Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu

Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu, Nonprofit Organization, Penjara Pusat Sibu, Jalan Awang Ramli Amit, Sibu.

Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan serta mengeratkan lagi pergaulan silaturahim dikalangan ahli dan bernaung dibawah Penjara Pusat Sibu

๐ŸŽ„We Wish You A Merry Christmas & Happy New Year!๐ŸŽ„Penjara Pusat Sibu
24/12/2025

๐ŸŽ„We Wish You A Merry Christmas & Happy New Year!๐ŸŽ„

Penjara Pusat Sibu




23/12/2025

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN DAYAK & SAMBUTAN PRA-KRISMAS PENJARA PUSAT SIBU TAHUN 2025

Part 4

23/12/2025

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN DAYAK & SAMBUTAN PRA-KRISMAS PENJARA PUSAT SIBU TAHUN 2025

Part 3

23/12/2025

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN DAYAK & SAMBUTAN PRA-KRISMAS PENJARA PUSAT SIBU TAHUN 2025

Part 2

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN DAYAK & SAMBUTAN PRA-KRISMAS PENJARA PUSAT SIBU TAHUN 2025Majlis Makan Malam Kelab Ke...
23/12/2025

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN DAYAK & SAMBUTAN PRA-KRISMAS PENJARA PUSAT SIBU TAHUN 2025

Majlis Makan Malam Kelab Kebajikan Dayak & Sambutan Pra-Krismas Penjara Pusat Sibu Tahun 2025 telah diadakan di Joystar Garden Restaurant, Sibu pada 19 Disember 2025.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi impak positif khususnya kepada semua pegawai dan kakitangan berbangsa Dayak Penjara Pusat Sibu, di samping mencipta kenangan indah serta mengeratkan lagi ikatan persahabatan dikalangan warga kerja dan ahli keluarga.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Celestine Jubang anak Paul, yang menzahirkan penghargaan kepada semua yang hadir atas sokongan dan komitmen dalam memeriahkan majlis tersebut. Beliau turut berharap agar Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu akan terus fokus dalam memperkukuh semangat kekeluargaan serta mencapai kecemerlangan bersama demi memajukan kelab pada masa hadapan.

Pengisian majlis diteruskan dengan sesi beramah mesra antara ahli kelab dan ahli keluarga, penyerahan sumbangan kebajikan dan akademik, cabutan tiket bertuah, acara permainan, sesi berkaraoke serta pemilihan โ€œThe Best Men & Ladies of the Nightโ€.

Penjara Pusat Sibu

LAWATAN MENZIARAHI KELUARGA WDR 25133 CYHTIA ANAK BAYUN ATAS KEHILANGAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. 11 Disember 202...
13/12/2025

LAWATAN MENZIARAHI KELUARGA WDR 25133 CYHTIA ANAK BAYUN ATAS KEHILANGAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

11 Disember 2025, khamis - Lawatan kebajikan dan ziarah dari Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu yang diketuai oleh IP Gemil dan IP Cassie bersama SM Nancy serta Kpl Bievoy telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Wdr. Cynthia Anak Bayun (pegawai bertugas di Penjara Koreksional Bintulu) diatas kehilangan bapa beliau.

Semoga Wdr. Cynthia sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan di atas kehilangan insan tersayang serta dipermudahkan segala urusan.

Pusat Koreksional Bintulu / PPA / PPK
Penjara Pusat Sibu

12/11/2025

Upacara pemakaian pangkat ngagai bala pegawai enggau anggota nyadi ka tanda meri penghargaan enggau komitmen serta perkhidmatan cemerlang ka udah ditunjuk.

Tahniah ngagai semua bala penerima

12/11/2025
LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA KELUARGA SJN KAVIN ATAS KEHILANGAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA23 Oktober 2025, Khamis - Kel...
23/10/2025

LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA KELUARGA SJN KAVIN ATAS KEHILANGAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

23 Oktober 2025, Khamis - Kelab Kebajikan Dayak Penjara Puncak Borneo telah mewakili Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu menyampaikan Sumbangan Kebajikan kepada Ibu Sjn Kavin di atas kehilangan suami beliau iaitu Sarjan Bersara No.Patil 121 Sanggop Anak Jaya telah meninggal dunia pada 22 Oktober 2025 (Rabu) jam 1025 pagi dan akan dikebumikan pada 24 Oktober 2025.

Semoga Sjn Kavin sekeluarga diberi kekuatan dan ketabahan di atas kehilangan insan tersayang serta dipermudahkan segala urusan.

Penjara Puncak Borneo
Penjara Pusat Sibu

BUDI DISANJUNG, KENANGAN DIRINDUIMajlis Perpisahan Mantan Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Mohd Rusli bin Abd Rahman8 Ok...
10/10/2025

BUDI DISANJUNG, KENANGAN DIRINDUI

Majlis Perpisahan Mantan Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Mohd Rusli bin Abd Rahman

8 Oktober 2025 - Majlis perpisahan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada mantan Pengarah Penjara Pusat Sibu, PKP Mohd Rusli bin Abd Rahman yang akan berpindah untuk memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh PP Celestine Jubang Anak Paul selaku pegawai yang akan melaksanakan tugas Pengarah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan atas sumbangan besar PKP Mohd Rusli bin Abd Rahman dalam memimpin institusi ini dengan penuh dedikasi dan integriti.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh pegawai yang diraikan, seterusnya jamuan makan malam, tayangan montaj khas dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar sebagai kenangan.

LAWATAN KEBAJIKAN IP CASSIE (IBU ADMIT) DAN SJN DENNIS (ANAK ADMIT) DARIPADA KELAB KEBAJIKAN DAYAK PENJARA PUSAT SIBU08 ...
08/10/2025

LAWATAN KEBAJIKAN IP CASSIE (IBU ADMIT) DAN SJN DENNIS (ANAK ADMIT) DARIPADA KELAB KEBAJIKAN DAYAK PENJARA PUSAT SIBU

08 Oktober 2025, Rabu - Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu telah diketuai oleh IP David bersama SM Kana, MA Berro, MA Adrien, Sjn Priscella, Sjn Hagler, dan Kpl Mathew telah menyampaikan sumbangan kepada Ibu IP Cassie Sham admit di Ward 22 Hospital Sibu serta Anak Sjn Dennis admit di Rejang Medical Centre Sibu.

Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan ๐Ÿ™

Sekian.

Setiausaha,
Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu


27/07/2025

๐Ÿ‘ทโ€โ™‚๏ธ Banduan Diberi Peluang, Manfaat Diterima Majikan

Bawah inisiatif Kerajaan MADANI, Program Corporate Smart Internship (CSI) kini membuka ruang baharu kepada banduan yang sepatutnya menjalani hukuman di dalam penjara โ€” untuk bekerja dan berubah melalui pemulihan dalam komuniti.

Sebanyak 796 majikan di seluruh negara kini menggaji mereka dalam lima sektor utama: perladangan, perkhidmatan, pembinaan, perkilangan dan pertanian. Hal ini bukan sahaja membantu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, malah membuktikan bahawa peluang kedua mampu membina kehidupan semula.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai peneraju, terus komited melaksanakan reformasi inklusif dan berperikemanusiaan demi kesejahteraan negara.

Inilah wajah pemulihan yang sebenar โ€” adil, progresif dan membina harapan.

Terus kita RANCAKKAN MADANI.






Address

Penjara Pusat Sibu, Jalan Awang Ramli Amit
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Dayak Penjara Pusat Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share