Kami Anak KSMJ

Kami Anak KSMJ Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kami Anak KSMJ, Community Center, Kampung Seri Maju Jaya, Bt 54, Jalan Johor, Simpang Renggam.

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat seluruh warga Kampung Seri Maju Jaya.Dikesempatan ini, kami dari JPKK ingin me...
20/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat seluruh warga Kampung Seri Maju Jaya.

Dikesempatan ini, kami dari JPKK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penduduk, tidak kira yang berada di kampung mahupun yang sedang di perantauan.

Berhati-hatilah semasa memandu pulang ke kampung halaman. Semoga sambutan tahun ini lebih meriah bersama keluarga tersayang. Maaf zahir dan batin dari kami semua.

🤝🏻🤝🏻

Ikhlas daripada,
JPKK
Kampung Seri Maju Jaya


Hafiz Shukor

06/03/2026

Jangan lupa Ahad nanti ya 😉😉

IHYA RAMADAN KAMPUNG SRI MAJU JAYA 🌙✨​Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua warga kampung.​Sukacita dimaklu...
04/03/2026

IHYA RAMADAN KAMPUNG SRI MAJU JAYA 🌙✨

​Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera buat semua warga kampung.
​Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Jamek Kampung Sri Maju Jaya bersama JPKK Kampung Seri Maju Jaya akan mengadakan Program Ihya Ramadan seperti ketetapan berikut:

​📅 Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam
📍 Tempat: Masjid Jamek Kampung Sri Maju Jaya

​Antara aktiviti yang akan dilaksanakan:
📖 Tadarus & Khatam Al-Quran
🎁 Bakul Rezeki
🥣 Yok Godak Bubur
🍽️ Iftar Perdana "Buka Puasa Sekampung"

​Mari kita sama-sama memeriahkan program ini bagi mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampung. Semua dijemput hadir! 🤝

​Sekian, terima kasih.

18/02/2026

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa buat semua warga Kampung Seri Maju Jaya

Alhamdulillah, hari ini jemaah qariah Masjid Jamek Kampung Sri Maju Jaya telah berkumpul di dataran masjid bagi melaksan...
13/02/2026

Alhamdulillah, hari ini jemaah qariah Masjid Jamek Kampung Sri Maju Jaya telah berkumpul di dataran masjid bagi melaksanakan Solat Sunat Istisqa’ diimamkan oleh Ustaz Rosli Bin Hashim, Imam Masjid Jamek Kampung Sri Maju Jaya

Dalam keadaan cuaca yang kering dan kemarau melanda kawasan kita, tiada tempat lain untuk kita berserah melainkan kepada Allah SWT.

​Semoga doa dan ruku’ penduduk kampung hari ini diangkat ke langit. Semoga bumi Machap dan seluruh pelusuk Simpang Renggam kembali dibasahi hujan yang membawa rahmat serta keberkatan buat tanaman dan punca air kita. Amin Yarabbal Alamin.


MISI BANTUAN AIR KSMJ – SORANG SIKIT KITA KONGSI​Assalamualaikum dan selamat malam warga Kampung Seri Maju Jaya.​Alhamdu...
12/02/2026

MISI BANTUAN AIR KSMJ – SORANG SIKIT KITA KONGSI

Assalamualaikum dan selamat malam warga Kampung Seri Maju Jaya.
​Alhamdulillah, selesai misi penghantaran air untuk malam ini dari kami belia KSMJ. Walaupun dah buat 2 trip ulang-alik, kami mohon maaf sangat sebab buat masa ni cuma mampu agihkan satu tong untuk setiap rumah.
​Bukannya kami tak nak bagi lebih, tapi kami nak pastikan bekalan yang ada ini sampai ke setiap pintu rumah jiran tetangga kita secara adil. Biar sorang sedikit, janji semua dapat merasa untuk keperluan penting.
​Terima kasih kepada rakan-rakan belia yang membantu dan yang memahami kekangan kami malam ni. Marilah kita sama-sama berdoa semoga bekalan air kembali pulih seperti biasa.

Warga Kampung Seri Maju Jaya yang memerlukan bekalan air bersih boleh dapatkan di 3 lokasi berikut :1. Masjid Jamek Kamp...
11/02/2026

Warga Kampung Seri Maju Jaya yang memerlukan bekalan air bersih boleh dapatkan di 3 lokasi berikut :

1. Masjid Jamek Kampung Seri Maju Jaya
2. Sekolah Agama Sri Maju Jaya
3. SK Seri Maju Jaya

"Ambil Secara Berhemah Dan Mengikut Keperluan, Hormati Hak Orang Lain Yang Memerlukan"

Warga Kampung Seri Maju Jaya yang terkesan ketiadaan air dan memerlukan bekalan air bersih untuk minum dan memasak, bole...
10/02/2026

Warga Kampung Seri Maju Jaya yang terkesan ketiadaan air dan memerlukan bekalan air bersih untuk minum dan memasak, boleh datang dan ambil di Surau Kampung Baru.

PESTA RAKYAT KSMJ 202514 & 15 September 2025
16/09/2025

PESTA RAKYAT KSMJ 2025

14 & 15 September 2025

Address

Kampung Seri Maju Jaya, Bt 54, Jalan Johor
Simpang Renggam
86200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kami Anak KSMJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share