Gerald Empaling

Directions

Gerald Empaling Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gerald Empaling, Non-Governmental Organization (NGO), Simanggang.

Rakan Kongsi Utama, Firma Guaman (Tetuan Sapiee Donald & Co.)

* ⁠Pengerusi: NGO Jawatankuasa Amal & Kesihatan Komuniti Sri Aman
* ⁠Timbalan Pengerusi: Dewan Usahawan Bumiputra Sarawak, Cawangan Sri Aman

Semalam saya telah mendapat perkhabaran bahawa Puan Gindon anak Nyambar,ibu kepada Mantan Ahli Majlis Daerah Sri Aman ia...
22/09/2026

Semalam saya telah mendapat perkhabaran bahawa Puan Gindon anak Nyambar,ibu kepada Mantan Ahli Majlis Daerah Sri Aman iaitu Cr Munan anak Amoh telah meninggal dunia di kediaman mereka di Nanga San,Undop,Sri Aman.

Hari ini,saya telah meminta Setiausaha Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA ) Chelsea Tari mewakili diri saya untuk menyampaikan kalungan bunga dan sedikit sumbangan kewangan sebagai tanda takziah dan keperihatinan saya terhadap kesusahan yang telah menimpa keluarga mereka..

Salam takziah saya ucapakan.semoga Roh Mendiang tenang bersama Bapa di syurga.

Semoga bumi Malaysia ini terus aman, makmur, dan memberikan keadilan serta kesejahteraan kepada setiap anak bangsanya ta...
16/09/2026

Semoga bumi Malaysia ini terus aman, makmur, dan memberikan keadilan serta kesejahteraan kepada setiap anak bangsanya tanpa mengira asal usul.

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Hari ini, saya telah dikunjungi oleh sahabat baik saya, Tuan Malvin anak Andrew, di pejabat saya. Saya difahamkan bahawa...
15/09/2026

Hari ini, saya telah dikunjungi oleh sahabat baik saya, Tuan Malvin anak Andrew, di pejabat saya. Saya difahamkan bahawa beliau telah kehilangan puteri tercinta, Ivy Ruth anak Malvin, yang baru berusia 7 hari.

​Saya dapat merasakan kesedihan dan duka mendalam yang dialaminya atas kehilangan ini. Sehubungan dengan itu, saya turut menyampaikan sedikit sumbangan peribadi sebagai tanda keprihatinan serta ingatan tulus saya terhadap beliau dan keluarga.

​Semoga beliau dan keluarga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. Salam takziah yang mendalam daripada saya. Semoga roh anaknda Ivy Ruth anak Malvin bersemadi dengan tenang dan damai bersama Bapa di syurga. Amen

Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) menyasarkan fokus baharu bagi penggal 2026–2028 untuk melahirkan generasi muda...
14/09/2026

Persatuan Kebudayaan Dayak Sarawak (SDCA) menyasarkan fokus baharu bagi penggal 2026–2028 untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja mengenali warisan sendiri, malah berkeyakinan menjadi duta budaya Dayak di peringkat nasional dan antarabangsa.

​ Fokus Utama SDCA (2026–2028) adalah seperti berikut.

​1. Pemeliharaan & Pendigitalan Budaya – Memastikan warisan Dayak kekal relevan dalam era digital.
​2.Pembangunan Belia & Bakat – Membimbing generasi muda membawa identiti budaya ke pentas dunia.
​3.Kepimpinan Wanita & Pendidikan – Memperkasakan peranan wanita dan pendidikan komuniti.
​4.Jaringan Strategik – Perluasan kerjasama dengan agensi kerajaan, korporat, media, dan institusi pendidikan.
​
Barisan Kepimpinan & Tadbir Urus Baharu SDCA (2026–2028) adalah seperti berikut

​Presiden: Bridgette Astra Donald
​Timbalan Presiden: Peter Herbert Anak Ahat
​Setiausaha: Rofina Anak Linga
​Penolong Setiausaha: Jenny Crystal Anak Mansang
​Bendahari: Chris Marvinson Anak Libau
​Ahli Jawatankuasa: Benderies Panto Anak Jilan & Chelsea Tari Anak Pencha

Bagi memperkukuh tadbir urus dan hala tuju organisasi,SDCA telah melantik Ronny Anak Neru sebagai Juruaudit Dalaman.

SDCA juga turut melantik Gerald Empaling selaku Penasihat Undang-Undang dan Datuk Dr Neilson Ilan Mersat sebagai Penasihat Tatakelola

​Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh barisan kepimpinan baharu SDCA,semoga budaya dan warisan Dayak terus megah dipelihara dan dihormati di mata dunia

Selamat ulang tahun pertama SDCA.
Selamat Maju Jaya.

Berkesempatan meluangkan masa menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Weddle Penching Ng di kediam...
12/09/2026

Berkesempatan meluangkan masa menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir buat mendiang Weddle Penching Ng di kediamannya di Lorong 3E,Taman Desa Indah,Sri Aman bersama Setiausaha Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman(JAKKSA) Cik Chelsea Tari.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang.

Dengan rasa sedih dan hiba,Saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA), dan b...
09/09/2026

Dengan rasa sedih dan hiba,Saya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Kesihatan Komuniti Sri Aman (JAKKSA), dan bagi pihak seluruh kepimpinan dan ahli Jawatankuasa, ingin merakamkan rasa duka yang amat mendalam dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga, rakan sekerja, dan kenalan mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service) berhampiran Long Lellang, petang semalam.

​Kita amat bersedih dengan pemergian mengejut lima orang perwira kesihatan dan juruterbang kita. Kehilangan ini amat dirasai, terutamanya oleh rakyat Sarawak, kerana mangsa-mangsa telah gugur ketika menjalankan tugas murni demi memastikan penduduk di kawasan pedalaman mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.

​Pengorbanan Kapten Zainol, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, Penolong Pegawai Perubatan Alexson Adit, serta Jururawat Debra Moset dan Jessie Paya adalah sangat besar dan akan sentiasa dikenang. Mereka adalah wira dan Wirawati negara.

Terima kasih di atas jasa dan pengorbanan anda semua.

Harum semerbak kembang melati,Disusun indah di atas meja;Kemerdekaan ini pelihara di hati,Bersatu teguh makmurkan negara...
31/08/2026

Harum semerbak kembang melati,
Disusun indah di atas meja;
Kemerdekaan ini pelihara di hati,
Bersatu teguh makmurkan negara.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN.

28/08/2026

Hulurkan tangan
Ringankan beban.

Semalam, saya bersama beberapa orang ahli Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman(JAKKSA) telah berkunjung ke ...
28/08/2026

Semalam, saya bersama beberapa orang ahli Jawatankuasa Amal dan Kesihatan Komuniti Sri Aman(JAKKSA) telah berkunjung ke rumah keluarga mendiang adik Fredelina Melda anak Bellister, yang telah terkorban akibat kemalangan di persimpangan Jalan Menalang-Sg Tenggak, Batu Lintang Undop.

​Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk bertanyakan khabar serta memberikan sokongan moral kepada keluarga berkenaan, terutamanya kepada Datuk mendiang yang amat terkesan dengan tragedi kemalangan tersebut. Selain itu, saya turut menyerahkan sedikit sumbangan peribadi kepada beliau bagi membantu menampung kos rawatan susulan.

​Saya mendoakan semoga roh adik Fredelina Melda bersemadi dengan tenang dan damai di syurga. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan serta cabaran yang berat ini.

Address

Simanggang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerald Empaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share