengguna akhirnya, boleh mengelakkan kemalangan dan seterusnya menyelamatkan nyawa. Selain itu, menolong orang yang menghadapi masalah semasa dalam perjalanan tidak mengamalkan sikap yang tidak mempersetan.

2. Bertanggungjawab
Pengguna perlu menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata ke atas jalan raya yang mungkin menimbulkan kebahayaan kepada pengguna jalan raya yang lain. Bertanggungjawab melaporkan kepada pihak polis ke atas sebarang tindakan daripada manusia yang cuba merosakkan sebarang benda awam atau jalan raya. Berkelakuan sewajarnya supaya tidak membahayakan keselamatan atau menyebabkan orang lain terdedah kepada risiko kemalangan. Bagi peranan pemandu adalah perlu memastikan kenderaan dalam keadaan baik seperti enjin, tayar, brek, stereng, dan alat penunjuk arah. Memastikan petrol mencukupi untuk memulakan sesuatu perjalanan, kenderaan berada dalam keadaan bersih di luar dan dalam serta lesen memandu dan peralatan yang diperlukan dibawa bersama. Semua pengguna jalan raya perlulah memastikan diri dalam keadaan yang cukup tidur supaya mempunyai tumpuan yang mencukupi semasa penggunaan jalan raya. Selain itu, pengguna juga perlu elakkan keadaan di bawah mabuk, pengaruh alkohol atau dadah semasa penggunaan jalan raya supaya dapat mengelakkan keadaan yang tidak sedarkan diri dan ikut tanda-tanda isyarat lalu lintas yang terdapat di jalan raya. Pastikan tumpuan diberikan sepenuhnya semasa penggunaan jalan raya demi keselamatan dan keselesaan semua manusia.

3. Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang
Pengguna jalan raya perlulah sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang seperti tidak memandu melebihi had laju, tidak memandu dalam keadaan mabuk, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak melanggar lampu isyarat, tidak memotong atau membelok tanpa memberi isyarat dan secara agresif. Selain itu, pengguna jalan raya yang memandu motosikal perlu memakai alat keselamatan seperti topi keledar dan bagi pengguna yang memandu kereta perlulah memakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta.

4. Berhemah Tinggi.
Pemandu haruslah memandu secara berhemah tinggi seperti perlahan-lahan tidak mengejar masa dalam perjalanan, bertolak ansur, dan tidak sentiasa membandingkan diri dengan orang lain. Seseorang yang mempunyai nilai etika tidak sepatutnya mengambil kesempatan untuk menunjukkan kehebatan mereka dengan memandu secara melulu, memecut dan memotong kenderaan lain, sembarangan, berlumba di jalan raya atau menunjukkan aksi bagi menarik perhatian orang ramai kerana ia merupakan sesuatu tindakan yang mungkin membawa bahaya kepada pengguna lain. Pengguna jalan raya perlulah bertolerasi semasa nahas jalan raya dan mengamalkan sikap menghormati dan bersopan santum terhadap setiap manusia yang penggunaan jalan raya. Bersopan bermaksud mempunyai perwatakan atau kelakuan yang baik sebelum memandu dan selepas memandu dari segi kelakuan, perkataan dan ucapan. Elakkan daripada menggunakan hon kenderaan yang keterlaluan atau tidak bersesuaian dan memasang pembesar suara pada kenderaan secara melampau tanpa segan silu sehingga mengganggu keharmonian pengguna lain.

5. Bertimbang Rasa
Sikap mengambil berat mengenai kesejahteraan, keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Pengguna perlulah sentiasa mengutamakan nyawa orang lain. Elakkan penggunaan telefon bimbit ketika memandu kerana perbuatan tersebut mampu mengurangkan fokus pemanduan. Pemanduan yang berhemah bukan sahaja mampu menyematkan sendiri, namun secara tidak langsung juga mampu menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Setiap pengguna jalan raya perlu berkomunikasi dengan baik, iaitu dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan pengguna jalan raya lain. Kata-kata keji perlu dielakkan agar tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini sehingga menyebabkan tercetusnya pergaduhan dan permusuhan.

NAMA: YAP ZHU QI (285332)TAJUK: CARA MEMBUAT ADUAN KESALAHAN TRAFIKKesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang men...
08/12/2022

NAMA: YAP ZHU QI (285332)
TAJUK: CARA MEMBUAT ADUAN KESALAHAN TRAFIK

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kes kemalangan di Malaysia. Antara kesalahan trafik yang boleh dibuat aduan ialah mengekori kereta hadapan dengan jarak yang dekat, menyalahgunakan lorong kecemasan dan memotong barisan di jalan raya. Masyarakat boleh terus membuat aduan tentang kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikut merupakan cara membuat aduan kesalahan trafik ke JPJ:
1. Hantarkan emel kepada [email protected].
2. Masukkan butiran pengadu.
3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut.
4. JPJ akan mengeluarkan Notis 114 (notis temu siasat) pada pemilik kenderaan untuk memberi keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan.
5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 (notis saman) akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

Semoga maklumat yang mengenai cara membuat aduan kesalahan trafik ke JPJ dapat memberi manfaat dan pengetahuan tambahan kepada pengguna jalan raya. Setiap pengguna jalan raya perlu mematuhi peratuhan jalan raya dan prihatin terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain. Ingatlah “Pandu Cermat Jiwa Selamat”, patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

NAMA: ANA ASYIKIN BINTI ZULKIFLE (285312)TAJUK: KES KEMALANGAN JALAN RAYA PADA TAHUN 2022Sebanyak 52 peratus peningkatan...
08/12/2022

NAMA: ANA ASYIKIN BINTI ZULKIFLE (285312)
TAJUK: KES KEMALANGAN JALAN RAYA PADA TAHUN 2022

Sebanyak 52 peratus peningkatan jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya telah direkodkan sepanjang tahun ini sekali gus mengatasi rekod kemalangan jalan raya ketika pandemik Covid-19. Menurut Shahrul Azhar Md. Dali iaitu Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, statistik yang dinyatakan adalah berdasarkan kajian dari bulan Januari hingga September tahun ini oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Menurutnya lagi, sumbangan terbesar kepada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya adalah pengguna motosikal yang merekodkan peratusan sebanyak 66.6 peratus berbanding keseluruhan pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya yang cedera parah akibat kes ini juga turut meningkat secara mendadak kepada 92.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

15 Ogos 2022, Mangsa Kemalangan Jalan Raya Meninggal Dunia ketika Rawatan

Seorang penunggang motosikal yang telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Lipis – Sungai Koyan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lipis. Mangsa, 43 tahun, yang tinggal di Felda Jengka 16 telah disahkan meninggal setelah menerima rawatan selama lebih 2 jam di Unit Kecemasan hospital tersebut.

Menurut Ketua Polis Lipis, Supt Azli Mohd Noor, kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 125 dan sebuah kereta jenis Proton Iswara itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa tersebut hilang kawalan ketika melalui selekoh. Motosikal tersebut telah masuk ke laluan bertentangan sehingga bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki sepasang suami isteri.

Tambahnya lagi, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut manakala pemandu kereta dan pasangannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

29 Oktober 2022, Dua Anggota Polis Maut Kemalangan Jalan Raya

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.25 pagi, Sabtu telah menyebabkan dua anggota polis daripada 8 Pas**an Gerakan Am (PGA8) maut. Mangsa dikenali sebagai Lans Koperal Jerry Layong Anak Nyalin dan Koperal Juna Anak Jembat masing-masing berumur 32 dan 39 tahun telah mengalami cedera parah di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

Menurut Polis Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir, kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki kedua-dua mangsa telah melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan. Katanya lagi, kadaan jalanraya ketika kejadian berlaku tidak sesak, lurus dan basah.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.

NAMA : NURRIN MASTURA BINTI MORAT (285251)TAJUK : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA1)  Pema...
07/12/2022

NAMA : NURRIN MASTURA BINTI MORAT (285251)
TAJUK : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA

1) Pematuhan had kelajuan
Had laju merupakan satu peraturan jalan raya yang menetapkan kelajuan maksimum atau minimum bagi keselamatan pemanduan jalan raya. Peraturan ini ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah peningkatan etika di jalan raya. Pengguna jalan raya haruslah memandu dengan kelajuan yang bersesuaian mengikut faktor seperti saiz jalan, jenis jalan, keadaan jalan, dan persekitaran.

2) Fokus terhadap struktur jalan raya
Jalan raya berkemungkinan yang mengalami kerosakkan seperti jalan berlubang, retak dan kegagalan tambakan serta jalan raya juga akan menjadi licin semasa hujan yang mengurangkan daya cengkaman tayar kenderaan. Pengguna jalan raya hendaklah memberi fokus sepenuhnya terhadap pemanduan dengan memerhati keadaan jalan raya.

3) Pemanduan bebas pengaruh alkohol
Alkohol akan menyebabkan pemandu hilang konsentrasi seperti pengurangan penglihatan menjadi semakin kabur. Pemandu yang dibawah pengaruh perlulah menggunakan teksi agar mengelakkan kemalangan jalan raya kerana di luar kawalan.

4) Penggunaan lampu isyarat kenderaan
Penggunaan lampu isyarat kenderaan kiri dan kanan sangat penting semasa ingin menukar lorong atau membelok simpang dengan lebih awal supaya kenderaan lain boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.

5) Kepekaan terhadap keadaan sekeliling
Mata haruslah tertumpu sepenuhnya semasa memandu dengan memerhati keadaan sekeliling dengan melihat kiri, kanan, hadapan, dan belakang dengan menggunakan cermin. Pengelakkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu kerana ia boleh mengalihkan tumpuan anda.

NAMA: YAP KOK SOON (285374)TAJUK: KESAN-KESAN GAGAL MENGAMALKAN ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYAKemalangan jalan raya sering ...
07/12/2022

NAMA: YAP KOK SOON (285374)
TAJUK: KESAN-KESAN GAGAL MENGAMALKAN ETIKA PENGGUNAAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya sering berlaku di kawasan sekitar kita. Jadi ini menyerlahkan kepentingan etika penggunaan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya dan perlulah ditubuhkan secara tidak langsung dalam hati mereka. Tujuan memupuk setiap orang perlu mempunyai etika yang baik mematuhi peraturan-peraturan jalan raya kerana dapat menjaga keselamatan setiap pengguna jalan raya. Namun begitu, sesetengah masyarakat masih melakukan perkara yang melanggar undang-undang demi kemudahan, terutamanya di jalan raya. Sebagai contoh, memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat, menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu.dan sebagainya. Kelakuan tersebut telah menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai etika penggunaan jalan raya. Oleh itu, mempunyai beberapa kesan yang serius akan berlaku disebabkan oleh gagal mematuhi etika penggunaan jalan raya.

1. Kemalangan maut jalan raya
Etika penggunaan jalan raya sering diabaikan oleh setiap pengguna jalan raya. Antara etika asas yang perlu dipatuhi oleh pemandu sebelum memandu adalah memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Seseorang yang mempunyai etika pengguna jalan raya boleh menjaga keselamtan diri dan orang lain. Namun begitu, sesetengah orang mempunyai sikap tidak baik, tidak mematuhi peraturan dan tidak bertimbang mengakibatkan kemalangan maut. Sebagai contoh, memandu melebihi had laju, memotong di laluan tidak dibenarkan, melanggar lampu isyarat, mengubah suai kenderaan, memandu menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Kelakuan-kelakuan tersebut akan membawa kesan yang serius. Menurut statistik polis pada tahun 2022, kes kemalangan maut di atas jalan raya meningkat 52% dari tahun2021. Oleh itu, kemalangan di Malaysia semakin banyak dan akan mengancam keselamatan rakyat.

2. Merosakkan harta benda
Kemalangan yang berlaku akan menyebabkan kerosakan harta benda terutama menyebabkan kerugian wang. Kemalangan akan menyebabkan kenderaan tersebut mengalami kerosakan dan perlu dibaiki. Kesannya, pengguna terpaksa membayar kos yang tinggi untuk membaiki kenderaan yang rosak. Malangya, masa yang diambil yang panjang untuk membaiki kenderaan yang rosak tersebut. Keadaan ini akan menyusahkan pemilik kenderaan tersebut kerana mereka terpaksa meminjam atau menyewa kenderaan lain sementara menunggu kenderaan siap dibaiki. Oleh itu, gagal mengamalkan etika penggunaan jalan raya akan menyebabkan kos tambahan menjadikan sebagai satu beban.

3. Dikenakan hukuman
Pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya akan dikenankan hukuman berat sebagai satu pengajaran. Sebagai contoh, kesalahan tidak mematuhi had laju dan melanggar lampu isyarat yang akan dikenakan tindakan mahkamah dan tidak boleh dikompaun. Di bawah Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh didenda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan. Pelanggar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya juga akan dikenakan hukuman lain, seperti kompaun dan sebagainya. Oleh itu, hukuman atau kompaun tersebut sebagai satu penganjaran kepada pelanggar supaya tidak melakakukan kesalahan.

4. Menjejaskan emosi pengguna jalan raya lain
Pengguna jalan raya yang mempunyai etika penggunaan jalan raya akan sentiasa mengambil berat tentang perasaan pengguna jalan lain. Namun begitu, pengguna jalan raya yang gagal mengamalkan etika penggunaan jalan raya mereka akan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa mengira perasaan pengguna jalan raya lain. Sebagai contoh, membelok atau berhenti tanpa memberi signal, membunyikan hon kenderaan di tempat terlarang, dan memandu dengan had yang laju tanpa mengira sama ada seseorang hendak melintas jalan raya. Oleh itu, pengguna jalan raya gagal mengamalkan etika jalan raya akan mengganggu emosi seseorang berasa marah dan berasa marah.

5. Menjejaskan imej negara
Malaysia merupakah sebagai satu destinasi pelancongan dan ramai pelancong asing merawat negara kita. Mereka s**a mengayuh basikal, motosikal dan kenderaan awam serta berjalan kaki sambil menikmati pemandangan. Jika mereka mengalami kemalangan jalan raya atau mempunyai pengalaman tidak baik semasa melintas jalan raya disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan raya Malaysia. Pelancong tersebut akan memberikan pandangan atau komen yang negatif terhadap Malaysia. Hal ini akan menjejaskan imej negara Malaysia, apatah lagi segala usaha kerajaan dahulu dalam kempen Tahun Melawat Malaysia dilihat gagal menarik pelancong asing datang ke nagara kita. Oleh itu, menggalakkan pengguna jalan raya mengamalkan etika penggunaan jalan raya dapat membantu negara menjadi lebih baik.

NAMA: NUR FAIZATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN (285408)TAJUK: PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYAKemalangan jalan raya sering berlaku ...
06/12/2022

NAMA: NUR FAIZATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN (285408)
TAJUK: PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA

Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita semenjak pada masa ini. Ia terjadi atas beberapa faktor sama ada disengajakan mahupun tidak. Pemandu pada masa kini harus lebih peka di atas jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa punca berlakunya kemalangan jalan raya:

(1) Kenderaan gagal berfungi dengan baik

Kegagalan fungsi komponen kenderaan merupakan antara faktor yang mempengaruhi berlakunya kemalangan. Penyelenggaraan asas yang wajib dilakukan secara berkala perlu dipatuhi oleh pemandu kenderaan untuk memastikan komponen kereta sentiasa berada pada tahap yang optimum.
Kecuaian melakukan penyelenggaraan boleh menyebabkan kenderaan rosak secara tiba-tiba. Contohnya, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu s**ar mengawal kenderaan ketika waktu kecemasan. Sebagai langkah keselamatan, pemandu perlu melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala bagi memastikan pemanduan yang selamat.

(2) Sikap pemandu yang sambil lewa di atas jalan.

Sikap pemandu sangat penting untuk menjamin pemanduan yang selamat di jalan raya. Ini kerana pemandu yang bersikap mementingkan diri boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di atas jalan raya. Antara sikap pemandu yang sambil lewa di atas jalan ialah memandu sambil menggunakan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat, memandu dalam keadaan mabuk, menukar lorong tanpa isyarat, memandu dengan laju, berbahaya serta melulu. Pemandu perlu lebih bertanggungjawab di atas jalan raya kerana ia melibatkan nyawa ramai orang dan sentiasa fokus pada pemanduannya.
Oleh itu, pematuhan terhadap peraturan jalan raya dan amalan pemanduan berhemah adalah penting untuk memastikan kemalangan dapat dihindarkan

(3) Keadaan cuaca

Cuaca buruk boleh mempengaruhi pemanduan kerana akan menganggu penumpuan, pandangan kurang jelas dan jarak selamat memberhentikan kenderaan akan bertambah. Sekiranya cuaca sangat buruk seperti hujan lebat, pemandu dinasihatkan untuk mencari tempat yang selamat untuk berhenti seketika atau memandu secara perlahan untuk mengelakkan kemalangan. Pemandu yang berkhemah mampu merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.

(4) Keadaan jalan
Keadaan struktur jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan tidak rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan meningkatkan risiko pemandu yang tidak biasa menggunakan jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Setiap pemandu kenderaan perlu sentiasa berhati-hati semasa memandu bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan. Pastikan anda mengamalkan pemanduan berhemah dan mengikuti panduan keselamatan yang telah dikongsikan di atas.

NAMA: SITI BALQIS BINTI MOHAMAD MAZHAR (285234)TAJUK: JENIS KESALAHAN JALAN RAYA YANG SERING DILAKUKAN1. TIDAK MENGGUNAK...
06/12/2022

NAMA: SITI BALQIS BINTI MOHAMAD MAZHAR (285234)
TAJUK: JENIS KESALAHAN JALAN RAYA YANG SERING DILAKUKAN

1. TIDAK MENGGUNAKAN SIGNAL
Pengguna jalan raya yang tidak menggunakan signal (isyarat membelok) ketika ingin menukar arah perjalanan akan mengelirukan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, pengguna jalan raya mestilah menggunakan signal (isyarat membelok) tepat pada masanya apabila ingin menukar arah perjalanan.

2. TIDAK MENYALAKAN LAMPU KETIKA PERLU
Lampu kenderaan amat penting dinyalakan ketika waktu malam dan ketika waktu awal pagi. Keadaan ini kerana ketika itu cuaca masih gelap dan pengguna jalan raya lain tidak nampak kenderaan kita di atas jalan raya. Oleh itu, dengan menyalakan lampu kenderaan dapat membuatkan pengguna jalan raya yang lain nampak keberadaan kenderaan kita.

3. MENGGUNAKAN LAMPU TINGGI TIDAK MENGIRA MASA
Kesalahan menggunakan lampu tinggi tidak mengira masa akan menyilaukan mata pengguna jalan raya lain yang bertentangan arah dengan kita. Oleh itu, setiap orang mestilah menggunakan lampu rendah ketika memandu atau menunggang kenderaan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya akibat daripada penggunaan lampu tinggi kenderaan ses**a hati.

4. BERMAIN TELEFON PINTAR KETIKA MEMANDU/MENUNGGANG
Bermain telefon pintar ketika memandu atau menunggang kenderaan menyebabkan seseorang hilang fokus dalam mengendalikan kenderaan. Keadaan ini menyebabkan kemungkinan besar kemalangan jalan raya akan berlaku. Oleh itu, pengguna jalan raya mestilah mengelakkan diri daripada bermain telefon pintar ketika memandu atau menunggang kenderaan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

5. TIDAK MEMATUHI LAMPU ISYARAT
Tidak mematuhi lampu isyarat kerap berlaku dalam kalangan penunggang motorsikal. Namun begitu, pemandu kereta juga ada yang melanggar lampu isyarat ses**a hati untuk kepentingan diri sendiri. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kemalangan apabila kenderaan kita bertembung dengan kenderaan daripada arah yang berbeza apabila tidak mematuhi lampu isyarat. Oleh itu, pengguna jalan raya mestilah mematuhi lampu isyarat pada setiap masa.

6. TIDAK MEMAKAI TALI/ TOPI KELEDAR
Tabiat tidak memakai tali atau topi keledar ketika mengendalikan kenderaan amat membahayakan keselamatan diri kerana jika berlakunya kemalangan jalan raya, tiada kecederaan yang serius akan berlaku dan kemungkinan nyawa dapat diselamatkan dalam kemalangan tersebut. Oleh itu, pengguna jalan raya mestilah memakai tali atau topi keledar apabila mengendalikan kenderaan untuk mengurangkan kecederaan yang serius berlaku apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Nama: NUR IZZATI BINTI MD JAIS (285218)Tajuk: KEPENTINGAN PENGGUNAAN JALAN RAYATerdapat beberapa kepentingan penggunaan ...
05/12/2022

Nama: NUR IZZATI BINTI MD JAIS (285218)
Tajuk: KEPENTINGAN PENGGUNAAN JALAN RAYA

Terdapat beberapa kepentingan penggunaan jalan raya. Penggunaan jalan raya yang baik dapat memudahkan perjalanan semua orang di atas jalan raya tanpa melibatkan apa apa kejadian buruk berlaku. Antara kepentingan penggunaan jalan raya ialah dapat mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain, bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain, membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan selamat dan urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan dengan lancar. Jika semua pihak saling bertimbang rasa antara satu sama lain, pasti kadar kes kemalangan di Malaysia akan semakin berkurang. Penggunaan jalan raya yang baik, keselamatan anda pasti terjamin.

05/12/2022

Nama: KHOO PHAU TZEE (285347)
Tajuk: PENGENALAN ETIKA PENGUNAAN JALAN RAYA.

Memandu perlahan tidak semestinya anda memandu dengan berhati-hati. Malah ia boleh menjadi punca kemalangan kerana ia mengganggu aliran lalu lintas.

Memandu dengan berhati-hati menyediakan anda untuk perkara yang tidak dijangka. Anda boleh memandu dengan selesa sambil berwaspada terhadap sebarang pergerakan.
Menurut Keselamatan Jalan Raya, penemuan mendapati 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu berbanding faktor lain seperti cuaca, jalan dan keadaan kereta.

Tumpuan dan disiplin semasa memandu adalah kunci kepada pemanduan yang selamat. Sikap dan pemanduan berhati-hati adalah faktor penting yang perlu diterapkan kepada pemandu dan pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.  ✨Kami merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utar...
04/12/2022

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. ✨

Kami merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Laman Facebook ini dicipta untuk kami kongsikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tema yang dipilih iaitu “Etika Penggunaan Jalan Raya”.

Ahli kumpulan kami terdiri daripada:
1. NUR IZZATI BINTI MD JAIS (285218)
2. SITI BALQIS BINTI MOHAMAD MAZHAR (285234)
3. NURRIN MASTURA BINTI MORAT (285251)
4. ANA ASYIKIN BINTI ZULKIFLE (285312)
5. YAP ZHU QI (285332)
6. KHOO PHAU TZEE (285347)
7. YAP KOK SOON (285374)
8. NUR FAIZATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN (285408)
9. SITI NUR AISAH BINTI MOHD YUSOR (285432)
10. GOH HOOI WEN (285466)

Sila ikut laman Facebook kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang isu Etika Penggunaan Jalan Raya. Semoga segala ilmu yang kami kongsikan membawa manfaat kepada kita semua. Terima kasih. 🥰

Address

Sintok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mpu1013 Penghayatan etika dan peradaban - B Kumpulan 4 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mpu1013 Penghayatan etika dan peradaban - B Kumpulan 4:

Share