Alumni Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak

Alumni Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak Laman Informasi mengenai aktiviti,maklumat terkini dll Alumni Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak

Pertubuhan Alumni Ma'ahad Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol

Info Kebajikan Sahabat Alumni Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa sahabat ...
02/06/2026

Info Kebajikan Sahabat Alumni

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sahabat kita, Muhammad Firdaus Zulmi bin Mohd Hasahar(kancil) (Alumni Ehya’ SPM 2005) telah terlibat dalam kemalangan motosikal pada 20 Mei 2026 dah telah ditidurkan hampir seminggu dan Alhamdulillah beliau telah sedar dan kini sedang menerima rawatan di PPUM.

Antara kecederaan yang dialami ialah:

▪️ Patah 5 batang tulang rusuk
▪️ Paru-paru bocor
▪️ Pendarahan dalam perut
▪️ Kaki patah

Berdasarkan maklumat terkini, kos rawatan yang perlu ditanggung setakat ini dianggarkan sekitar lebih RM10,000, dan jumlah tersebut berkemungkinan bertambah bergantung kepada perkembangan rawatan serta proses pemulihan beliau.

Sehubungan itu, Alumni Ehya’ Batch SPM 2005 merayu kepada rakan-rakan yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarganya.

Selain sumbangan, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, mempermudahkan segala urusan rawatan, serta memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau dan keluarga.

🤲 “Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah penyakitnya. Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

Maklumat sumbangan:
boleh sumbangkan di QR atau di no akaun isteri beliau

CIMB Bank
7010043771
Imatul Izzah
RE : Infak rawatan Firdaus. akaun isteri

Semoga setiap sumbangan dan doa yang diberikan menjadi asbab kebaikan serta mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Alumni Ehya’ SPM 2005 ❤️

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa BarakatuhAlhamdulillah sedikit sumbangan daripada Alumni Ma’ahad Al Ehya AsShariff k...
22/05/2026

Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Alhamdulillah sedikit sumbangan daripada Alumni Ma’ahad Al Ehya AsShariff kepada pihak sekolah

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Alumni kepada wakil MEA iaitu Sir Akmal Hadi Kamarudin sebentar tadi

Insya Allah pihak Alumni MEA akan berusaha semampu mungkin untuk membantu pihak sekolah menjayakan agenda kurikulum, ko-kurikulum dan lain-lain.

08/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa sahabat kita, Allahyarham Ahmad Faizal bin Abu Bakar (SPM2000) telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri serta empat orang anak yang masih bersekolah. Sehubungan itu, kami membuka ruang kepada sahabat-sahabat yang ingin menghulurkan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

🏦 Maybank
👤 Mior Iskandar bin Mior Azizan
💳 508083430589

⏰ Sumbangan dibuka sehingga jam 1.00 petang esok.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲

Salam takziah kepada sahabat Alumni Ehya, Pn Nurul Huda binti Malik (SPM2003) atas kembalinya ke rahmatullah suami belia...
21/04/2026

Salam takziah kepada sahabat Alumni Ehya, Pn Nurul Huda binti Malik (SPM2003) atas kembalinya ke rahmatullah suami beliau yang tercinta.

Berikut adalah butiran lanjut :

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

*MAKLUMAN KEMATIAN AHLI KARIAH SURAU AL-IKHLAS LAMAN GAHAL*

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Hari : *SELASA*
Tarikh : *21/ 04 /2026*

*JENAZAH LELAKI*

Nama Arwah : *MOHD AMIL BIN RAMLI*

Waktu Meninggal : *6:40 PETANG (21/04/2026) DI RUMAH Felcra Semungkis Hulu Langat

Pengurusan Jenazah :
*Mandi & Kafan dijangka bermula jam 8:45 pagi di Masjid Sultan Hishamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat, Selangor.*

Solat Jenazah : *Dijangka jam 10:45 pagi*

Pengebumian : *Di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batu 14 (Surfine), jam 11:30 pagi*

*Pengurusan Jenazah Dikendalikan Oleh Badan Khairat Kematian Masjid Batu 14*

*Bersama-samalah kita meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah dengan berziarah / mendoakan / mensolatkan jenazahnya.*

*SEMOGA ROH BELIAU DIAMPUNI & DIREDHAI ALLAH TAALA*

*……..AL-FATIHAH……*

**UCAPAN TAKZIAHALUMNI MAAHAD AL-EHYA AS-SHARIFF**إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDengan penuh rasa dukacita, ...
10/03/2026

**UCAPAN TAKZIAH
ALUMNI MAAHAD AL-EHYA AS-SHARIFF**
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Dengan penuh rasa dukacita, kami warga Alumni Maahad Al-Ehya As-Shariff merakamkan ucapan takziah atas pemergian sahabat alumni kita:

Nama: Sdr Shahrul Munir
Batch: SPM1995
Tarikh Pemergian: 10 MAC 2026

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, melimpahkan rahmat ke atasnya, melapangkan kuburnya, serta menempatkan arwah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan buat keluarga, sahabat serta seluruh warga Alumni Ehya.
Kami juga mendoakan agar ahli keluarga diberikan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan doa buat arwah.
Al-Fatihah.

🌙 Salam Ramadhan 1447H | Alumni Maahad Al-Ehya As-Shariff 🌙 | Marhaban Ya Ramadhan…Bulan tarbiah yang penuh keberkatan k...
19/02/2026

🌙 Salam Ramadhan 1447H | Alumni Maahad Al-Ehya As-Shariff 🌙 |

Marhaban Ya Ramadhan…
Bulan tarbiah yang penuh keberkatan kembali menyapa.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita
memperbaharui niat, memperbanyakkan amal,
dan menguatkan kembali ikatan ukhuwah sesama alumni.

Walau di mana kita berada,
semoga roh kebersamaan di bumi Al-Ehya
terus hidup dalam hati kita semua.

✨ Perbanyakkan doa
✨ Lipat gandakan sedekah
✨ Hidupkan malam dengan ibadah

Semoga kita diberi kekuatan untuk mengejar
maghfirah, rahmah dan pembebasan dari api neraka.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1447H
Daripada:
Alumni Maahad Al-Ehya As-Shariff

Follow Whatsapp Channel Official Alumni Ehya > https://whatsapp.com/channel/0029VaVK9ZpGE56nc59AeL0o

Assalamualaikum & salam sejahtera warga Alumni Ehya 🤍Kita semua pernah menimba ilmu di Maahad Al-Ehya Asshariff.Di situl...
22/01/2026

Assalamualaikum & salam sejahtera warga Alumni Ehya 🤍

Kita semua pernah menimba ilmu di Maahad Al-Ehya Asshariff.
Di situlah kita dibentuk dan diasuh menjadi insan hari ini.

Kini, adik-adik pelajar sedang melalui perjalanan yang sama — dan mereka perlukan sokongan kita.

🎓 Alumni Ehya membuka kutipan sumbangan tunai bagi menyokong program & aktiviti pelajar tahun 2026.
Setiap sumbangan, walaupun kecil, memberi kesan besar kepada kelangsungan program sekolah.

🙏 Marilah kita menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.
✨ Dari kita, untuk generasi Ehya seterusnya.

👉 Sumbang sekarang:

Address

Maahad Al-Ehya Asshariff
Simpang Empat
34400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alumni Al-Ehya Asshariff Gunung Semanggol Perak:

Shortcuts

Share