Marabau Adventist Primary School

Marabau Adventist Primary School Sekolah Rendah Advent Marabau
(Marabau Adventist Primary School). Kampung Marabau, Sikuati,
P.o.B

PENYERTAAN SULUNG SR ADVENT MARABAU DALAM MSSD KUDAT 2026Satu lagi sejarah tercipta! Buat julung kalinya, Sekolah Rendah...
14/07/2026

PENYERTAAN SULUNG SR ADVENT MARABAU DALAM MSSD KUDAT 2026

Satu lagi sejarah tercipta! Buat julung kalinya, Sekolah Rendah Advent Marabau menyertai Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kudat 2026 sebagai sebuah sekolah swasta.

Walaupun belum membawa pulang pingat, penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan langkah penting ke arah melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

Terima kasih kepada semua atlet, guru, ibu bapa dan MAPS Support Circle atas doa, sokongan dan sumbangan yang menjayakan penyertaan bersejarah ini.

Setiap langkah hari ini membuka jalan kepada kejayaan pada masa hadapan. πŸ’™πŸ’šπŸƒπŸƒβ€β™€οΈπŸ…

πŸ™ UCAPAN SYUKUR πŸ™Lawatan Pasukan Penilai Adventist Accreditation Association (AAA)Puji syukur kepada Tuhan atas penyerta...
25/06/2026

πŸ™ UCAPAN SYUKUR πŸ™

Lawatan Pasukan Penilai Adventist Accreditation Association (AAA)

Puji syukur kepada Tuhan atas penyertaan-Nya sepanjang berlangsungnya Lawatan Pasukan Penilai Pencalonan Adventist Accreditation Association (AAA) di Sekolah Rendah Advent Marabau pada 24-25 Jun 2026.

Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pasukan penilai atas kesudian meluangkan masa untuk mengadakan penilaian, memberikan bimbingan, berkongsi pengalaman, serta mengemukakan cadangan yang membina demi pembangunan sekolah kami.

Lawatan ini menjadi satu pengalaman yang amat bermakna dan memberi dorongan kepada kami untuk terus memperkukuh usaha menyediakan pendidikan Kristian yang holistik, berkualiti, dan berteraskan nilai-nilai Alkitab.

Kiranya segala pandangan dan nasihat yang dikongsikan akan menjadi panduan kepada kami untuk terus melangkah ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan pelayanan.

"Apapun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia."
Kolose 3:23 (TB)

Terima kasih atas sokongan, bimbingan, dan komitmen yang telah diberikan.

Segala kemuliaan hanya bagi Tuhan!

========================================

Apa itu Adventist Accreditation Association (AAA)?

Adventist Accrediting Association (AAA) ialah badan akreditasi denominasi yang bertanggungjawab terhadap semua institusi pendidikan yang beroperasi atas nama Gereja Seventh-day Adventist. AAA menggalakkan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dalam sistem pendidikan Adventist serta membina hubungan kerja yang berkesan dengan organisasi dan institusi pendidikan lain, badan akreditasi, serta jabatan pendidikan kerajaan.

AAA menyediakan satu proses yang membolehkan komuniti pendidikan memastikan sesebuah institusi bertanggungjawab terhadap matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Melalui proses ini, gereja dan seluruh komuniti yang dilayan oleh institusi tersebut mendapat jaminan bahawa institusi pendidikan Adventist yang diakreditasi menawarkan program pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda gereja serta mempunyai tenaga profesional yang memenuhi piawaian Gereja dan juga piawaian kebangsaan atau negeri/wilayah. Proses ini juga menjadi asas kepada pengiktirafan bersama antara sekolah-sekolah Adventist.

Piawaian akreditasi bagi sekolah-sekolah Seventh-day Adventist dan program pendidikan awal kanak-kanak menjadi asas kepada proses penilaian dan akreditasi semua institusi pendidikan.

Sumber: https://adventisteducation.org/accreditation

πŸ“šβœ¨ Usaha hari ini menentukan kejayaan esok.Melihat anak-anak MAPS tekun belajar mengingatkan kita bahawa setiap impian b...
08/06/2026

πŸ“šβœ¨ Usaha hari ini menentukan kejayaan esok.

Melihat anak-anak MAPS tekun belajar mengingatkan kita bahawa setiap impian besar bermula dengan langkah kecil yang dilakukan dengan setia setiap hari.

πŸ™ Terima kasih kepada semua penyokong sekolah yang sentiasa mendoakan, menyokong dan mempercayai potensi anak-anak MAPS.

Kopivosihan Tadau Kokotuai.Mantad dahai: ongosigu om anganak antad Sikul Advent Marabau.
31/05/2026

Kopivosihan Tadau Kokotuai.

Mantad dahai: ongosigu om anganak antad Sikul Advent Marabau.

Selamat Hari SabatSemoga Sabat ini membawa damai, sukacita dan pembaharuan rohani kepada semua.Tuhan memberkati kita sem...
29/05/2026

Selamat Hari Sabat

Semoga Sabat ini membawa damai, sukacita dan pembaharuan rohani kepada semua.

Tuhan memberkati kita semua. πŸ™

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambut.Semoga musim perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian, kasih ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambut.

Semoga musim perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian, kasih sayang dan semangat saling menghormati dalam kalangan kita semua. πŸŒ™βœ¨

✨ MAPSnews Jan–Mei 2026 kini diterbitkan!Puji Tuhan atas penyertaan-Nya sepanjang perjalanan sekolah pada awal tahun 202...
24/05/2026

✨ MAPSnews Jan–Mei 2026 kini diterbitkan!

Puji Tuhan atas penyertaan-Nya sepanjang perjalanan sekolah pada awal tahun 2026. Edisi ini memuatkan sorotan pelbagai aktiviti dan perkembangan Sekolah Rendah Advent Marabau pada Januari-Mei 2026.

Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa, gereja, alumni dan para penyokong MAPS SUPPORT CIRCLE yang terus menyokong pelayanan pendidikan ini. Semoga MAPS terus menjadi tempat membina generasi yang cemerlang dalam akademik, karakter dan kerohanian. πŸ’™πŸ’šβ€οΈ

πŸ“– Baca MAPSnews di sini:
https://drive.google.com/file/d/1B826qAV_3i4BzKJnCI8-DxCn06cagBrl/view?usp=drivesdk

Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong sekolah dalam SRA Marabau ...
22/05/2026

Pihak sekolah ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menyokong sekolah dalam SRA Marabau Fundraising Berjalan Sihat yang telah dilaksanakan pada 17.05.2026. Tuhan memberkati

Address

Sikuati
89057

Opening Hours

Monday 07:00 - 13:00
Tuesday 07:00 - 13:00
Wednesday 07:00 - 13:00
Thursday 07:00 - 13:00
Friday 07:00 - 13:00

Telephone

+60149810946

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Marabau Adventist Primary School posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Marabau Adventist Primary School:

Shortcuts

Share