Khidmat Malaysia Johor

Khidmat Malaysia Johor Sebuah NGO; Menyelaras bantuan kecemasan Bencana dalam negara (Rescue, Relief dan Rehabilitation).

Khidmat Malaysia Johor.Lawatan Khidmat Malaysia Pt Sulong Bencana Rumah Terbakar.Alhamdulilah, 30/3/2026 9.30 pagi Hari ...
30/03/2026

Khidmat Malaysia Johor.

Lawatan Khidmat Malaysia Pt Sulong Bencana Rumah Terbakar.

Alhamdulilah, 30/3/2026 9.30 pagi Hari ni , Khidmat Malaysia Pt Sulong diketuai oleh Penyelaras Tn Hj Rosli Dan Cikgu Leeham telah melawat rumah Hj Kusin yg telah terbakar lewat 7.00 petang semalam di Kg Pt Ju Seri Medan.

Tuan YDP Abang Halim Dan Imam Yusof telah bersama dalam lawatan tersebut bagi melihat sendiri keadaan rumah yang musnah sepenuhnya termasuk sebuah kereta Dan motor.

Anak Hj Kusin Abang Katman ada bersama memberi maklumat dan status terkini. Hj Kusin pagi ini telah dibawa ke Hospital untuk rawatan lanjut.
Semoga diberi kesembuhan Dan dipermudahkan Dan keluarganya diberi kesabaran oleh Allah jua.
Pada sesi lawatan, pihak Khidmat Msia, LKKSPPS, Caw Pt Laman, Caw Sri Dayong Dan wakil perseorangan ada memberikan sumbangan Tunai Dan Barangan kepada keluarga Mangsa.

Terimakasih:
Berkhidmat untuk Kemanusiaan, Baramal kerana Allah
Khidmat Malaysia Pt Sulong.


30/03/2026
AMARAN CUACA PANAS MELAMPAUJabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa negeri Johor dijangka terus berdepan cuaca ke...
27/03/2026

AMARAN CUACA PANAS MELAMPAU

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa negeri Johor dijangka terus berdepan cuaca kering dengan suhu melebihi 35°C susulan fasa peralihan monsun yang sedang berlaku ketika ini. Keadaan panas melampau ini diramal berlarutan sehingga pertengahan April dan berpotensi menjejaskan aktiviti harian serta tahap kesihatan orang awam sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

Fenomena ini bukan sekadar isu cuaca biasa, tetapi memberi isyarat jelas tentang perubahan pola iklim yang semakin tidak menentu. Suhu tinggi berpanjangan boleh meningkatkan risiko dehidrasi, strok haba, keletihan melampau, malah memberi kesan kepada sektor pertanian dan bekalan air.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar:

* Mengurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari
* Memastikan pengambilan air mencukupi
* Memakai pakaian yang sesuai dan melindungi diri daripada pancaran matahari
* Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal strok haba

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa perlu lebih proaktif dalam menyampaikan maklumat berkaitan risiko cuaca serta memperkukuh pelan kesiapsiagaan menghadapi situasi cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.

Khidmat Malaysia Negeri Johor
27 Mac 2026

Gotong-Royong Bersihkan Sisa Kebakaran RumahJabatan Amal Kawasan Bakri telah melaksanakan tugasan khidmat masyarakat den...
14/03/2026

Gotong-Royong Bersihkan Sisa Kebakaran Rumah

Jabatan Amal Kawasan Bakri telah melaksanakan tugasan khidmat masyarakat dengan mengadakan gotong-royong membersihkan sisa kebakaran di rumah mangsa yang terletak di Taman Perwira, Bakri.Kejadian kebakaran di rumah Mohd Leo Abdullah.

Operasi ini turut mendapat bantuan daripada anggota Jabatan Amal Kawasan Ledang bagi memastikan kerja-kerja pembersihan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan teratur.

Tanggungjawab sosial ini diteruskan walaupun dalam keadaan petugas penat berpuasa, Ibadah puasa bukan halangan untuk membuat kerja- kerja kebajikan.

Antara tugasan yang dilaksanakan ialah mengalihkan sisa-sisa kebakaran, membersihkan kawasan rumah serta membantu meringankan beban mangsa yang terlibat.

Seramai 2 anggota Jabatan Amal Kawasan Bakri dibantu 2 Anggota Jabatan Amal Kawasan Ledang dan 3 anggota Khidmat Malaysia Kawasan Bakri telah terlibat dalam operasi ini.

Semoga usaha kecil ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa yang terlibat serta menjadi tanda keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam membantu masyarakat yang ditimpa musibah.

kredit Jabatan Amal Johor

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN
BERAMAL KERANA ALLAH





Lawatan rumah terbakar ke2 hari ini, kejadian berlaku pada 12/2/26 Jumaat jam 12 tghari di Tmn Perwira Bakri bt 16,Bakri...
10/03/2026

Lawatan rumah terbakar ke2 hari ini, kejadian berlaku pada 12/2/26 Jumaat jam 12 tghari di Tmn Perwira Bakri bt 16,Bakri.

Rumah Mohd Leo Abdullah yg tinggal bersama anak perempuan Lily 27thn, kebakaran berpunca kejadian litar pintas dr bilik atas belakang.
Pendapatan keluarga ini hasil jualan online dr rumah.

Hasil lawatan awal pada pagi ini juga saya dapati drpd jiran2 mangsa merupakan keluarga Muallaf ,rumah sdri.

In Syaa Allah, perbincangan kami bersama Khidmat Malaysia Kaw utk kerja2 pembersihan secepat mungkin.



Lawatan dan sumbangan Kebajikan mangsa kebakaran di Kg Simpang 3 Parit Jamil Muar.Masa kejadian pd 27/1/26 jam 2.30pg, T...
09/03/2026

Lawatan dan sumbangan Kebajikan mangsa kebakaran di Kg Simpang 3 Parit Jamil Muar.

Masa kejadian pd 27/1/26 jam 2.30pg, Tn rumah Hj Azharudin Hj Mansor berada di Mekah pada hari pertama mendarat di Mekah.

".rumah pusaka usia 100thn..ujar tn rumah.Moga tn hj sabar atas kehilangannya tempat berteduh,kini menumpang di rumah anak sebelah rumah terbakar.

Turut hadir Pengerusi LKKS PAS Johor Roslita Rohani serta Ketua Caw PAS Hj Md Diah.

Ab Aziz Abdullah
Pengarah Khidmat Malaysia Johor.


https://www.facebook.com/share/18Ajh6TkMc/
18/02/2026

https://www.facebook.com/share/18Ajh6TkMc/

Ramadhan Al-Mubarak kembali menyinari kita dengan rahmat dan keampunan.

Seluruh kepimpinan Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memperkukuh iman, menyatukan hati dan menanam semangat khidmat serta pengorbanan dalam setiap gerak kerja kita.

Marhaban Ya Ramadhan.
Semoga setiap amalan diterima dan setiap langkah dipandu rahmat-Nya.

Ikhlas daripada,
YB Datuk Dr Ustaz Marzuk Shaary
Pengerusi Khidmat Malaysia

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

17/02/2026

Sebanyak 26 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan sementara di Masjid Al-Ghufron, Manjoi selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein, malam tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta berkata sembilan keluarga melibatkan 22 orang terjejas di Kampung Manjoi, manakala satu keluarga dengan empat mangsa terjejas di Kampung Tengku Hussein.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN .. BERAMAL KERANA ALLAH

17/02/2026

𝐓𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐔𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐎𝐈

Saudara-saudari yang dihormati

Hari ini, saudara kita di Kampung Gugusan Manjoi dan beberapa kawasan dalam DUN Manjoi sedang diuji dengan banjir yang teruk. Rumah dinaiki air, harta benda rosak, ada yang terpaksa berpindah dalam keadaan tergesa-gesa demi keselamatan keluarga.

Dalam saat getir ini, mereka sangat memerlukan bantuan bantuan dan sokongan kita.

Saya merayu kepada semua yang berkemampuan, marilah kita bersama-sama meringankan beban mereka. Mungkin bagi kita jumlah itu kecil, tetapi bagi mereka ia sangat besar nilainya.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Maybank
5582 8435 9602
(Pusat Khidmat Rakyat ADUN Manjoi)
Rujukan: Banjir

Atau hubungi: 011-5333 0057

Setiap sumbangan yang tuan-puan hulurkan adalah tanda kebersamaan, solidariti dan keprihatinan kita terhadap saudara kita.

Semoga Allah SWT membalas setiap sumbangan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

𝐂𝐨𝐮𝐧𝐭𝐝𝐨𝐰𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔2 hari lagi menuju Ramadan yang dirindukan.Bulan yang menghidupkan hati, menyucikan jiwa & mengem...
16/02/2026

𝐂𝐨𝐮𝐧𝐭𝐝𝐨𝐰𝐧 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐡𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔

2 hari lagi menuju Ramadan yang dirindukan.

Bulan yang menghidupkan hati, menyucikan jiwa & mengembalikan kita kepada kasih Allah yang tiada batas
اللّهُمَّ بَلِّغْنَا رَمَضَا

Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadan, dalam keadaan sihat, beriman dan penuh rasa syukur kepada-Mu.

Address

Simpang Renggam
86200

Telephone

+60182403422

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Malaysia Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share