01/10/2026
π’ *SEKALUNG PENGHARGAAN BAGI BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN PENGURUSAN AWAM SESI 2025/2026*
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Barisan Kepimpinan Persatuan Pengurusan Awam Sesi 2025/2026 atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui persatuan.
Sepanjang tempoh kepimpinan, pelbagai program, aktiviti serta inisiatif telah berjaya dilaksanakan hasil daripada kerjasama, usaha dan kesungguhan yang diberikan. Setiap tanggungjawab yang digalas telah menjadi sebahagian daripada perjalanan serta perkembangan Persatuan Pengurusan Awam.
Segala masa, tenaga dan buah fikiran yang disumbangkan amatlah dihargai. Setiap usaha yang dicurahkan mungkin tidak selalu terlihat, namun kesannya akan sentiasa menjadi sebahagian daripada legasi persatuan.
Terima kasih kerana telah menjadi penggerak dan tulang belakang kepada persatuan sepanjang sesi ini. Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta sepanjang tempoh kepimpinan menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Jasa dikenang, bakti dihargai, kepimpinan menjadi inspirasi.
Persatuan Pengurusan Awam
Pusat Pengajian Kerajaan
Universiti Utara Malaysia
Sesi 2025/2026
Unggul Progresif