10/12/2025
Majlis Serahan Pek Bakul Makanan
Khidmat Malaysia Kedah kepada Khidmat Malaysia Perlis
Khidmat Malaysia Kedah hari ini melaksanakan misi kemanusiaan melalui Majlis Serahan Pek Bakul Makanan kepada Khidmat Malaysia Perlis yang berlangsung pada 10 Disember 2025 (Rabu). Program bermula dengan ketibaan rombongan KM Kawasan di Markaz PAS Kawasan Pokok Sena sebelum semua petugas menunaikan solat Zohor dan jamak.
Rombongan kemudiannya bergerak ke BGN KM Kedah untuk sesi taklimat ringkas, bacaan doa serta pelepasan konvoi yang disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Pokok Sena, Dato’ Wan Romaini. Konvoi meneruskan perjalanan menuju Dewan Residensi, Kediaman MB Perlis sebagai lokasi pertama penyerahan.
Majlis penyerahan bermula sekitar 5.00 petang dengan ucapan aluan Pengerusi dan diteruskan dengan ucapan-ucapan oleh wakil Khidmat Malaysia Perlis (YAB MB), wakil KM Pusat (YB Ketua Pengarah), wakil KM Kedah (Dato’ PJ) serta wakil PJ Perlis. Sebanyak 200 penerima diraikan pada sesi ini sebelum majlis bergambar diadakan.
Selepas itu, konvoi bergerak ke Yayasan Pok Dan Kassim untuk sesi kedua penyerahan. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil tuan rumah (DSSK), wakil KM Pusat, KM Kedah serta wakil Perlis sebelum penyampaian sumbangan dilakukan serentak di dua lokasi. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan malam sebelum rombongan bertolak pulang.
Khidmat Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua petugas, penyumbang dan sukarelawan yang menjayakan program ini. Setiap langkah dalam misi ini membawa harapan, mengikat ukhuwah dan menyantuni komuniti yang memerlukan ✨
BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH