Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Daerah Sik

Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Daerah Sik Membantu dan melaksanakan pelbagai program kepada golongan yang memerlukan

09/05/2024

Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar.

Berdasarkan seksyen 6(1) Akta Asuhan Taman Kanak -Kanak 1984 (A308). Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

21/04/2024
20/04/2024

Warga tua merujuk ibu,bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga,masyarakat dan negara.

Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini,warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa "melukut di tepi gantang" dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.




Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dan Keistimewaan kepada OKU berdaftar.Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di ma...
16/04/2024

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dan Keistimewaan kepada OKU berdaftar.

Permohonan pendaftaran OKU boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan atau secara dalam talian.

Matlamat program ziarah kasih termasuk memberikan sokongan emosional, keceriaan, dan bantuan praktis kepada mereka yang ...
25/01/2024

Matlamat program ziarah kasih termasuk memberikan sokongan emosional, keceriaan, dan bantuan praktis kepada mereka yang memerlukan.

Ia juga bertujuan untuk menunjukkan perhatian dan kasih sayang, mengurangkan beban hidup, meningkatkan kualiti hidup, serta membina hubungan positif dalam masyarakat.

Program ini bertujuan untuk membawa kegembiraan dan kehangatan kepada penerima ziarah kasih, mencipta ikatan sosial yang bermakna, dan memberi sumbangan positif kepada kehidupan mereka.





Penuaan penduduk merupakan fenomena sosial yang akan dihadapi oleh semua negara. Malaysia akan mencapai status 'negara t...
17/12/2023

Penuaan penduduk merupakan fenomena sosial yang akan dihadapi oleh semua negara. Malaysia akan mencapai status 'negara tua' pada tahun 2030 apabila peratusan warga emas berusia 60 tahun dan keatas mencecah 15 peratus.




Objektif ProgramMemberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan...
14/12/2023

Objektif Program

Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seharian mereka dengan lebih selesa,dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

Mengerakan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan OKU atau keluarga yang menjaga warga emas dan OKU selaras dengan konsep masyarakat penyayang

04/12/2023

Sistem ekonomi ialah satu cara masyarakat mengatur pengeluaran,pengagihan,dan pengedaran barangan & perkhidmatan. Terdapat tiga jenis: perancangan berpusat,campuran dan pasaran bebas (laissez-faire).

Selamat Hari OKU kebangsaan 2023"Membangun OKU Madani"
03/12/2023

Selamat Hari OKU kebangsaan 2023

"Membangun OKU Madani"

24/09/2023

Kelayakan pengasuh kanak-kanak dan pengasuh kanak-kanak berdaftar.

Sesorang pengusaha yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh,apabila disabitkan,didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

24/09/2023

Bagaimana caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak/kes pembuangan bayi?

1. Melaporkan dengan menghubungi Talian Kasih : 15999

2. Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran dengan tempat tinggal pelapor.

3. Melaporkan kepada mana-mana balai polis/Pondok Polisyang berhampiran

4. Melaporkan kepada mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak

5. Merujuk terus ke hospital yang berhampiran






Address

S*k
08200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Daerah Sik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share