01/10/2026
π₯ BELIA KEDAH BUKAN SEKADAR PENONTON β KITA HADIR, BERSUARA DAN MEMBAWA PERUBAHAN!
Alhamdulillah,
Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri Kedah 2026 telah berlangsung dengan jayanya.
π Bertempat di Wisma Darul Aman pada 29 September 2026, Sidang Ke-2 Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah, Penggal Ke-35, Sesi 2025β2026 telah berlangsung dengan penuh semangat, komitmen dan energi anak muda.
Sidang ini menjadi medan penting buat wakil-wakil belia Kedah untuk membawa suara, pandangan dan cadangan dalam pelbagai isu yang dekat dengan kehidupan belia, antaranya isu sosial dan kesihatan, pembangunan dan infrastruktur, agama, pendidikan, serta ekonomi dan keusahawanan.
Turut hadir bersama menjayakan persidangan ini ialah ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Majlis Belia Negeri Kedah, Majlis Belia Daerah serta pelbagai NGO dan pertubuhan belia.
Majlis turut dipengerus*kan bersama oleh YBrs. Datoβ Haji Zepri Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, serta Encik Zurihanmi Bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
π‘ Platform seperti ini amat penting kerana ia membuka ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan, berkongsi idea, mengetengahkan isu dan bersama-sama mencari penyelesaian yang boleh diterjemahkan kepada tindakan.
Semoga segala pandangan, resolusi dan cadangan yang dibawa dalam sidang ini dapat memberi impak yang positif serta manfaat besar kepada pembangunan belia di Negeri Kedah.
Belia bukan sekadar penonton, tetapi antara penggerak perubahan dan masa depan negeri serta negara.
BELIA HARI INI ADALAH PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA.
*k *k