1MH 1 MALAYSIA HOMESTAY Intended to be an organization to help and become organiser for members to help dengan mempromosi perkhidmatan mereka ke seluruh dunia!

1 MALAYSIA HOMESTAY Bertujuan menjadi organisasi untuk membantu dan saling tolong menolong pengusaha-pengusaha seperti homestay / inap desa / inap kebun di seluruh Malaysia!

**Madani Mart: Sebuah Nota Kematian Bisnes Yang Sudah Tertulis?****"Saya harap saya silap."** Kata-kata Datuk Ameer Ali ...
27/04/2026

**Madani Mart: Sebuah Nota Kematian Bisnes Yang Sudah Tertulis?**

**"Saya harap saya silap."** Kata-kata Datuk Ameer Ali Mydin ini bukan sekadar doa, ia adalah sebuah **ratapan**.

Ia datang daripada seorang lelaki yang pernah menyerahkan seluruh sistem rantaian bekalan empayarnya demi sebuah projek nasional bernama KR1M,

hanya untuk melihatnya hancur menyembah bumi.
Kini, sejarah seolah-olah sedang mengasah pisau yang sama.

**1. Dosa Mengabaikan "Luka" Sejarah**
Lupa sejarah pagi! Serupa dijarah lagi.

Syarikat seperti Mydin pernah berkorban, menanggung kerugian jutaan ringgit, dan menjadi "perisai" kepada kegagalan KR1M.

Namun, apabila Agenda Madani Mart dirangka, wira yang penuh parut luka ini diketepikan?

**Soalannya:** Jika mereka yang paling pakar pun boleh tersungkur dalam jerat rantaian bekalan,

apa jaminan sebuah entiti baru yang "setahun jagung" mampu berdiri tegak? Adakah kita sedang menghantar anak muda ke medan perang tanpa senapang?

**2. Retorik Politik: Membeli Undi, Membunuh Ekonomi**

Membuka satu outlet di setiap ADUN adalah satu **janji manis yang beracun**. Saiz adun bukan sama semua ada kecil ada besar? Ada pinggir bandar ada pendapaman. Sehingga deme terpaksa keluar dari dun pendalaman untuk homestay dan borong barangan kota.

**Fakta yang tertinggal:**

Kos logistik untuk menghantar sekampit beras ke satu kedai yang terpencil di pedalaman adalah jauh lebih mahal daripada harga beras itu sendiri. Tambahan diesel dicatu. Semua kos kenderaan dicatu!

* Apabila politik menentukan lokasi, bukan logistikβ€”itu bukan bisnes. Itu adalah **sedekah yang tidak mampan**. Bagai menongkah lautan dengan sampan.

Apabila tabung subsidi kering, kedai ini akan menjadi "rumah hantu" yang hanya meninggalkan papan tanda pudar sebagai tugu kegagalan. Ada mangsa? Siapa jadi kambing hitm sedang teruja akibat karisma pemimpin yang dipuja?

**3. Matematik Berdarah: RM20,000 Yang Membunuh**

Mari kita bicara tentang realiti yang menakutkan. Sales RM200,000 sebulan dengan margin 10% hanyalah **RM20,000 di tangan**.
* Bayar elektrik yang melambung (tarif komersial).
* Bayar gaji pekerja yang semakin meningkat.
* Bayar sewa premis.
* **Fakta tambahan:** Jangan lupa kos *shrinkage* (kecurian dan barang rosak). Dalam retail, 1-2% barang hilang adalah norma. Bagi Madani Mart, 2% kehilangan bermakna hilanglah seluruh keuntungan bersih!
Kita bukan sedang membina kedai, kita sedang membina **jerat hutang** buat pengurusnya. Bukan diutus oleh ku!tus.. sentiasa yakin tak putus.. dari sekadar idea tercetus?

**4. Melawan Gergasi Dengan Tangan Kosong**

99 Speedmart dan Lotus’s bukan sekadar kedai; mereka adalah "raksasa" logistik. Mereka mendapat *rebate* belakang (back-end margin) kerana membeli dalam skala berbilion. Modal tak terhad.. pelaburan emosi?

**Madani Mart?** Mereka masuk ke gelanggang melawan Mike Tyson dengan tangan terikat di belakang. Tanpa *buying power*,

Madani Mart akan terpaksa menjual lebih mahal daripada pasar raya besar, atau menjual murah dan **muflis dalam masa 6 bulan**.

**5. Amaran Terakhir: Jangan Sampai "Lingkup" Menjadi Tradisi**

Datuk Ameer Ali tidak mahu melihat Madani Mart gagal. Beliau takut melihat **dana rakyat** hangus sekali lagi.

Jadi projek lanun menenun benang. Benang tak tertenun.. harta rakyat di lanunkan.

Apabila beliau berkata "Lupakan sajalah", itu adalah suara seorang ayah yang tidak sanggup melihat anaknya terjun ke dalam gaung yang sama.

**Kesimpulan: Niat Tidak Menghalalkan Kegagalan**

Niat murni untuk membantu rakyat tidak akan dapat melawan hukum matematik bisnes. Jika struktur ini tidak diubah, Madani Mart bukan sahaja akan gagal, ia akan **"lingkup"** dengan membawa bersama harapan rakyat yang paling miskin.

Jangan biarkan Madani Mart menjadi nisan seterusnya di perkuburan projek-projek politik yang gah di atas kertas, tapi hancur di atas tanah.

1. **Kos modal "Shrinkage" (Penyusutan):** Dalam kedai runcit kecil, kecurian (internal/external) dan barang luput tarikh adalah pembunuh senyap dan lenyap . Tanpa sistem IT yang canggih (seperti Mydin atau 99 Speedmart), kos ini akan memakan terus margin 10% tadi.

2. **Kredit Supplier:** Pemain besar mendapat tempoh kredit 60-90 hari. Kedai baru biasanya kena bayar tunai (COD). Di mana Madani Mart nak cari aliran tunai (cashflow) untuk pusing modal jika jualan harian kecil?

3. **Kesan kepada Kedai Runcit Tempatan:** Madani Mart mungkin membunuh kedai runcit milik orang kampung sedia ada berskala kecil, bukan lebih baik deme dibantu. sedangkan Madani Mart sendiri belum tentu mampu bertahan lama mengampu tepu sapu pasaran sedia ada. Akhirnya, kedua-duanya mati dan tertipu dengan permainan jerung.

194 likes, 14 comments. "Madani Mart Will Fail? | In The Studio | Ameer Ali Mydin"

22/04/2026

[TEKNIK PADU NAIKKAN SERI HOMESTAY – BARULAH NON-STOP ORANG BOOKING! 🏠✨]
​Pening fikir kenapa homestay orang lain asyik penuh, tapi homestay kita krik-krik? Kadang-kadang bukan sebab harga, tapi sebab "aura" rumah kita tu!
​Nak bagi tetamu jatuh cinta pandang pertama? Cer buat 5 benda ni:
β€‹πŸ“Έ 1. CIPTA "SPOT INSTAGRAMMABLE"
Zaman sekarang, orang cari tempat yang 'lawanya kalau masuk IG'.
​Buat satu sudut estetik: Letak kerusi rotan, pokok hijau (indoor plant), atau neon light.
​Bila tetamu ambik gambar & tag korang, tu marketing percuma tau!
β€‹β˜• 2. UPGRADE 'COFFEE STATION'
Jangan bagi kopi paket 3-dalam-1 je. Sediakan mesin kopi murah atau set teh yang cantik. Tetamu rasa dihargai bila bangun pagi boleh 'feeling' macam kat cafe.
β€‹πŸ“Ά 3. WI-FI LAJU & SMART TV
Ini wajib! Zaman sekarang orang nak Netflix & Chill. Kalau Wi-Fi laju, budak-budak pun tak meragam, mak ayah pun senang hati nak stay lama.
β€‹πŸ›οΈ 4. CADAR PUTIH ALA HOTEL
Kenapa hotel guna cadar putih? Sebab nampak BERSIH dan MEWAH. Tukar cadar bercorak bunga-bunga tu ke putih plain. Automatik bilik nampak luas dan eksklusif.
β€‹πŸ—ΊοΈ 5. JADI 'TOUR GUIDE' DIGITAL
Sediakan satu frame kecil ada QR Code. Bila tetamu scan, terus keluar list "Lubuk Makan Best" atau "Tempat Viral" area situ. Benda mudah dan simple tapi tetamu rasa sangat prihatin!
β€‹πŸ’‘ TIPS EXTRA:
KOLAM dan bilik air luas kena ada. Jangan hanya untuk orang kurus je. Ada kemampuan luaskan lagi bilik mandi dan tandas tu. Jika mampu bath tub atau kolam cukup luas boleh lunjur kaki.
Cuba kau tidur semalam kat homestay sendiri. Kalau kau pun rasa selesa, insyaAllah tetamu pun akan rasa benda yang sama dan bagi 5-STAR REVIEW! ⭐⭐⭐⭐⭐
​Kome ada tips lain lagi tak nak bagi homestay nampak 'letop'? Share la kat ruangan komen! πŸ‘‡
​

18/04/2026

Ini akan jadi Sejarah

Kitaran cuaca besar
29/03/2026

Kitaran cuaca besar

20/03/2026
19/03/2026

Anak bulan biasanya boleh dilihat pada hari ke 30.

Hari 1 πŸŒ‘ (Gelap / belum nampak)
Hari 2 πŸŒ’ (Anak bulan sangat nipis)
Hari 3 πŸŒ’
Hari 4 πŸŒ’
Hari 5 πŸŒ’

Hari 6 πŸŒ“ (Separuh awal)
Hari 7 πŸŒ“
Hari 8 πŸŒ” (Semakin besar)
Hari 9 πŸŒ”
Hari 10 πŸŒ”

Hari 11 πŸŒ• (Hampir penuh)
Hari 12 πŸŒ•
Hari 13 πŸŒ•
Hari 14 πŸŒ• (Bulan penuh)
Hari 15 πŸŒ•

Hari 16 πŸŒ– (Mula mengecil)
Hari 17 πŸŒ–
Hari 18 πŸŒ–
Hari 19 πŸŒ— (Separuh akhir)
Hari 20 πŸŒ—

Hari 21 🌘 (Sabit tua)
Hari 22 🌘
Hari 23 🌘
Hari 24 🌘
Hari 25 🌘

Hari 26 πŸŒ‘ (Hampir hilang)
Hari 27 πŸŒ‘
Hari 28 πŸŒ‘
Hari 29 πŸŒ‘
Hari 30 πŸŒ’ (kitaran baru mula semula)

15/03/2026
13/03/2026

India dalam keadaan bermusuhan dengan China, terpaksa menerima perjanjian dengan AS yang memerangkap ekonomi India?

India Dipaksa membeli minyak AS yang sangat mahal berbanding minyak Rusia.

Walaupun begitu, India terpaksa merayu kepada AS supaya dibenarkan pembelian minyak Rusia yang telah dibeli lebih awal?Bayangkan keruntuhan ekonomi bakal India lalui, dengan kos minyak meningkat berganda-ganda berbanding sumber dari Rusia?Keruntuhan ekonomi India atas dasar mencari sokongan AS dalam konflik sempadan dengan China benar-benar dipermainkan oleh kuasa besar veto PBB. koleksi video dari media india

Address

Simpang Ampat

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 1MH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share