BELIA FELDA PASOH 04

BELIA FELDA PASOH 04 mengangkat martabat belia, mengharumkan negara tercinta.

Senawang, 25 Februari 2024 - Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuas...
28/02/2024

Senawang, 25 Februari 2024 - Telah berlangsungnya Majlis Makan Malam dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4 bertempat di Nasi Arab Damsyik D'cattleya . Majlis ini dibuat bagi menghargai jasa kesemua belia/beliawanis yang telah bersama-sama dalam menjayakan kesemua program yang dianjurkan oleh Persatuan kami.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada wakil MGBD, Saudara Idzurizad Idris serta rakan rakan. Penolong Pegawai PBSD, Encik Ismail & Encik Zu Fadzli Yahya serta Pengerusi MBFMWRA Saudara Tauw Fek Hj Maslam atas kesudian bersama dengan kami dari petang ke malam.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua AJK MBFM Felda Pasoh 4 yang telah menerima watikah pelantikan. Semoga Persatuan kita terus kehadapan dan mencapai visi yang digariskan.







24 Februari 2024 - MBFM Felda Pasoh 4 mencatatkan sejarah apabila dijemput sebagai penceramah bagi Konvensyen Belia Nasi...
28/02/2024

24 Februari 2024 - MBFM Felda Pasoh 4 mencatatkan sejarah apabila dijemput sebagai penceramah bagi Konvensyen Belia Nasional 2024 (KBN2024) yang dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM). Jemputan ini suatu penganugerahan yang terindah buat kami (persatuan) yang berada di kawasan luar bandar. Segala ilmu dan perkongsian yang kami berikan, datangnya dari usaha yang berterusan dan pengalaman yang mematangkan. Justeru, kami berharap kesemua persatuan belia tidak pernah merasa lelah dalam menggerakkan persatuan kerana janji Allah Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.

13 Januari 2024 - telah berlangsungnya Sukan Tahunan Tadika Kemas Felda Pasoh 4 dengan penglibatan kesemua badan induk t...
14/01/2024

13 Januari 2024 - telah berlangsungnya Sukan Tahunan Tadika Kemas Felda Pasoh 4 dengan penglibatan kesemua badan induk termasuklah Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 4. Amalan sukan dan budaya sihat perlu terus direncanakan demi membangungkan generasi bangsa yang lebih sihat dan sejahtera.

Untuk itu, kali ini Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 telah memilih untuk mengadakan "Penalty Shoot-Out" bagi kaum lelaki, manakala "Goal Shooter" bagi kaum wanita. Manakala soalan spontan atau lebih dikenali sebagai permainan bidan terjun dibuat secara terbuka dan boleh dijawab oleh sesiapa sahaja.

Kegembiraan dan keserokkan dalam beriadah perlu dibawa semula sebagai sebuah agenda dalam mengangkat kedua-dua budaya ini. Kami akan terus melakar dan menstuktur beberapa inisiatif dan galakan sukan dalam kalangan muda belia. Perkara ini bukan sahaja diperuntukan untuk mereka yang berada di Felda Pasoh 4 namun besar harapan kami agar beberapa projek yang sedang dilakar ini dapat direalisasikan ke peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


Jadual penggunaan dewan terbuka Pasoh 4Latihan Kompang Sri mutiaraIsnin , Rabu Dan Jumaat 9.00pm - 10.30pm
27/09/2023

Jadual penggunaan dewan terbuka Pasoh 4

Latihan Kompang Sri mutiara
Isnin , Rabu Dan Jumaat
9.00pm - 10.30pm

Jadual penggunaan dewan terbuka Pasoh 4 Silat gayong Selasa dan khamis9.00pm - 10.30pm
27/09/2023

Jadual penggunaan dewan terbuka Pasoh 4

Silat gayong
Selasa dan khamis
9.00pm - 10.30pm

Address

Pasoh 04
Simpang Pertang
72300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BELIA FELDA PASOH 04 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to BELIA FELDA PASOH 04:

Share